26 June 2011

Jalan-jalan Brunei Darussalam

Destinasi Asia Tenggara seterusnya ke Brunei Darussalam! Sebenarnya hasrat untuk ke Brunei sudah lama bertapak di hati tetapi disebabkan sering dimomokkan yang di Brunei 'tak ada apa-apa', jadi hasrat itu sering terbantut. Namun kesempatan mendapat jemputan dari Kak Su sempena perkahwinan anaknya merealisasikan hasrat saya yang terbantut tu. Betul ke Brunei tak ada apa-apa? Mehla kita tinjau sama-sama.

Sebaik kaki melangkah keluar dari lapangan terbang antarabangsa Brunei, entah kenapa kepala saya teringatkan Langkawi. Hahhaa....Ya, Brunei dalam bahasa Arab membawa maksud tempat tinggal yang aman. Saya dapat rasakan aura ketenangan dan keamanan itu sebaik melangkah keluar dari bangunan itu. Kedua, rakyatnya hidup bersederhana. Walaupun ramai orang Brunei yang kaya-raya, saya dapat rasakan aura itu juga! Itu padandangan awal saya tentang Brunei.

Hari pertama, kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bandar Seri Begawan. Kami sempat meninjau ke Masjid Omar Ali Saifuddien dan Kampong Ayer tetapi tidak sempat bergambar kerana cuaca yang sangat panas petang itu. Kami kemudian ke istana sultan tapi tak nampakpun istananya kerana pagarnya berkilometer dari jalanraya utama....hahaha. Jadilah dapat tengok pagar. Kemudian dibawa melihat istana  Azrinaz yang masih dalam pembikinan. 

Jerudong Park

Lepas itu kami ke Jerudong Park. Dulu-dulu masuk ke taman tema ini adalah percuma tetapi kini kena bayar mengikut bilangan permainan yang hendak dimainkan. Ketika kami sampai, taman tema masih lengang. Kata abang yang membawa kami, malam-malam baru meriah. Kami pulang selepas itu lalu ke Pasar Basah Gadong untuk menikmati juadah tradisi masyarakat Brunei.




Hari kedua kami sekali lagi ke masjid dan Kampung Ayer. Jam sekitar 5.00 petang, kami menaiki teksi dari hotel penginapan Rizqun International. Perjalanan sekitar 15 minit dengan tambang $10.00 sehala. Disebabkan susahnya mencari teksi di Brunei, maka kami telah berjanji dengan pemandu teksi untuk menjemput kembali sekitar jam 7.00 malam. Di sana matawang disebut ringgit juga tetapi nilainya tidak sama. Semasa saya ke sana, tukarannya ialah RM2.55=B$1. Jadi tak bolehlah nak berbelanja mewah-mewah ye. Hehe....




papan tanda masjid

Kami bergambar dan sempat berjalan ke Water Front. Jaraknya lebih kurang 10-15 minit berjalan kaki. Jika anda mahu berjalan-jalan di sekitar Kampong Ayer menaiki bot, harganya lebih kurang $15-30 bergantung kepada tuan punya bot dan durasi perjalanan. Disebabkan saya tidak ada banyak masa (kurang-kurang 1 jam diperlukan untuk menjelajah ke Kampong Ayer), maka saya tidak memilih pakej itu. Saya hanya menyeberang ke Kampong Ayer menaiki bot dan kembali semula. Tambangnya $1. Memang menarik Kampong Ayer ini kerana rumah-rumah dibina di atas air. Mereka punya komuniti sendiri (ada sekolah, masjid etc) yang menarik untuk dilawati jika punya banyak masa.

