11 February 2012

Anak Istimewa Kepunyaanku




Betapa diri terasa istimewa
berada di kalangan ahli syurga
biarpun kadangkala
bicaranya mungkin senyap
butirnya tiada makna
atau kadangkala dia menjerit tiba-tiba
ah! guruku ini pekak rupanya
mungkin itulah yang ada di mindanya?

Betapa diri terasa bangga
bila memperkenal diri
akulah guru yang mendidik
anak-anak syurga

Betapa diri terasa bahagia
tatkala tangan kerdilnya memeluk
lalu menzahir sayang
seluas lautan tiada sempadan
atau cukuplah mengingat sebaris nama
Cikgu

Betapa diri terasa kerdil
bila kesabaran diuji
dan tiba-tiba jadi bimbang
aku hanya manusia biasa
yang cuba menjadi guru yang luar biasa

anak istimewaku
bukan intan permata
kuharap darimu
cukuplah sekadar
menarik tanganku
melangkah bersamamu ke syurga firdausi
kerana mati adalah PASTI

-Laila Kamilia
1 Februari 2012
4.50 pagi
Bandar Seri Putra

2 comments:

aisyah said...

Anak-anak istimewa memang sangat istimewa. Namun, kekurangan penglibatan mereka dalam masyarakat perlu dipandang serius. Masyarakat ramai yang belum sedar betapa anak-anak istimewa ini adalah amanah ALLAH untuk masyarakat sekelilingnya.

Tahniah, cikgu.. Mendidik anak-anak istimewa bukannya mudah, tapi ia juga satu pekerjaan yang mulia..

InsyaALLAH :)

laila kamilia said...

terima kasih Aisyah. doa saya dengan tulisan saya yang kecil ini akan memanjangkan ilmu kepada masyarakat luar tentang anak istimewa ini. doakan hati saya tetap dalam mendidik mereka kerana ujian kepada guru2 pendidikan khas kadangkala tidak tertepis. kami hanyalah seorang guru biasa yang cuba menjadi luar biasa. kami hanyalah manusia dan bukannya malaikat, kadang2 terkhilaf juga. lalu maafkan kami....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...