01 June 2010

9 bulan....

Sudah 2 bulan rupanya saya pulang ke Malaysia. Terasa macam baru saja saya pulang kerana hidup masih dalam pembetulan. Ada lompang-lompang di sini sana. Ada teman yang belum diziarah, ada barang yang belum diberikan, ada janji yang belum ditunaikan, ada permintaan yang belum dilunaskan. Hidup saya seperti baru mahu bermula. Saya mencuba tapi ternyata masih ada banyak yang perlu saya lakukan untuk kembali kepada kehidupan sedia kala. Jika saya kata hidup saya di Berlin lapang dalam kekurangan, di sini saya  kesempitan waktu dan tenaga. Seperti tidak cukup waktu  24/7 itu. Alahai! 

Kini saya sedang mengejar sekalipun saya sedar, tiada yang menunggu. Kini saya berusaha sehabis baik, walau saya sedar, saya sedang dinilai. Saya doakan semoga semua yang di sekeliling saya berada di dalam aturan dan landasan yang sebenar, yang saya usaha dan rancangkan. Saya telah menerima hakikat, siapa saya di sisi insan-insan yang pernah saya tinggalkan 2 tahun lepas. Begini ibaratnya, anda punya teman baik/pasangan yang benar-benar anda sayangi. Kemudian di suatu hari yang tidak disangka, teman/pasangan anda itu telah pergi meninggalkan anda. Mulanya pastilah anda sedih dan meratapi kehilangannya, tetapi kemudian anda sedar, kehidupan harus diteruskan tanpanya. Kini anda telah berjaya hidup tanpanya dan memulakan hidup baru. Tiba-tiba dia kembali. Pastilah anda sukar untuk membuat justifikasi kehidupan yang anda ada sekarang. Begitulah sebenarnya yang saya rasakan. Saya cuba menyelit di celah kehidupan mereka-mereka yang saya tinggalkan! Dan setelah terbiasa melakukan segala-galanya sendirian, kini saya harus belajar kembali menyusahkan hidup orang lain....Hahaahah....

2 tahun telah berlalu dan saat ini saya dapat satu pengalaman yang berharga. Perasaan bagaimana kembali setelah menghilangkan diri. Oh! Rupanya sukar juga untuk mendapatkan kehidupan silam yang telah kita tinggalkan.

Saya sudah melalut! Tajuknya Hana sudah 9 bulan...Hehhehe. Ini mesti sebab kes dah lama membiarkan blog berabuk....Apapun saya berbahagia bila Hana saya sudah 9 bulan. Alhamdulillah Tuhan mengizinkan saya untuk terus menatap Hana setelah ujian yang diberikanNya kepada kami. Hana sudah boleh merangkak 2,3 langkah. Beratnya? Hehhehe....taklah sempat saya nak timbang tapi berat maknya naik 4 kg dalam masa 2 bulan di Malaysia. Hehehe makanan Malaysia memang best, macam mana nak tolak? 

Hingga jumpa lagi! Tcuss!

2 comments:

YaNa said...

Walau dimana akak berada, Haslina Kamaluddin tetap dihati kami... Can't be ERASE so much easy. No way... Kawan mudah datang dan pergi, tetapi tidak sahabat... Yang sangatlah baik seperti akak. Kalau akak free nanti boleh kita lenggang-lenggang sama-sama ke??

*Ehem, berat mak naik macam statistik pasaran saham je... saham naik. haha!

laila kamilia said...

yana-akak tunggu2 juga panggilan makan free ni mana dia? kata nak buat ladies day out....hahaha
ps-pasaran saham memang sentiasa naik...hahaha beringat ni dik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...