Pasar Basah Gadong menawarkan pelbagai juadah. Makanan di Brunei lebih kurang di Malaysia. Gambar di atas adalah pulut panggang yang ada 4 inti pilihan; udang, daging, ikan dan ayam 

Antara fakta menarik tentang Brunei yang boleh saya kongsikan di sini :
-Harga petrol adalah sekitar $0.52 sen seliter kerana subsidi dari Sultan dan akan menjadi $1.75 pada Hari Keputeraan Sultan sebagai mengingati betapa mahalnya harga minyak jika tiada subsidi dari Sultan.
-Tukaran wang ringgit Brunei adalah sama dengan Dollar Singapura. Oleh yang demikian, kita boleh guna kedua-dua matawang ini di kedua-dua negara.
-Cukai kenderaan adalah murah. Sebab itu ramai yang berkereta besar. Khabarnya boleh dapat Mercedes  pada harga $50K sahaja!
-Tiada motorsikal di Brunei kerana semua mampu berkereta
-Teksi sangat sedikit (dikatakan sekitar 40 buah sahaja)
-Tiada bangunan tinggi yang boleh mengatasi kubah masjid.
-Tulisan jawi boleh dilihat di merata-rata.
-Coklat murah di sini, lebih murah dari di lapangan terbang di negara kita yang bertanda Duty Free.
-Kain-kain sutera juga murah, jadi sediakan wang secukupnya sebagai tanda mata dari Brunei.
-Jam 6.00 petang, kawasan bandar-bandar sudah sunyi. Shopping mall yang ada yang masih meriah hanya selepas Isyak.
-Ada 3 checkpoint yang disediakan Air Asia Brunei untuk memeriksa berat beg berbanding 2 di LCCT. Hehehe....jadi sila pastikan berat beg yang dibawa masuk ke dalam pesawat tidak lebih dari 7kg!


pernah lihat papan tanda McDonald's tulisan jawi?

Jika anda sudah sampai ke serata Asia Tenggara tetapi masih belum sampai ke Brunei, apa salahnya anda mencuba. Jom Melancong!

18 comments:

Anonymous said...

Terima kasih kerana sudi datang. Hingga jumpa lagi.

kak sue said...

Terima kasih kerana sudi datang. Hingga jumpa lagi.

laila kamilia said...

terima kasih kak su kerana sudi menjemput saya yang bukan siapa-siapa ini....maaflah banyak kurangnya sebagai tetamu

Anonymous said...

"Harga petrol adalah sekitar $0.52 sen seliter kerana subsidi dari Sultan dan akan menjadi $1.75 pada Hari Keputeraan Sultan sebagai mengingati betapa mahalnya harga minyak jika tiada subsidi dari Sultan."

Comment: harga tanpa subsidi sebenarnya bukan pada Hari Keputeraan Sultan (yang jatuh pada 15hb Julai) tetapi sempena Hari Tenaga (24hb Mei) bagi memperingkatkan penduduk Brunei Darussalam supaya bercimat cermat dan tidak membazir tenaga dan mengetahui betapa besarnya perbelanjaan Kerajaan dalam memberikan subsidi...

Anonymous said...

*bercimat > berjimat

qomarul said...

Aslkm,saya ada plan dg suami dan anak perempuan saya pegi kat Brunei dlm 30 juni-2 juli 2012.Saya dari KL...guna AirAsia.sy tak tahu apa2 ttg Brunei,kadang terpikir nak sy cancel je pegi kat Brunei,disebabkan takut duit saya tak cukup sbb kata orang hotel ke transport ke mahal sangat,sy nih bukanlah orang banyak duit,suami student kat UIA (IIUM KL) je.....boleh ke tak bagi tau saya dimana ada penginapan murah dekat Brunei,bukanlah macam hotel,yang penting bolehlah buat tidur je....terima kasih.....

qomarul said...

