27 February 2011

Sepetang di Subang Parade sempena pelancaran novel ke 5 Lynn Dayana

Saya mengenali beliau kira-kira enam tahun lepas, semasa diberi peluang mengikuti kursus penulisan anjuran Alaf21 bersama Dhiya Zafira. Sejak itu kami menjadi kawan baik dan kekal baik sehingga ke hari ini. Antara kami, sentiasa berlumba untuk menyiapkan manuskrip dan selalunya kami akan saling memberi kritikan antara kami. Biasanya kritikan kami memang pedas dan laser je, tapi alhamdulillah setakat ini kami menerima setiap kritikan dengan sangat terbuka.

Dalam bersaing, tiap-tiap tahun kedua-dua teman saya ini berjaya menghasilkan novel. Ini adalah novel ke 5 beliau dan Dhiya Zafira juga bakal melancarkan novel ke 5nya tidak lama lagi....Saya? Hehehe jika tiada aral melintang, rezeki dimurahkan insyaAllah tahun ni baru novel ke 4. Ya, saya tertinggal setahun dari mereka.....kena kejar ni! 

Pada 26 Februari 2011 lalu, majlis pelancaran novel Juara Carta Cinta, JCC ini selamat dengan meriahnya. Ramai yang datang mendapatkan tandatangan Lynn. Kawan-kawan penulis juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis, memberi sokongan. Inilah catatan saya yang bergegas ke Subang Parade sebaik tamat Mesyuarat Agong PIBG di sekolah. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya meraikan majlis penuh beerti ini bersama teman kesayangan..... Tahniah Lynn dan semoga terus success sekalipun ujian mendatang bagai arus dalam hidup. Tahniah kerana berjaya menjadi novelis prolifik....ehhehe

 Editor dan penulis sedang berbincang sesuatu...hehehe apa tu ye? Projek buku baru ke atau gosip....hehe. 
bersama Kak Meen Zulaikha yang novelnya Kasih Yang Suci yang akan didramakan di TV3 Mac nanti. Sama-sama kita nanti

 teman-teman penulis, Hezy Azra, Aleya Aneesa, Shanika Latisya dan Dhiya Zafira yang turut datang memberi sokongan kepada cik Lynn. Turut hadir yang tiada dalam gambar, Ayu Emelda
hehehe...puan Laila Kamilia bersama Hana Nurein sempat bergambar dengan cik Lynn dan sepupu teddy bear

20 February 2011

Temui Lynn Dayana di MPH Subang Parade!


Tandakan di kalendar anda pada 26 Februari 2011, Sabtu ini, marilah ramai-ramai pakat serbu ke MPH Subang Parade sempena pelancaran novel ke 5 Lynn Dayana, Juara Carta Cinta yang sedang hangat di pasaran. Khabarnya ada beberapa novelis lain yang pakat nak serbu memberi sokongan moral kepada beliau. Selain mendapat autograf, Lynn Dayana juga akan memberikan goodie bag kepada peminatnya.   Anda boleh membaca catatan Lynn Dayana di http://lynn-dayana.blogspot.com. Jadi tunggu apa lagi....datanglah beramai-ramai ke sana! Jumpa di sana! 


ps- www.RATU.my turut memberikan kupon diskaun istimewa sempena pelancaran JCC

Selamat Hari Lahir ke 5 Hariz Hakimy

Hari lahir Hakimy ke 5 disambut sederhana di rumah kami dengan kehadiran kaum kerabat kami yang terdekat pada 30 Januari 2011 yang lalu. Tahun ini Hakimy nampak matang sikit berbanding tahun sebelumnya. Dia sudah faham kenapa dia harus pergi ke sekolah dan membuat kerja rumah, tak macam tahun lepas di mana dia berhenti sekolah tadika separuh jalan. Kata cikgunya dia duduk di tepi pintu saja. Alhamdulillah positif perkembangan terbaru ini cuma Hakimy masih gembeng peyek....hahaha suka benar menangis kalau apa yang dia nak tak dapat ataupun abang tak nak kawan. Harapnya tahun-tahun mendatang, Hakimy akan bertambah matang.

Tahun ni kami hadiahkan Hakimy percutian ke Genting Highlands sempena hari lahirnya. Nanti saya upload gambar kami di sana. Makanan dan kek hari lahir pula Pak Lang yang taja. Alhamdulillah murah rezeki anak teruna saya yang sangat manja ini. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang taat. Amin!

