30 January 2010

Hana sudah 5 bulan....

Hana saya dah 5 bulan hari ini....Semakin tembam, semakin bulat. Belum ada tanda dia nak meniarap mungkin sebab badannya berat. Tapi kalau duduk, memang nak bangun sendiri hingga saya terpaksa memakaikan dia tali pinggang keselamatan semasa di dalam buaiannya... Kata Kak, Su anaknya dulu tidak meniarap tetapi boleh terus berjalan tak sampai setahun... Jadi saya harap Hana saya juga begitu...

Hana saya sudah mula makan pada 17 Januari lalu(sempena harijadi mak). Mulanya saya nak tunggu sampai 6 bulan tapi bila Hana asyik merengek dan tidak boleh lena tidur malam hingga saya terpaksa berjaga (pernah hingga 9 pagi esoknya baru dia boleh tidur), jadi saya beri dia makan. Alhamdulillah, kini tidurnya semakin nyenyak...perut dah kenyang....hehehe...semakin gendutlah anak dara saya ni...

Lihatlah gambar-gambar yang dirakam oleh Hakimy. Aksi-aksi Hana ini Hakimy yang ambil..katanya nak jadi photographer bila besar nanti... Amacam? Boleh tahan tak budak 4 tahun ni ambil gambar?






Semoga Hana sihat-sihat selalu. Biarlah tembampun...mama suka...ehhhee

28 January 2010

Berjuang Sendiri

Biarkan aku
berjuang dalam sendirian
dalam sejuk-sejuk dingin bersalji
mencari kekuatan
agar kuat berdiri

Biarkan aku
berjuang dalam sendiri
mencari sisa-sisa mandiri
agar terus gagah berdiri

berjuang harus terkorban
kata orang
tapi
aku tidak ingin terkorban
jangan sampai terkorban

teman
salam tahniah dari kejauhan
atas kejayaan lahirnya buah-buah tangan
doakan aku
berjuang sampai tuju kemenangan!

27 January 2010

Saat Kau Hadir : Satukan Hati Tiga Negara


SKH mempertemukan Kak Ami (Jerman), Kak Su (Brunei) dan Laila (sudah pasti Malaysia tercinta, juga Hana!)

Saya tidak pernah terfikir, novel-novel saya akan membawa saya 'keluar' dari Malaysia. Mungkin saja saya ini terlalu 'low profile' ataupun merendah diri hingga saya tidak meletakkan aras yang tinggi dalam pengharapan saya. Saya memang begitu. Dari dulu walaupun siapa saya, saya tetap Haslina Kamaluddin yang sama. Itulah yang selalu saya katakan kepada teman-teman. Saya bukanlah penulis hebat seperti Habiburrahman malah terlalu jauh dibanding dengan Asma Nadia, penulis-penulis besar di Indonesia. Apatah pula hendak diukur dengan Aisya Sofea, Anis Ayuni atau kakak-kakak kesayangan saya Norzailina Nordin dan Eka Fahara atau teman Lynn Dayana, Bikash Nur Idris, Aleeya Anesa, Dhiya Zafira, Shanika Latisya, Umi Azrini dan ramai lagi yang senarainya terlalu panjang jika saya harus menulisnya di sini Ya, saya hanyalah penulis kerdil yang masih banyak perlu belajar. Terpulang kepada 'motivator' yang mengatakan, orang yang selalu berasa kerdil sememangnya kerdil. Tetapi saya memang penulis kerdil yang bukan siapa-siapa. Lalu jika ada yang bertanya kepada saya, tips menulis novel, saya akan ketawa dan seolah-olah mengelak menjawabnya. Bukan kerana apa, kerana kerdilnya saya ini tentunya tidak layak memberikan tips atau nasihat apatah panduan dunia penulisan.


bergambar di galeri kereta di Kudam

Saya mengenali Kak Su melalui emel kirimannya. Ya, dia membaca SKH dan dari situ kami berkenal mesra. Kami saling bertukar khabar dan semasa beliau memberitahu akan menziarahi saya di Berlin, saya sangat berbesar hati. Lalu pada 17-18 Januari lalu, kami bertemu dan menjalin kasih di Berlin!


