17 May 2009

Pesta Sate Somay di Tiergarten Park, Berlin

Pesta Sate Somay yang berlangsung pada 10 Mei lalu di Tiergarten memang meriah. Ia merupakan acara dwi tahunan yang dijalankan oleh warga Indonesia di sini bagi menampung perbelanjaan mengurus Masjid Al Falah, satu-satunya masjid Indonesia di Berlin. Tanpa sumber kewangan yang cukup, kerajaan Jerman akan menutup masjid tersebut. Hasil jualan ini sebagai usaha menambah wang masjid. Usaha murni ini turut kami (Malaysian Berliners yang menumpang masjid Indonesia) sokong dengan turun beramai-ramai membeli kupon jualan. Tengahari itu memang kami kekenyangan dengan hidangan makanan Indonesia yang lazat dan menyelerakan.

ini somay (kentang dan telur rebus bersama dimsum)
ini sudah tentu sate. bezanya sate Indonesia tidak dimarinate dahulu seperti sate Malaysia

pengunjung beratur bersama kupon yang dibeli lebih awal
sate dicucuk dahulu kemudian dicelup dengan rempah sebelum dibakar


setiap hidangan berharga Euro3.50. ada bakso juga pempek. ais sarang burung dan kuih muih (harga lain). makan sambil menderma



orang Asia di tempat redup, orang Jerman di tengah panas (menikmati matahari!)

acara selingan, bolasepak untuk kanak-kanak. semua yang masuk dapat hadiah. Hardy juara mewakili Malaysia!

Tengahari itu walau kami tiba lewat kerana jalanraya ditutup sempena marathon tetapi sekurang-kurangnya rindu pada makanan Malaysia sedikit terubat. Almaklum walau ada sedikit beza, rasanya lebih kurang sama. InsyaAllah pada Jun nanti akan diadakan sekali lagi Pesta Sate Somay ini. Saya hendak tempah kuih bingka ubi kayu dan lepat pisang awal-awal! Nyum! Nyum! Kalau pasal makan, memang saya nombor satu! Tapi gemuknya tidak juga!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...