05 July 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN DARI LAILA KAMILIA UNTUK ANDA SEMUA!


CINTA PANDANG KE 2 KINI REALITI!

Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga buat yang teristimewa Ainnur Azleen; yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggarap kisah ini. Hidup baik-baik di perantauan. Bila jejak kaki ke bumi Malaya, carilah lelaki yang memegang nama AZLEEN di balai ketibaan! Forgive and forget! Anda berhak untuk hidup bahagia!

Buat teman-teman Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras Sesi 2008; Marfuza, Izzi, Zuhri, Zely, Tiah, Shara, Dalilah, Fiza, Yati dan Rozie yang sempat saya abadikan namanya di dalam novel ini dan yang ramai lagi yang tidak dapat saya kongsikan di sini ; terima kasih untuk persahabatan yang dihulurkan. Terima kasih kerana sudi berkongsi sebuah pengembaraan hidup bersama seorang Haslina.

Cik Norhana Mohd Salleh, Guru Bahasa Jepun, Pusat Bahasa Moden, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak yang membantu saya menterjemah beberapa petikan di dalam bahasa Jepun di dalam novel ini. Juga tidak lupa kepada teman-teman penulis yang tidak jemu-jemu memberikan saya sokongan moral untuk terus menulis, menulis dan menulis.

Kepada peminat novel, saya berharap novel ke 3 saya bersama Alaf 21 ini akan memberikan anda hiburan dan manfaat. Sokongan anda semua lewat email dan blog, sangat-sangat saya hargai. Janganlah jemu memandu saya untuk menjadi seorang penulis yang berkesan kepada dunia penulisan.

Kepada Alaf 21 yang masih memberikan kepercayaan kepada karya saya untuk diterbitkan, terima kasih yang tidak terhingga. Anda terlalu bernilai!

Pengunjung setia http://www.lailakamilia.blogspot yang menyokong tulisan saya di blog, teman-teman Facebook dan lain-lain yang terlalu panjang senarainya.

Terima kasih juga buat ibubapa dan adik-adik yang sentiasa memahami minat saya dalam bidang ini.
Untuk suami Aedy Fadly Ramli yang selalu berusaha untuk memastikan isterinya ini terus berkarya. Sokongan dan kasih sayang abang akan sentiasa menjadi azimat penguat semangat. Jangan jemu memberikan ‘ceramah motivasi’ percuma kepada isteri yang ‘liat’ ini. Untuk permata hati saya; Hardy Zahidy, Hariz Hakimy dan Hana Nurein… mama sayang kamu semua…..

Untuk semua, terimalah karya terbaru saya ini. Seperti sebelumnya; yang baik buat sempadan, yang buruk jadi tauladan. Jumpa lagi insyaAllah dalam Aku, Dia & Berlin, karya yang akan datang.
Sesungguhnya kita hidup hanya sementara di dunia ini. Berbuatlah baik kepada semua tanpa mengira warna kulit mahupun darjatnya.
Laman web:- http://lailakamilia.blogspot.com
Emel:- lailakamilia@yahoo.com

4 comments:

nora alias said...

aaaa.... takutnya nak baca!

laila kamilia said...

selamat membaca!

HAJAR AZMAN :| said...

kak saya dah baca cite ni. sangat lah awesome. sedap sgt ! huaaaa. tahniah :)

laila kamilia said...

terima kasih Hajar. kalau rajin kirimkan komen ke lailakamilia@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...