16 September 2010

Salam Aidilfitri 2010


Lamanya blog saya ni tidak dikemaskini. Orang yang berkunjungpun dah terbatuk-batuk bila masuk.Hehe. Maaflah ye. Masalah utama saya selain dari sibuk (alah...orang lain sibuk juga tapi sempat update blog pun), kerana komputer Vaio saya sedang tenat. Sehingga kini, pakar IT saya (cik Yana) masih tak jumpa apa masalahnya. Bila Vaio saya meragam, bermaksud saya tidak dapat memuat turun gambar-gambar dari kamera. Tunggu punya tunggu....sampai sekarang masih tidak dijumpai sebabnya. Jadi sebagai langkah menyelesaikan blog saya yang tergendala sejak lama ini, saya beli card reader. Alhamdulillah, barulah boleh dipaparkan gambar-gambar yang sudah diambil ke dalam blog ini. Saya harap lepas ni, saya berkesempatan mengupdate blog saya ini. Kalau berita-berita yang keluar dalam blog ini sudah basi, maaflah yer, sebab baru boleh buat entri kalau ada gambar....kan???

Gambar di atas adalah gambar kami sekeluarga ya ng terbaru, dirakam pada pagi Syawal ke 2 di rumah mertua di Alor Setar. Sudah 2 tahun kami tidak pulang beraya di Alor Setar. Sudah 10 tahun saya menunggu untuk memakai baju raya yang sama dengan anak perempuan saya...Alhamdulillah, tahun ini barulah ia dapat dimakbulkan Tuhan. Hehe.

Kesempatan ini kami sekeluarga ingin mengucapkan salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua saudara mara, rakan taulan dan pengunjung lailakamilia.blogspot.com.

Jumpa lagi pada entri akan datang, InsyaAllah!

6 comments:

zuhri kapisa said...

selamat ari raya jg aku nk ucapkn..dh lama xdgr cita noo..aku xlama lg dh nk tamatkn zaman bujang ni..hu3..

CT said...

slmt hari raya... :)

YaNa said...

akak.. maaf saya ambil masa nak setle masalah keybod tu. saya rasa terpaksa pakai external keybod sebab nak tunggu saya setle sepenuhnya pergh... janji tinggal janji nanti kak. saya baru sampai serdang tadi. akak balek bsp bila.

Baitul SMR said...

yea.. dah ade entri baru :)
selamat hari raya kak laila. Cantik bangat Hana, dapat seragam dgn mama. Balik nanti mar nak buat cam gitu jugak lah.. hihihi

Thanks for the card akak ^_^

Suhana Shahril said...

salam Aidilfitri kak Laila...
Wah..anak dara dah pakai baju kurung ya..

laila kamilia said...

suhana-hehehe, memang dah lama ngidam ni
mar-boleh2...mesti wawa comey, kalah mak diala...haha
yana-xpela yana, masalah akak dah settle, nak kena juai tu
CT-selamat hari raya kembali...banyak buat kuih?hehehe
zuhri-yela...ko kan bujang 4 kali...jangan lupa bagi kad

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...