26 January 2011

JCC-JUARA CARTA CINTA LYNN DAYANA


Februari ini masukkan dalam bajet anda, novel terbaru dari Lynn Dayana Juara Carta Cinta. Pasti menggeletek anda hingga ke akhir bacaan.  InsyaAllah, 26 Februari Mph Subang Parade novelis ini akan berada di sana untuk sesi temumesra bersama peminat novel sempena buah tangan ke 5nya.
ps-Penulis akan memakai tudung RATU dari koleksi http://www.ratu.my
yer...hahaha. Sila klik gambar untuk membaca sinopsis yang kelakar.

23 January 2011

Customer Service yang Out!

Hari ini saya hendak tulis tentang customer servis kat Malaysia ni. Kita takyah cerita pasal telefon customer service yang tak mesra langsung sebab kena tunggu dekat 5-10 minit disebabkan hendak disambung dari satu talian yang kita dail. Kena tekan macam2 nombor, dan paling sakit hati bila talian kita tak boleh disambungkan sebab sibuk. Kena dail semula. Ada pulak yang kita dah penat membebel menerangkan macam2 tentang masalah kita, lepas tu masakah tak settle juga dan kita terpaksa telefon balik, abis air liur bagi penerangan balik. Agak-agak orang yang buat sistem customer service ni memang x pernah ada masalah jadi dia x pernah rasa macam mana tensennya bila kena menghubungi customer service. Kenapa x boleh ada talian terus kepada pegawai yang hendak ditanya??? Itu belum lagi kisah emel atau surat komplen yang x berbalas.

Masalah customer service ini bukan hanya bermasalah bagi kompeni yang kecil-kecil. Kompeni yang akaunnya juta-juta lemon pun ada masalah juga. Sebagai contoh saya bagi perbandingan jawapan customer service yang saya pernah alami baru2  ni.

Kedai CD - QA MEDIA  SUPPLIES, THE MINES SHOPPING FAIR, TING. 4
Setelah menerangkan kenapa saya harus menukar CD yang baru saya beli (yang tidak compatible dengan iMac), saya beritahu customer service tu, "You boleh suggest saya, CD mana yang sesuai?" Dia jawab dengan muka bengang sebab saya nak tukar CD. "You carila sendiri!" Hahaha...dia suruh saya cari sendiri. Apalah bangang punya kedai. Takpe, itulah kali terakhir saya pergi kedai dia.

Kedai buah pasar malam - pasar malam Sri Serdang
Saya hendak beli buah mata kucing, jadi sebab ada masa, saya pilihlah. Tiba-tiba dia marah saya dengan berkata," Kak, mana boleh pilih2." Saya yang sedang asyik memilih dengan spontan kata, "Garangnya, tak jadilah beli." Saya terus meninggalkan buah mata kucing itu sehingga sekarang tak pernah dah beli buah kat situ lagi.

TELEKOM MALAYSIA
Setelah 2 bulan saya memohon dimasukkan talian telefon di rumah, beginilah maklumbalas yang saya terima. "Telefon tak boleh masuk lagi sebab kabel di kawasan rumah cik dah penuh." Saya tanya agak-agak bila boleh dapat masuk telefon. "Kalau ada orang potong talian, kabel tu free bolehlah masuk tapi itupun cik kena queue dengan customer lain yang dah lama hantar borang." Saya tak puas hati tanya lagi "Abis, kalau x ada orang nak potong telefon 3 tahun, 3 tahun la saya tak boleh masuk telefon?" Dia jawab ye.... Gila! Sebagai kompeni dinasour yang untung berbillion2, itu jawapan customer service dia. Patutnya jawabla, nanti kami usahakan menambah kabel baru ke etc. Itupun saya yang menelefon sebab dah 2 bulan tak masuk2 telefon selepas memohon. Kalau harapkan depa yang call....tunggulah 3 tahun, entah call tak tidak....

Namun akhirnya saya berjaya juga mendapatkan talian telefon itu (hahaha saya pergi pasang kabel telefon sendiri). Bila dapat bil nampak macam pelik. Jadi saya hantar komplen pasal bil. Saya tanya , saya nak bayar jumlah dalam bil ke tolak yang saya komplen. Customer service tu cakap, ikutlah mana2 sebab siasatan pasal bil hanya boleh complete dalam masa 2 bulan! Mak ai! 2 bulan baru siasatan pasal bil selesai? Patutlah TELEKOM ada rugi juga!

