16 September 2009

Selamat Hari Lahir ke 8 Hardy

Inilah foto terkini anak teruna sulung saya Hardy. Kejap aje rasa dia dah besar. Hari ini 16 September 2009 genap 8 tahun umur dia. Teringat lagi saat kelahirannya, saya sendirian kerana jururawat bertugas sibuk menguruskan orang sebelah. Saat doktor memberitahu yang dia menghadapi conginetal heart failure, saya tenang menerimanya hingga doktor terpaksa mengulang kembali pernyataannya bila melihat reaksi dari air muka saya. Betapa anak lelaki saya ini berjuang untuk meneruskan hidupnya dengan ubat dan pembedahan. Alhamdulillah Allah memberikan saya dan suami kekuatan menghadapi dugaan ini bersamanya. Tidak setitik air mata saya tumpah di hadapannya demi menunjukkan saya seorang ibu yang tabah walau tembok ketabahan hati ini sering runtuh melihatkan wayar-wayar yang berselirat melingkari tubuhnya, mahupun tangisannya tatkala menahan kesakitan.

Saya bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Tuhan menatap wajahnya lagi hingga usianya begini. Tatkala merenung wajahnya yang lembut dan penuh kasih sayang pada adik-adiknya terasa tenang di hati saya. Agaknya inilah yang dikatakan orang tua-tua sejuk perut ibu mengandung. Saya mendoakan agar dapat melihat Hardy sentiasa sihat hingga ke hujung nyawa saya. Untuk anak mama, Selamat Hari Lahir ke Lapan. Semoga menjadi anak yang soleh! Amin.

2 comments:

Eka Fahara said...

Membaca coretan tentang Hardu buat kak eka sebak. Dah besar Hardy kan? Macam cepat sangat dia membesar sedangkan baru setahun tak jumpa dia...

HAPPY BIRTHDAY HARDY FROM AUNTY, UNCLE, KAK SARA, KAK DIYANA DAN HAZIQ. KAMI DOAKAN YANG BAIK-BAIK UNTUK HARDY.....

laila kamilia said...

terima kasih kak...saya yang menulis turut sebak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...