04 May 2009

Selamat Melahirkan!


Alis (2), Hakimy (3), Hardy (8) dan Amna (4)

Inilah barisan cucu-cucu kesayangan emak saya. Dua lelaki dari saya dan dua perempuan dari adik saya. InsyaAllah pada 6 Mei ini, adik saya akan melahirkan seorang lagi cucu untuk emak dan abah saya setelah hampir sebulan adik saya Mas menghuni Hospital Serdang. Dari bicara telefon petang tadi juga emel dari Apis (adik lelaki saya), emak dan abah saya akan ke Serdang esok tengahari bagi meraikan kedatangan orang baru.

Adik saya Mas, muda lagi baru 28 tahun tetapi anaknya sudah nak masuk tiga orang! Saya bersyukur kerana tahun ini akan dapat seorang lagi anak buah yang khabarnya kali ini lelaki pula. Memang adik saya mengharapkan dapat anak lelaki sejak anak pertama lagi kerana suaminya jurulatih bolasepak di sekolah (nak turun skill la tu).

Namun kali ini dugaan bersalinnya nampak lebih sikit. Bermula dari bayi melintang, darah tinggi hinggalah uri di bawah. Sudahnya hampir sebulan dia ditahan di wad dan dijadualkan melahirkan bayi melalui casearian kali ini pada 6 Mei ini.

Dari jauh saya doakan semoga adik saya cekal melalui pembedahan dan semoga segala-galanya berjalan dengan lancar. Nampak gayanya tahun depan bila anak saudara saya ni sudah berumur 10 bulan barulah saya sempat bersua dengannya! Khabarnya juga, adik ipar saya yang baru kahwin tahun lepas juga isterinya sedang mengandung dan dijangka melahirkan pada Syawal ini. Nampaknya tahun depan, saya akan dapat lihat 2 orang anak saudara baru di lapangan terbang! Untuk bakal anak saudaraku 'Selamat Melihat Dunia. Jadi anak yang soleh ya!'

ps-saya baru mendapat tahu, adik saya akan dibedah pada hari Rabu, 6 Mei di Hospital Serdang. Doakan semoga segalanya selamat ya!

2 comments:

Eka Fahara said...

Alhamdulillah murah rezeki...bertambah lagi ahli keluarga Laila. Kak Eka doakan kepada semua yang sedang menanti kelahiran, selamat semuanya.Amin....

laila kamilia said...

kak eka...terima kasih untuk doa yang baik2. kalaulah saya ada di Malaysia saat ini....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...