Pangeran Alimin, abang, saya dan Kak Su menanti bas 100 di Zoologischer Garten

Saya berasa terharu dengan kunjungan Kak Su sekeluarga. Maaflah jika terdapat sebarang kekurangan semasa bersama kami. InsyaAllah jika ada rezeki, kami akan membuat kunjungan balas ke Brunei, bersama-sama Kak Aminah (yang tidak sabar-sabar mahu ke Malaysia...hehehe). Kini saya, kak Su dan Kak Ami meneruskan ukhwah lewat Facebook. Moga di suatu masa kami dipertemukan kembali, insyaAllah!


ke Hard Rock Cafe, Berlin

Melalui novel, saya bersyukur kerana dapat menjalin ukhwah dengan ramai kenalan yang saya tidak pernah kenal sebelum ini. Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan dengan bakat yang ada, itulah caranya kita menjalin ukhwah. Kepada 'follower' blog Laila Kamilia, saya sekali lagi ingin merakam penghargaan dan terima kasih dengan sokongan ada. Tanpa anda, saya mungkin tiada kudrat untuk meneruskan penulisan di ruang maya ini. Kerana andalah saya terus semangat menulis dan menulis. Saya sangat berharap dapat berkomunikasi dengan anda. Jangan biarkan hanya saya sendiri yang berbicara. Tinggalkan pesan walau hanya dengan satu perkataan. Anda boleh hubungi saya di lailakamilia@yahoo.com atau facebook Haslina Kamaluddin. Mari kita kongsikan pengalaman bersama!

ps-jika Nisah dari Singapura membaca entri ini, harap dapat emel saya kerana alamat emel Nisah saya sudah tiada (ditelan virus komputer). Semoga Nisah selamat melahirkan bayi yang comel ya!

19 January 2010

Berlin Film Festival BERLINALE is back!


Berlin Film Festival this coming February!!! Celebrities confirmed Leonardo diCaprio, Martin Scorsese, Ewan McGregor, Pierce Brosnan, Shah Rukh Khan, Kajol, Karan Johar... Another red carpet to attend...

Seperti tahun-tahun sebelumnya, BERLINALE akan dikunjungi oleh selebriti terkenal dunia di karpet merah. Masih terbayang-bayang suasana karpet merah sempena kehadiran Danial Craig dulu. Saya dimaklumkan SRK dan Kajol akan hadir sempena Tayangan Perdana My Name is Khan. Kalau hendak ke karpet merah kali ini, saya harus lebih bersedia. Tak mahu pengalaman mendapat tandatangan Danial Craig di belakang buku Deutsche abang berulang kembali (boleh baca entri saya terdahulu tentang pengalaman bertentang mata dengan hero 007 ni). Hehe...saya harus shopping dulu...Tshirt SRK dan Kajol barangkali?

My Name is Khan Willkomen in Berlin

17 January 2010

Cinta 365 Hari....sekarang di pasaran!


Sinopsis : CINTA 365 HARI
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA! Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari.

Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan. Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.


Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-492-0

14 January 2010

Tips melancong

Bagi yang gemarkan percutian, merancang percutian adalah sesuatu yang agak memenatkan. Ada banyak perkara yang harus diambil kira selain dari harga tambang ke destinasi tersebut. Tempat penginapan merupakan perkara kedua yang penting selepas mendapatkan tambang murah sesuatu perjalanan. Tidak kira jika anda mahukan hotel mewah 5 bintang, atau sekadar hotel sederhana 3 bintang mahupun asrama sebagai pelancong back packers, penginapan menjadi pokok utama percutian. Setelah penat berjalan-jalan melihat pemandangan atau tarikan pelancong pastinya tubuh yang lesu memerlukan rehat yang secukupnya untuk kita memulakan pengambaraan baru keesokan harinya.

Namun bila hendak menempah hotel, macam-macam juga yang kena ambil kira. Hotel A harga murah tapi lokasinya jauh dari kawasan tarikan pelancong. Hotel B dekat, tetapi mahal pula. Hotel C agak jauh tetapi beri sarapan percuma dalam tarif sewanya tetapi adakah kita memerlukannya. Hotel D pula murah, dekat tetapi masalahnya penuh pula pada tarikh yang kita kehendaki. Kesimpulannya jika kita harus membuka satu-persatu laman web hotel-hotel di satu-satu destinasi, memang satu hari tidak cukup untuk kita membuat keputusan tepat berpadanan dengan bajet. Ada beribu-ribu tawaran hotel yang sukar untuk kita membuat pilihan!

