26 April 2011

AKAN DATANG! Ombak Rindu

Nantikan kemunculannya. Filem Ombak Rindu terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures merupakan hasil adaptasi daripada novel popular nukilan Fauziah Ashari.


SINOPSIS FILEM:

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.

2 comments:

hasznee hasan said...

sy pnah bca novel ombak rndu ni mmg bez.. antra n0vl kgmaran laa!!smbungn 'cinta tiada akhirnya' p0n bez..xsabar nk tgk !! ^^

NURein said...

slmt menonton! semoga terhibur sebagaimana membacanya di novel

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...