15 July 2009

Filem Harry Potter Dijangka Meletup

NEW YORK - Filem keenam siri ahli sihir remaja,Harry Potter yang mula ditayangkan esok dijangka 'meletup' di pawagam dan akan mendapat sambutan hangat daripada peminat seluruh dunia.

Namun, pengarah siri ketujuh dan terakhir filem Harry Potter and the Half-Blood Prince itu, David Yates menjanjikan penutup Harry Potterakan jauh lebih hebat.

"Filem penutup itu tak ubah seperti sebuah epik. Ia menampilkan lebih banyak adegan menarik. Ia penuh dengan adegan pertempuran, naga dan peperangan," katanya.

Antara pelakon filem itu ialah Daniel Radcliffe, Ema Watson, Rupert Grint, James Phelps dan Oliver Phelps.

Di Amerika Syarikat (AS), filem Harry Potter and the Half-Blood Prince menerima kritikan positif manakala beratus-ratus panggung wayang di AS mencatat tempahan penuh bagi tayangan pembukaan filem tersebut.

Filem yang mengadunkan babak percintaan, magis dan komedi di sekolah ahli sihir Hogwarts itu diadaptasi daripada tujuh buah novel oleh penulis Britain, J.K. Rowling.

Sehingga kini, ketujuh-tujuh novel Harry Potter sudah dijual melebihi 400 juta salinan manakala francais filem itu meraih pendapatan AS$4.5 bilion (RM16.2 bilion) di seluruh dunia untuk studio perfileman Warner Bros yang dimiliki kumpulan Time Warner. - Reuters

Filem Harry Potter akan mula ditayangkan di seluruh dunia mulai tarikh berikut:




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...