Tetapi laman web ini memang bagus kerana ia memang memudahkan pengguna. Sebagai laman web bebas yang tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penggunanya, laman web ini membantu kita mengenalpasti hotel terbaik di seluruh dunia dengan bajet dan keselesaan kita. Antara lain yang ditawarkan oleh HotelsCombined adalah :

1-Meninjau dan membuat perbandingan harga ke seluruh laman web hotel-hotel dan lain-lain laman web kembara dan memberikan kita harga termurah yang ditawarkan.
2-Kita boleh membaca ulasan kembara yang ditulis secara bebas oleh pelancong-pelancong lain.
3-Klik dan bayar terus ke laman web hotel atau web kembara pilihan kita.
4-Aplikasinya mudah digunakan dan yang paling utama ianya PERCUMA.

Kerana suka mengembara, saya menggunakan laman web ini untuk mencari hotel semasa merancang percutian saya ke mana-mana di seluruh dunia. InsyaAllah pada masa-masa akan datang entri Pelancongan di dalam web ini akan kembali aktif. Bagi yang ingin merancang percutian di dalam negara ataupun di luar negara, mungkin laman web ini dapat memudahkan rancangan anda. Selamat bercuti.

Lawati HotelsCombined.com untuk maklumat lanjut.

05 January 2010

Terima kasih kepada semua!

Sempena tahun baru ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat-pelawat rumah maya Laila Kamilia. Kepada yang meninggalkan jejak dalam bentuk komen, sembang-sembang di kedai kopi Laila, followers, mahupun yang menanda di buku pelawat....Terima kasih sekalung budi dari Laila. Moga dengan rumah baru ini, kehadiran anda menceriakan lagi dunia maya Laila Kamilia....sesungguhnya saya sangat menghargai sokongan anda!

01 January 2010

Sambutan Tahun Baru 2010 di Berlin


cahaya bunga api dibentuk bulat-bulat
bunga api kami semua yang selamat untuk kanak-kanak....itupun anak-anak dah takut
kak Ami buat bentuk LOVE....wanita penuh dengan cinta di mana-mana
apekehenya Bedah dah jadi rope ceromin mate....
ni Hakimy rings of fire kata aunty Mar
Tahun lepas, kami berada di London semasa sambutan tahun baru 2009. Tahun ini, kami tidak ke mana-mana. Jadi semasa Kak Aminah menjemput kami sekeluarga ke rumahnya untuk sambutan tahun baru, kami dengan senang hati bersama-sama keluarga Mar dan Manami ke rumahnya.

Sambutan tahun baru di Berlin, tidak sah jika tiada mercun dan bunga api. Seminggu dua sebelum sambutan tahun baru, kedai-kedai sudah mempromosikan jualan mercun di gedung mereka. Dari supermarket hingga ke kedai runcit, hatta kedai menjual perabot turut menjual mercun. Mercunnya pula, mak ai...punyalah 'gabak' hingga takut saya dibuatnya. Bunyinya usah ceritalah...macam duduk dalam medan perang. Di Jerman hanya mercun dan bunga api yang diluluskan piawainya saja dbenarkan dijual. Jadi walaupun besar mercun dan bunga apinya, tidak ada yang putus jari semasa bermain.

Malam itu selepas makan-makan, kami bermain bunga api dan menonton pertunjukan bunga api dan mercun percuma. Memang telinga bingit kerana boleh dikatakan setiap blok rumah di sini ada wakil yang bermain mercun dan bunga api, saling serang-menyerang. Saya teringat bunyi meriam buluh semasa hari raya dan bunga apinya macam yang dilancarkan semasa sambutan tahun baru/merdeka oleh gedung membeli-belah di Malaysia. Lebih kurang begitulah bunyinya bunga api dan mercun yang dilancarkan. Bagi yang rumahnya tinggi bolehlah melihat seni bunga api dari mana-mana posisi di Berlin. Sambutan tahun baru rasminya di Brandenburg Tor.

ps-Terima kasih sekalung budi untuk Mar yang sudi menghantar gambar untuk dimuatkan ke dalam entri ini, juga Rizza yang jadi photographer malam itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...