25 September 2010

Kursus Dalam Cuti (KDC) kini dibuka

Kepada adik-adik yang sedang berkhidmat sebagai guru sandaran, peluang menjadi guru tetap telah dibuka permohonannya. Sila dapatkan borang di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing kerana borang telahpun keluar. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 September 2010. Selamat maju jaya!

ps-kepada yang tidak tahu, KDC merupakan satu opsyen selain KPLI kepada mereka yang berminat untuk menjadi guru tetap. Pemohon akan bekerja sebagai guru sandaran di sekolah terlibat dan pada masa cuti sekolah akan mengikuti kuliah di Institut Pendidikan Guru terpilih.

12 comments:

Anonymous said...

saya pernah pergi ppd untuk mengambil borang, tetapi staf sana kata tiada apa-apa pembukaan untuk permohonan. mengapa begitu? bagaimana nak dapat borang itu ?

Anonymous said...

kdc hnya dibuka untuk pendidikan khas,sekolah tamil dan sjkc sahaja...

laila kamilia said...

anon 1-rasanya di JPN aja yang ada offer
anon 2-terima kasih untuk tambahan info

puteri said...

brapa kali pengambilan kdc dalam setahun?boleh nyatakan tarikhnya sekali?

puteri said...

apa kelayakan mohon kdc?pljr lepasan spm dan stpm layak mohon ke?adakah kdc memerlkan interview?

laila kamilia said...

kdc kini dibuka untuk lepasan IPT saja

Yumida said...

oic...thanks for info..ambik kdc brpe thn ar?

follow u jgk la...

Anonymous said...

Bilakah permohonan untuk tahun 2012 akan dibuka?..apa-apa berita, sila maklumkan..Sekian.

Kelab GSTT said...

Berkunjung ke sini..

azreena licious said...

guru ganti lepasan diploma bleh ke ambil kdc nie?

laila kamilia said...

saya rasa lepasan diploma tidak diterima kerana sekarang ini semua guru sekolah rendah sedang dan akan menyambung belajar ke peringkat sarjana

laila kamilia said...

maaf peringkat ijazah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...