Apple Switch, THE MINES SHOPPING FAIR, TING. 4
Saya beli iPhone4, MacBook dan terkini iMac di situ. Sekarang saya menghadapi masalah dengan keyboard. Sebab dah 3 kali saya datang ke situ pasal keyboard aje, customer service tu bosanlah agaknya. Dia macam tak percaya bila saya cakap keyboard masih x okey. Dia kata," Bukan hari tu masa ambil you dah test?" Saya kata yela, tapi malam tu saya balik rumah, bila guna balik, masalah yang sama. Hari tu x test guna words betul2....cuba test." Konon2 saya ni bangang sangat agaknya cadangkan dia buat macam tu, dia pun perli saya balik," Kena test pakai words ke?" Bila dia test, sekali okey. Saya minta saya pulak yang cuba dan sah! Masalah keyboard tu sama je, shift x fungsi.
Saya kata saya mahu request tukar baru sebab masalah sama walaupun dah hantar service centre. nanti 2 minggu lagi, bila ambil masalah sama. lagipun saya baru beli 2 bulan, bukan 2 tahun.
Dia jawab, "Saya cadang you pergi sendiri service centre sebab kitapun middle man. Sekarang you x puashati, nanti hantar surat, kita gaduh2 pun tak guna. Jadi you pergi terus sana dan komplen la." Aha! Begitulah dia cakap. Beli barang punya mahal, inikah layanan after sales yang saya terima? Setelah mengambil alamat service centre, saya balik. Itulah kali terakhir saya nak jejak kaki di situ!

Abang ada hantar komplen pada Switch, dan malam semalam somebody dari Apple Switch The Mines telefon dan beritahu yang mereka buat salah semasa isi form service tak mention masalah pada shift key tapi cuma note keyboard malfunction. Kali ini mereka minta saya hantar ke store sekali lagi untuk dibaiki/pergi ke service centre. Apa punya teruk? Apalah salahnya kalau nak menebus salah tu, sebagai syarikat yang besar offer ajelah tukar baru ataupun kalau kedekut sangat, datang ambil sendiri keyboard tu supaya sedaplah hati pelanggan yang sedang panas ni!

Agak2 entah tahun ke berapa juta barulah customer service kat Malaysia ni berkembang dan bertamadun???

16 January 2011

Aksi mencuit hati...

Gambar ini dirakam pada awal-awal kepulangan kami ke Malaysia pada April 2010 lalu sempena Sony Expo. Masing-masing menunjukkan aksi terbaik mereka tapi dalam banyak-banyak aksi Hana yang paling mencuit hati. 

Kalau dibandingkan dengan gambar yang ini, agak-agak yang mana lebih mencuit hati? Hehheeh.... Gambar ini dirakam semasa saya konvokesyen pada 2008. Tiga kali jurugambar mengambil gambar, Kimy tetap juga buat aksi menganga macam tu....

Gambar-gambar tu memang cantik, tapi ada yang 'buat aksi terlebih' untuk menjadikan gambar itu lebih menarik bukan? Alahai anak-anak mama...

09 January 2011

Kak Su di Malaysia

Kerana Saat Kau Hadir, kami menjadi kawan. Dari Berlin kini Kak Su menjenguk saya di Malaysia....Hehehe nampaknya kenduri anak Kak Su di Brunei, saya kena datang juga....insyaAllah... Esok rencananya Kak Su akan ke teratak buruk saya lalu ke Nilai 3....shopping bunga telur ek???
ps-harap sangat Kak Ami ada bersama kerana kalau ikut rencana memang Kak Ami sudah berada di sini, di sisi saya...
Published with Blogger-droid v1.6.5
kak Su, Kimy, saya, Hana dan mama Kak Su di Novotel KL

08 January 2011

CPK: Dari KL ke Berlin ke sekitar Europe dan kembali ke Malaysia....

Hush! Jauh tu manuskrip CPK ini mengembara tapi tak siap-siap juga.... Mengimbas kelahirannya semasa saya sedang bersiap-siap ke Berlin sekitar tahun 2008 hinggalah saya pulang 2010 dan kini sudahpun menginjak ke angka 2011....bilah mahu siap??? Saya tiada jawapannya....kerana saya asyik mengeditnya tidak siap-siap....Lynn Dayana dan Dhiya Zafira sudah masuk novel ke 5. Kami bermula bersama tetapi saya masih di novel ke 3. Hinggakan bila ada yang bertanya "Betulke kamu ada tulis novel?" Saya hanya menjawab "Once upon a time ago...." Hehehehe.... Bak kata Kak Eka...."Rileksnya ko Laila!" Hehehehe....siapa kata saya rileks? Kalau boleh sekarang juga saya mahu menyiapkannya...... Saya juga mahu membuka buku baru....kerana Aku, Dia dan Berlin sudah tidak sabar meminta saya menyiapkan plotnya.... Cepat Laila! Sebelum kamu terlupa, kamu pernah menulis di bawah nama Laila Kamilia!

