05 May 2009

Tarikh Luput Cinta : Satu kisah cinta yang manis!


Novel ini adalah satu-satunya novel di antara senarai panjang yang saya pesan yang dibawa oleh abang semasa pulang dari Malaysia. Ia satu penghormatan buat novelis Lynn Dayana merupakan antara teman penulis yang dekat dan hampir dalam hidup saya.

Lalu dalam mengisi masa dan tekanan perasaan menyiapkan CPK (biasanya saya tidak membaca semasa dalam proses menyiapkan manuskrip), saya sempat menghabiskan novel ini. TLC dari blurbnya kisah perebutan harta antara 3 insan terpilih Imanina, Ariel dan Rezzal tetapi apabila anda meneroka ke dalamnya, ia bukanlah sekadar perebutan harta. Ianya lebih kepada sebuah kisah cinta dan persahabatan yang manis dan indah dengan teka-teki yang mendebarkan. Penuh dengan kisah-kisah lucu dan seperti JBC anda pasti akan tersenyum semasa menatap novel ini.

Kepada yang masih belum mendapatkan novel ini dipasaran, anda masih punya masa untuk membelinya. Jika anda ragu-ragu dengan jalan cerita yang anda rasakan seolah-olah ianya hanyalah sebuah kisah yang serius merebut harta, anda benar-benar tersilap. Cubalah baca dan pasti anda tidak menyesal kerana memilikinya.

5 comments:

Lynn Dayana said...

Salam...terima kasih!

laila kamilia said...

xpe salam x batak air sembahyang

[Fadilah Diyana] said...

kak laila,novel tlc bukan novel thriller ke???saya baca sinopsis mcm novel thriller sebab tu saya xbeli2 lagi...ehehe(tipikal sungguh)

laila kamilia said...

bukanlah fadilah... rugi kalau x beli ni

Anonymous said...

sy da bce..
1st stry mmg klaka
time klimaks tu..
tetbe de bbk cdey.
mngalir airmte sye m'bce.
anywy.. 2thumbs up..!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...