12 December 2013

Buah Tangan dari Jerman:- Cinta Pandang Kedua


Dah hampir 4 bulan saya pulang. Alhamdulillah walaupun ada beberapa lagi buah tangan yang belum saya sampaikan kepada teman-teman, sebahagian besar buah tangan yang saya bawa dari Jerman telah selamat sampai ke tangan yang sentiasa ada dalam ingatan saya.

Apa cerita CPK yang merupakan buah tangan saya dari Berlin kepada pembaca novel? Kepada yang rajin bertanya apa cerita CPK saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Itu tanda anda menyayangi saya kan? Setelah hampir 2 tahun saya tidak ada novel baru, CPK merupakan buah tangan saya yang terbaru. Bagi yang mengikuti kisah saya di blog, pasti tahu betapa saya menghabiskan masa yang sangat panjang untuk menokhtahkan kisah CPK ini. Dari saya berangkat hinggalah saya sudah selamat pulang kembali ke tanahair.

Susah sangat ke nak menoktahkannya? Saya senyum saja. Sibuk sangatkah sampai cuti tak bergaji pun tak boleh nak siapkan novel? Saya senyum saja. Bukan hari tu sebelum pergi Berlin dah berkobar-kobar kata nak siapkan 2 buah novel? Hahahaa....kali ini saya gelak besar.

Pastilah sebagai penulis saya rasa malu bila ditanya soalan-soalan maut macam tu. Tak tahu mana saya nak letak muka bila orang bertanya saya tentang buah tangan saya itu. Saya tak mahu menjawab soalan-soalan maut itu dengan macam-macam alasan. Yang pasti, saya sudahpun menyiapkan CPK saya itu. Diulangi: CPK saya tu sudahpun saya nokhtahkannya.

Dah lama saya mahu mengabarkan berita gembira itu tetapi kerana asyik menunggu laptop saya dibaiki, entri gembira itu tertangguh. Saya sudah mengambil gambar manuskrip CPK itu pada hari ia dihantar ke tangan editor tetapi apakan daya, kerana laptop yang rosak itu, saya tidak dapat memuat naik gambar-gambar yang saya ambil dari kamera. Maafkanlah saya....

Kini, saya berdebar menanti maklumbalas dari editor yang dihormati. Kini, soalan yang saya terima dari orang lain ialah tengah tulis apa? Bila diberitahu saya sedang menggarap Aku, Dia dan Berlin (kredit kepada Amirul yang mencadangkan tajuk itu), saya ditanya lagi. Bila pulak ADB ni nak siap? Haahhaha... Ya, saya sedang berusaha. Dan usaha itu tidak berdaya bila nasib CPK masih tidak diketahui dan samar-samar lagi.

Saya berdoa, agar di suatu hari nan indah; editor akan menelefon saya dan memberitahu CPK saya akan diterbitkan.....Sesungguhnya memang sukar untuk menggarap sebuah kisah benar menjadi realiti ke dalam sebuah novel. Untuk semua; doakan semoga semua mimpi saya jadi kenyataan! Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada Laila Kamilia! Jangan jemu menanti CPK ya!

Nota ditulis pada 17/7/2010 reposting sempena kemunculan drama Cinta Pandang ke-2 sempena novel ini selepas 3 tahun 5 bulan ia diterbitkan.

6 comments:

kay said...

ad yg baru...
wahhhh...syokk2~

laila kamilia said...

lom lagi la kay...dalam proses n menghitung hari.

YaNa said...

Akak, ramai yang menunggu next story akak ni... tuan editor silalah cepat2 bagi jawapan positif ye. Gegege.

ps*Demam dak?

laila kamilia said...

yana-terima kasih atas sokongan yang berterusan...sabar menunggu ya...hehehe

Nor Azlina Alias said...

tak sabar nak tahu akhir cpk ni. akak yang menulis, saya yang merasa debarannya.

laila kamilia said...

lin- moga pengahirannya baik2. hehhe...citer CPK ni dong dong sket... jgn tkezut plak kalau pengakhirannya begitu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...