24 June 2011

Cuti-cuti Malaysia : Port Dickson

Sebut saja Port Dickson di kepala pasti ada laut.  Jadi jika ke PD, jika tidak ke laut tentu tidak sah. Tetapi apa yang ada selain dari laut? Ada dua tempat di PD yang anda boleh lawati jika ke PD jika tidak mahu turun ke laut; Muzium Angkatan Tentera dan PD Ostrich Showfarm.

Kali ini saya hanya sempat membawa anak-anak ke Ostrich Showfarm kerana agenda ke Muzium terbantut dek kecederaan tiba-tiba Hana. Saya terpaksa membawa Hana ke Hospital PD kerana tangan kanannya terseliuh. Mungkin di lain kali kami boleh ke muzium pula. 




Bagaimana hendak ke Ostrich Showfarm? Dari simpang 3 keluar dari lebuhraya Utara-Selatan, ambil kiri menghala ke Politeknik PD. Ladang ini bertentangan dengan Politeknik PD. Sebaik sampai, saya lihat ada beberapa buah kereta pengunjung di parkir. Kami membayar RM8 dewasa dan RM4 kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Agak mahal juga tetapi saya tetap membayar kerana di kepala adanya aktiviti menarik seperti menunggang ostrich dan lain-lain yang menarik. Namun saya dimaklumkan aktiviti tersebut tidak dapat dijalankan kerana hari hujan pada paginya menyebabkan bulu ostrich basah. Dalam hampa, saya bawa juga anak-anak melawat sebab sudah sampai ke sana.






Tetapi saya memang hampa kerana ladang ini tidaklah besar mana. Nak dikatakan mini zoo pun tidak padan kerana yang ada hanyalah kedai cenderamata, kedai makan dan beberapa haiwan seperti kera/monyet, kambing, arnab, itek, ayam, ostrich dan hamster. Memang tidak berbaloi dengan harga tiket yang ditawarkan. Jika anda mahu juga ke sana, saya nasihatkan pergi di awal pagi sekitar jam 10.00 pagi di hari yang terang-benderang!

4 comments:

YaNa said...

jalan jalan aje akak ni.

laila kamilia said...

alah menngata kat orang...dia pun sama malah lagi hebat...hahaha. rindu nak brak ngan ko yana

Rohani said...

Salam Cik Laila ..
Saya ada apartment di Best Western (dulu namanya Tiara Beach Resort). Utk hari biasa cuma RM120 dan hari cuti RM150. Skrg ada promosi utk 3 hari 2 mlm cuma RM280 shj.Hubungi saya 012-3492710 atau http://www.cutisantaibestwestern.blogspot.com

Elaine Chew said...

Selamat cuti ! Boleh kunjungi 5* villa (Villa 827) di A' Famosa Resort di Melaka untuk cuti yang akan datang :)

www.villafamosaresort.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...