01 May 2010

Selamat Ulangtahun ke 10!

gambar yang dirakam pada 19 November 2010

Diam tak diam, kami menyambut ulangtahun yang ke sepuluh pada 1.5.10 yang lalu. Kejap saja masa berlalu dan tarikh ulangtahun tu pun dah basi...hahhaa tapi inilah baru berkesempatan memuatnaik gambar. Masa ulangtahun ke 10 tu, kami berdua sedang diuji Tuhan. Ketika itu Hana sedang berada di dalam ICU di HKL. Jadi ulangtahun ke 10 kami raikan di celah-celah kesedihan. Disebabkan 1 Mei merupakan cuti wajib, jadi memang setiap tahun kami akan bercuti untuk meraikannya. Tetapi untuk ulangtahun ke 10, sememangnya ia akan menjadi tanda untuk kami sentiasa mengenangnya...

10 tahun tu macam lama tapi sebenarnya kejap aje. Kami berkahwin pada usia yang agak muda (saya 23 dan abang 24). Ketika itu ramai di kalangan kawan-kawan masih belajar. Ketika itu kami baru setahun bergraduat. Kalau hendak dikisahkan, memang macam-macam dugaan berkahwin pada usia muda. Namun kami bersyukur, dugaan-dugaan itu mematangkan hubungan kami. Di kala teman-teman sedang berusaha untuk melengkapkan sebuah perkahwinan, alhamdulillah kami sudah lama 'settle down'.

10 tahun, 2 putera dan 1 puteri dengan sebuah rumah yang diibaratkan bagai syurga dunia, Alhamdulillah rasanya hidup kami telah lengkap segala. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kami sekeluarga. Seperti kata abang 13 tahun lalu, InsyaAllah We will grow old together.

5 comments:

imanmom said...

salam dan happy anniversary Laila kamilia..
muga bahagia hingga hujung nyawa..
disamping keluarga..

laila kamilia said...

terima kasih....smg awak juga bahagia hingga hujung nyawa

Hezzy Azra... said...

Tahniah Laila & hubby! Sudah satu dekad ye...sama la kita :)

Anonymous said...

tahniah ina dan aedy... Putrajaya 1500.. 10 tahun sat saja berlalu... rasa macam baru ja pi kenduri hangpa minggu lepas (err.. logik ka tak).. apa-apapun.. moga kekal bahagia dunia akhirat..

CT said...

eppy anniversary laila...moga bahagia slalu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...