Aslkm,saya ada plan dg suami dan anak perempuan saya pegi kat Brunei dlm 30 juni-2 juli 2012.Saya dari KL...guna AirAsia.sy tak tahu apa2 ttg Brunei,kadang terpikir nak sy cancel je pegi kat Brunei,disebabkan takut duit saya tak cukup sbb kata orang hotel ke transport ke mahal sangat,sy nih bukanlah orang banyak duit,suami student kat UIA (IIUM KL) je.....boleh ke tak bagi tau saya dimana ada penginapan murah dekat Brunei,bukanlah macam hotel,yang penting bolehlah buat tidur je....terima kasih.....

laila kamilia said...

saya rasa 2 hari di Brunei sudah memadai. boleh berjalan di sekitar bandarayanya, singgah di masjid dan berjalan di kampong ayer dan di datarannya. ada masa bolehla ke pasar malamnya. saya tidak pasti tentang harga hotelnya tetapi boleh lihat di booking.com. di sana boleh lihat harga hotel termurah mengikut bajet. saya harap dapat membantu dan tidak terlewat! selamat jalan2 ke brunei

Siti said...

saya mengunjungi brunei sebanyak 2 kali pada tahun yang sama (beberapa tahun lepas). Apa yang saya boleh rumuskan mengenai brunei ialah orang-orangnya sangatlah baik dan bangga dengan sultan dan negara mereka!Saya pernah berada di negara tersebut semasa ulangtahun keputeraan sultannya jadi saya berpeluang melihat pameran barangan istana dan kekayaanya.

DI sini juga tidak banyak tempat menarik tp keseluruhannya brunei itu sendiri agak unik. Banyak bangunan tetapi kosong dan lengang sebab tak ramai pelancong/orang. Harga barangan standard macam malaysia tetapi dalam nilai ringgit brunei; Pasaraya dikuasai bangsa cina brunei, malahan pekerja hotel tempat saya menginap dan pemandu teksi juga berbangsa cina. Satu lagi pemandangan menarik di sini ialah terdapat ramai juga wanita bertudung yang menghisap rokok secara terbuka yang nyata mengejutkan!

jannah alim said...

assalamualaikum,saya orang brunei..terima kasih atas mendatangi brunei darussalam....

azuna yusof said...

Assalamualaikum.. saya Azuna yusof,dh lme simpn hsrt nkg brunei,msa usia 15thn ,smpai skarang. Nk prgi sna, saya xtau tentang brunei. Saya ingin tau hotel yg brpttan. Jka dmurahkn rzki,saya n suami nkg sne,mlihat sndiri keindahan brunei,yg dikatakn ngara mundur. Saya rse keunikan brunei yg byk keislamannya. Jika diberi peluang,kami ingin brhijrah ke sana,mluaskn lg pmandangan, n pengalaman, mcm pepatah arab mengatakn 'menuntut ilmu biarlh sampai ke negara cina'. BRUNEI ,KAMI DATANG. ;)

azuna yusof said...
This comment has been removed by the author.
ALynn said...

Waalaikumussalam. . .
A'kum saudara brunei. . .Thn dpn saya n suami nk ke brunei. Dah tempah flight tiket tuk 4h/3m. . .masalahnyer hubby xbuat research dulu n sy dpt tau hotel n transportation mahal kt brunei. . .booking.com pun mahal. . .ada homestay tak kt sana

Anonymous said...

Salam..saya akan ke brunei 14~16 efb ini,boelh cadangkan hotel yg murah x? huhu..tq

email sy rockyana88@gmail.com

joe said...

Asalamualaikum. Saya orang Brunei . Jika ada berminat , saya menyedia kan pakej 3 hari 2 malam untuk lawatan ke Brunei( termasuk hotel, transport, membawa melancong dan makan tengahari)Hubungi saya di prodigy68@hotmail.com( Halim)

joe said...

Asalamualaikum

Saya rakyat Brunei ada menyedia kan pakej 3 hari 2 malam( hotel, transport dan lunch)

Sila hubungi saya di 7137001 or 0126472424 atau email saya prodigy68@hotmail.com

Halim

deqnoi said...

1 Mac 14 ni saya sekeluarga akan ke Brunei, ada perkhidmatan kereta sewa untuk lawati semua tempat Brunei?

noramiza ahmad said...

Thanks for sharing. Saya pun plan nak ke Brunei jugak, so dengan info ni sedikit sebnyk dpt membantu saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...