16 June 2012

I have climbed the Great Wall

Dikatakan tidak datang ke negara China kalau tak jejak kaki ke Tembok Besar China! Alhamdulillah ada rezeki, saya ke China semata-mata mahu melihatnya. Saya diberitahu bahawa tembok besar ini menyerupai naga merentasi negara China, jauhnya jika menaiki kapal terbang selama 6 jam dan berjalan selama setengah tahun barulah menemukan hujungnya. MasyaALLAH jika kita rasa hebat ciptaannya pastilah lebih hebat yang menciptakan manusia hingga tercetusnya idea dan kudrat membina tembok besar ini. PadaNya saya panjatkan rasa syukur kerana diberi peluang menatap kebesaranNya. Subhanallah.
 Idea untuk melihat Tembok Besar ini tercetus semasa saya berada di Rome melihat Colleseum dan Menara Pisa. Teringat pada kertas Sejarah yang mana dulu saya selalu dapat A. Hehehe.... Akhirnya di depan mata sendiri saya dapat melihat gahnya bangunan-bangunan peninggalan sejarah ini.

I've climbed the Great Wall! Di atas sijil besi itu tercatat sejarah saya dan abang berjaya mendakinya pada 3 Jun 2012 sekalipun hanya pada ketinggian 888 meter. Kami mengambil masa 20 minit untuk naik dan turun juga sekitar 20 minit. Sebenarnya nak mendaki ini juga memerlukan kecergasan dan kesihatan yang baik. Sementelah kami pergi dengan agen pelancong yang telah menetapkan hanya 1 jam diberikan untuk berada di situ.


Kami telah diingatkan bahawa mendaki mudah tetapi turun yang payah. Memang ternyata benar kerana kalau anda lihat betul-betul kecuramannya memang tidak diragukan. Kalau sakit lutut memang susah dan kena fikir banyak kali untuk mendaki. Saya terpaksa memaut pemegang besi supaya tidak terjatuh. Khabarnya ada peserta yang naik 30 minit tetapi turun 3 jam! Semata-mata kerana kecuramannya menyebabkan rasa gayat dan hentakan lutut yang agak kuat. Jadi kalau nak ke sana tak payahla pakai kasut tumit tinggi 2 inci. Hehehe.... atau skirt paras lutut kerana kalau bongkok memang terselak...Hehehe saya dah melalut-lalut.... Oh ya! Sebelum saya lupa, ada 2 perkara untuk ingatan, sila bawa juga minyak kapak ke minyak urut ke kerana memang terjadi di hadapan mata saya, orang pengsan kerana kepenatan. Bila dah sampai, jangan juga lupa dapatkan cenderamata sijil mendaki besi ini sebagai kenangan!

Apapun saya memang puas hati dapat ke sana. I've climbed the Great Wall! 

ps-Kalau nak ke sini eloklah semasa musim panas kerana kalau salji atau hujan, pemandangannya tak berapa jelas. Kabus akan menyebabkan kita tak dapat melihat ekor naga itu! Manakala salji menyukarkan kita mendaki. Selamat mendaki ke Great Wall!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...