18 February 2011

Cinta Pandang Kedua - kini di tangan ALAF 21

Alhamdulilllah, di celah-celah kesibukan, saya sempat menyiapkan kerja-kerja penyuntingan CPK. CPK merupakan buah tangan ke empat saya. Saya berdoa semoga manuskrip ini akan dapat diterbitkan secepat mungkin, almaklum sudah masuk tahun ke 3 saya tiada novel baru. Orangpun dah penat bertanya bila novel baru nak keluar. Di atas adalah scene di mana AINNUR AZLEEN bertemu dengan PROF. MADYA DR. AHMAD REDZA di Leasers Park, Newcastle, England. Untuk makluman semua, saya berkereta dari London ke Newcastle semata-mata mahu menyaksikan sendiri scene CPK ini. Di sinilah Ainnur mendengar lamaran yang dinantikannya bertahun-tahun tetapi kemudiannya dia terpaksa menolaknya. Mengapakah Ainnur menolak sedangkan sebelum ini dia pernah merayu Dr. ARM untuk memperisterikannya sekalipun hanya sebagai isteri kedua. Kini setelah dilamar lelaki itu, dan menyedari dia masih tidak dapat melupakan lelaki itu, dia tiba-tiba menolaknya sedangkan sehingga di saat itu, dia masih tidak punya sesiapa di ruang hatinya. Pastilah Dr. ARM kecewa kerana kedatangannya ke Newcastle semata-mata mahu memperisterikan Ainnur. 

Anda tidak sabar menantikan sebuah kisah benar yang diangkat menjadi novel ini? Doakan semoga novel ini cepat-cepat diterbitkan ya. Kerana selagi novel ini tiada di pasaran, Aku, Dia dan Berlin seakan tidak menemukan magisnya. 
ps-ADDB merupakan manuskrip terbaru saya yang ke 5 yang masih berada di prolog. hehehe

Koleksi Terbaru RATU.my ; Mix Ropol







Koleksi terbaru Ratu Februari 2011 membawakan koleksi tudung dari Lycra dengan bunga  timbul. Istimewanya koleksi ini menampilkan jalinan corak ropol bertingkat yang sangat menarik. Koleksi ini didatangkan dari pelbagai warna begitu istimewa yang lain dari kebiasaan. Didatangkan dengan pelbagai warna menyajikan wanita pilihan pelbagai dari rangkaian warna-warna lembut mahupun warna-warna garang yang cantik memikat. Koleksi ini boleh digayakan ke pejabat, kasual, mahupun semi rasmi. Saiz S RM65, Saiz M RM75, Saiz L RM85. Untuk harga istimewa sila layari www.RATU.my

12 February 2011

Novel Terbaru Norzailina Nordin-Cintamu Nadiku


ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.

Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.

Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI.

Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?

Dapatkan segera di pasaran!

05 February 2011

Projek Baru Laila Kamilia; RATU.my

Bagi mereka yang mengenali Laila Kamilia, sudah tahu empunya nama itu memang tidak reti duduk diam. Ada saja benda dia nak buat. Bagi mereka yang tidak tahu, semasa saya bercuti tanpa gaji di Berlin, saya sudahpun memulakan projek usahaniaga saya. Lalu bila pulangnya saya ke Malaysia, saya meneruskan legasi usahaniaga itu. Cuma baru inilah saya ingin mengumumkannya.... Jeng jeng jeng....Inilah projek baru saya selepas CPK.

Pengunjung internet dan penggemar tudung eksklusif popular Malaysia dipersilakan untuk membeli-belah di laman kedai online terbaru iaitu www.RATU.my

RATU.my merupakan projek e-commerce online terbaru yang beroperasi secara online secara rasminya pada 30 Januari 2011. 

RATU.my menawarkan pilihan busana dari butik RATU yang telahpun berkembang maju dalam industri fesyen busana Muslimah di Malaysia.

Di RATU.my,  pelanggan berpeluang membeli secara online koleksi busana dari De Galerie Ratu, pemilik busana jenama RATU. RATU.my telahpun mendapat hak eksklusif menjual dan mengedar busana jenama RATU. Oleh yang demikian, kami menjamin yang kualiti busana kami sememangnya tulen dan mencapai piawai RATU.

Sempena pembukaan kedai online tersebut, pengunjung ditawarkan dengan kupon diskaun tambahan iaitu RM10.00. Cuma taip OPENRATU11 di ruangan enter coupon code ketika checkout dan anda akan mendapat diskaun tambahan tersebut. Kupon boleh digunakan berkali-kali dan tawaran hanya untuk masa terhad sahaja. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari http://www.RATU.my.



01 February 2011

ekasih-Makluman untuk Rakyat


Bagi sekolah-sekolah yang tidak  mendapat Rancangan Makanan Tambahan(RMT),keluarga murid tersebut mesti mdaftar disini bg melayakkan mendapat bantuan RMT. Ia terbuka kepada semua  Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar. Sila klik pada Pendaftaran Ringkas untuk Daftar secara online.

 https://www.ekasih.gov.my/Pages/Default.aspx
ps-terima kasih kepada cikgu Maslina untuk info berguna.

KENANGAN KEMBARA EROPAH

Kenangan kembara Eropah LAILA KAMILIA. 
klik sini untuk semua entri Kembara Eropah Laila.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...