05 November 2009

Salji pertama tahun ini

"Mama, hujan!" kata Hakimy tengahari tadi sekitar jam 1.15 petang. Saya menjenguk di dapur. Kenapa nampak pelik sangat hujan ni, lebat ke? Saya berkata di dalam hati. Oh! Rupanya salji sudah turun!

gambar di hadapan rumah kami

daun berguguran di sini sana

kanak-kanak balik sekolah basah tapi seronok bukan main dapat main salji pertama


masa ni tengah lebat

Hakimy tersengih-sengih sebab memang dia menanti salji

Tidak seperti tahun lepas, tahun ini Autumn sudah sejuk dan turun salji. Tahun ini dijangka salji akan turun lebih lebat dan kerap dan lebih sejuk.... Adakah boleh lawan suhu terendah -20 degree seperti tahun lepas? Kita tengok saja. Yang pasti bila Winter datang, semua orang akan simpan bekalan makanan banyak-banyak dalam rumah sebab malas hendak keluar. Perut asyik selalu minta diisi. Masa hibernasi sudah tiba tetapi kerja-kerja saya semakin bertimbun. Inilah salji terakhir kami di Berlin. Pastinya ada macam-macam agenda hendak dibuat. Saya sudah garu kepala...

4 comments:

Lady of Leisure said...

uwaaaaaaaaaaaa... bestnya...
thanks for sharing... tak senang duduk saya tgk pic ni... tak sabar nak rasa kali pertama pegang salji 2 minggu lagi..
:D

Saira Azura said...

salam, ni azura ex anak buah en eddy kat bpo,jpa..nanti kirim salam pada dia ek..pastu ckp ngan dia, kitaorg nak buah tgn bile dia blk dr jerman..huhuhu

laila kamilia said...

lady-nak pegang salji kat mana tu?
saira-dah bagitau dia dah. dia kata...mmmmmmmmmmmmm.....hehehe. tahniah untuk berita gembira

Lady of Leisure said...

minggu depan nak ke rome, munich n swiss.. pegang salji kat swiss insyaAllah.. ingat nak naik jungfrau atau mana2 gunung kalau cuaca mengizinkan hihi..
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...