15 November 2011

Bukit Gambang Resort Waterpark

Tujuan utama ke Pahang memang mahu ke sini. Destinasi Bukit Gambang Resort dipilih kerana mahu meninjau bagaimanakah rupanya BGR ini kerana wujudnya taman tema ini semasa kami di Berlin. Bila balik tengok kat iklan di lebuhraya banyklah pulak. Apa hebat sangat promosinya ni? Nak juga menjengah. Namun hasrat menjengah itu hanya terlaksana setelah hampir 2 tahun bersempena hari jadi Hardy ke 10 tahun pada 16 September 2011 yang lalu!

Tak susah mencari BGR kerana memang tanda arahnya sangat jelas dari lebuhraya. Sementelah ini merupakan satu-satunya taman tema air di sebelah timur. Pertama kali memasuki perkarangan taman tema ini, hati saya berdetik, mmm...boleh tahan.




Kami menginap di apartment yang bersebelahan dengan BGR iaitu Arabian Bay Suites yang merupakan sebahagian BGR. Di bawah apartment itu terdapat mini funfair. Kat tempat makan pula ada juga cobaan, kereta bergerak setempat tu la. Jadi kepada ibubapa yang membawa anak, sabo banyak2lah yer...besar dugaannya tu terutama kepada anak sekecil Hana yang tidak faham pasal duit, janji dia boleh naik godek2. Hehehe....Bukan setkat Hana, si Hakimy yang 5 tahun pun sakan!




Seharian di sana, saya dapat simpulkan bahawa BGR menawarkan pakej taman tema air yang menarik untuk dicuba. Ia tidaklah sehebat Sunway Lagoon mahupun Genting Highlands. Tidak juga punya pilihan tarikan yang banyak seperti A Famosa Resort dan Bukit Merah Lake Town.  Rasanya ia setaraf Lost World of Tambun. Jika mahu ke pantai timur, cuba-cubalah singgah ke sana. Anak-anak anda pasti teruja untuk mencuba. Selamat bercuti!

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...