06 January 2011

Sehari di RATU, Setapak, Kuala Lumpur

Pulang dari Jerman, saya disajikan dengan revolusi fesyen tudung. Kalau dulu tudung bawal menjadi pilihan utama rata-rata wanita di Malaysia, kini tudung Express telah mempolopuri industri tudung. Saya memanggil tudung ini tudung Express kerana teman saya Kak Su kata itulah jolokannya di Brunei. Saya setuju kerana tudung ini segera kerana senang dipakai dan tidak banyak karenah yang sangat sesuai bagi wanita yang selalu ada urusan macam-macam (nak kata sibuk, malulah pulak).

Tudung RATU sangat mementingkan rekaan ekslusif dengan harga berpatutan. Saya berkesempatan bertemu empat mata dengan pemilik De Galeri Ratu, Puan Juwita di Bangi baru-baru ini. Pada pandangan saya, tidak hairan RATU menjadi salah satu jenama busana muslimah popular di Malaysia sekalipun baru 2 tahun beroperasi kerana pemiliknya sangat berkharisma dan berpandangan jauh. Wanita yang ramah ini tidak lokek berkongsi pengalaman beliau membangunkan jenama RATU di Malaysia. Kini butik RATU telah mempunyai 4 butik iaitu di Setapak, Shah Alam, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Bangi dan stokis-stokis daerah di seluruh Malaysia.

Saya dijemput ke butik RATU, HQ di Setapak, Kuala Lumpur. Bersama adik saya, kami berpandukan GPS  tiba di sana kira-kira jam 11.00 pagi. Percaya atau tidak, kami di sana hingga jam 4.00 petang! Inilah beberapa keping gambar yang dirakam di sana. Petang itu, kami shopping sakan dan perasan menjadi model seketika....hehhe...

di hadapan kaunter menggayakan Syria Cotton RM69.00

di sofa menunggu menggayakan RATU Ekslusif Plain Glitter RM95.00
sedang ditatarias oleh Yat, salah seorang pekerja butik yang ramah dan informatif menggayakan  Selendang Ratu Balqis RM69.00


Mas suka tudung cotton RM45.00


yang ini RATU Ekslusif Corak Glitter RM95.00


Apa rasa seharian bershopping??? Hehehe....Jadi kalau ada sesiapa yang berkenan dengan tudung RATU ni bolehlah menempahnya dengan saya dengan harga yang istimewa. Sila emel di nurein1500@gmail.com atau ikuti di facebook RATU. MY. Laman web www.ratu.my sedang dalam pembikinan dan apabila siap nanti akan saya warwarkan. Wujudnya website itu nanti maka dengan rasminya tudung dan selendang RATU dijual secara online. Kali ini yang betul-betul asli dan dari pengedar rasmi ya, bukan dari unofficial site. 

03 January 2011

Kek Kartika Sari Bandung

Berangan nak ke Bandung lagi cuti sekolah baru2 ni tapi disebabkan abang tak dapat cuti maka hajat tu nampaknya terbantut. Saya pernah ke sana beberapa tahun yang lepas. Seronok dan bab yang paling seronok tentulah agenda shopping2. Mungkin masa saya pergi dulu orang Malaysia masih belum ramai ke Bandung. Saya selalu merekomen kawan2 yang gila shopping tu elok2la ke sana...sementelah bolehlah merasa bawa duit seperti jutawan dari langit sebab bila tanya orang sebelah..."Bang, duit kita ada berapa JUTA lagi?" Hehehee....

Disebabkan tak pergi, maka saya sempat mengirimkan dia kek yang ada dalam gambar ni... Dulu saya beawa balik sampai beberapa biji kerana sedapnya yang teramat. Saya tanya kawan saya kenapa tak beli, dia jawab mahallah. Mmmm...mahal? Saya tanya berapa dia jawab RM50. Ha! Terkejut albadak juga kerana beberapa tahun lepas, saya rasa saya membelinya pada kadar separuh dari harga yang diberitahu. Sebab itu saya boleh borong banyak. Kawan saya tu siap bawa resit lagi sebagai bukti...hehehe. Dalam hati saya kata tak apalah, mahal tapi sedap... Hehehe... Tetapi jangkaan saya silap, rupanya kek kartika sari yang saya rasa beberapa tahun lepas rasanya tak sama sebab saya rasa kek itu ...rasanya dan kelembutannya macam kek lapis sarawak yang saya jual masa Aidilfitri lepas.... Baik tempah dengan Kak Teh dan tak payah beli jauh2.

Saya diberitahu kawan saya yang cutinya tak best. Kerana katanya orang sana mengenakan harga yang lebih tinggi jika kepada pelancong Malaysia. Siap boleh tukar tanda harga lagi. Makanan di tepi jalan mahal macam harga makan di hotel. Nak melihat pemandangan di Tangkuban Perahu dan Puncak pula diganggu oleh penjual2 yang asyik mengekor ke mana kaki kita melangkah. Sungguh menjengkelkan!

Wow! Ada hikmah rupanya saya tak ke Bandung kali ini....

Published with Blogger-droid v1.6.5

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...