17 July 2012

Alhamdulillah! Terima kasih ALLAH! Terima kasih Alaf21! Terima kasih pembaca Cinta Pandang ke 2!

Gambar di atas adalah kulit buku CPK2 yang terbaru yang saya terima minggu lepas. Sekali pandang, tiada apa yang berbeza, cuma logo baru dari Alaf21 dan GBK yang ada di bahagian atas sebelah kanan menggantikan logo yang lama. Nampak lebih cantik dan segar. Saya menerimanya kerana seperti yang saya warwarkan sebelum ini, novel ini telah dicetak kali ke 5 pada Jun 2012 (11 bulan selepas dicetak kali pertama). 


Alhamdulillah! Saya benar-benar bersyukur kerana saya tidak pernah menyangka sejauh ini CPK2 akan pergi! Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada editor saya Puan Mazuen Yahya yang banyak membantu saya menyempurnakan CPK2 menjadi sebuah naskah yang anda tatap pada hari ini. Kepada Puan Hajah Sa'adiah, Editor Pengurusan Alaf21 yang tidak jemu menurunkan ilmu-ilmu penulisannya dan kata-kata perangsang kepada saya untuk mencabar diri menghasilkan manuskrip, Puan Sri Diah, Pengurus Besar Penerbitan GBK yang sentiasa berusaha memberikan motivasi dan inovasi  kepada karya-karya keluaran GBK, Rohana yang menghasilkan kulit buku yang menarik dan kepada seluruh pasukan jualan dan promosi GBK yang bergiat aktif mempromosikan novel ini. Terima kasih banyak-banyak dan saya mengharapkan mendapat sokongan berterusan dari kalian untuk karya saya yang akan datang.

Yang paling utama dan terpenting tentulah pembaca-pembaca novel CPK2 yang sudi membaca, mengulas dan mempromosi CPK2. Setiap ucapan, kata-kata perangsang, kritikan semuanya amat bererti kepada saya dan akan saya ingat kemas-kemas dalam kepala supaya saya boleh menulis novel yang lebih baik selepas ini. Saya amat menghargainya dan kerana menghargai anda, sempena setahun CPK2 ini diterbitkan, sekali lagi saya menganjurkan satu lagi pertandingan untuk pembaca yang saya sayangi!


Ingat lagi kan kepada peracuan CPK2 yang lepas yang macam poster kata atas? Saya terpaksa melanjutkan tarikh tutup peraduan tersebut kerana mendapat maklumbalas sukar mendapatkan CPK2 pada ketika itu kerana sedang diulangcetak dan berharap telah memberikan peluang yang adil kepada semua pembaca CPK2. Tahniah kepada semua pemenang-pemenangnya. Saya harap hadiah yang diterima memuaskan hati kalian. Di bawah ini adalah gambar pemenang utama adik Atikah yang telah memberikan jawapatan tepat dengan slogan paling kreatif. Beliau telah memilih untuk menginap di Hotel Sunway Seberang Jaya bersama ibunya yang tersayang. 



Semasa dikhabarkan kepada saya yang beliau mahu membawa ibunya bercuti bersama sempena kemenangannya, saya berasa begitu gembira. Betapa dengan hanya hobi membaca novel, anak gadis ini dapat membawa ibunya jalan-jalan. Wah! Lihatlah senyuman mereka! Saya harap mereka menikmati percutian mereka itu.

Saya bukanlah seorang penulis yang ternama. Seperti yang selalu saya kata, saya ini bukanlah siapa-siapa. Lalu kerana bukanlah siapa-siapa, saya harus berusaha dengan lebih gigih meraih hati pembaca. Saya sedar, dalam dunia penulisan yang semakin mencabar ini, persaingan dalam merebut slot novel yang dibeli begitu sengit. Apa yang akan membuatkan seseorang pembeli novel menarik novel saya dari rak yang terdapat beribu-ribu lagi buku yang lain? Persaingan untuk merebut hati pembaca bukan saja di kalangan penulis daripada satu syarikat penerbitan tetapi juga daripada beberapa syarikat penerbitan yang lain. Saya tiada pilihan selain daripada terus bersaing...... sesuatu perlu dilakukan bukan? Dan sesuatu itu bukannya datang dengan percuma. Selebihnya, meminjam kata-kata Cik Sharah Ibrahim, Pengurus Besar Jualan, Promosi dan Penjenamaan GBK, "Let's the book speaks." Lagi pula rezeki di tangan ALLAH. Hanya kepada ALLAH saya berserah.....

Saya bersyukur kerana pasukan jualan dan promosi GBK banyak membantu saya mempromosikan CPK2.  Tetapi pada zaman persaingan yang sengit ini, tugas seorang penulis novel bukan setakat terhenti apabila dia menokhtahkan aksara terakhir tulisannya.

Oleh yang demikian, sempena setahun CPK2 diterbitkan, saya sekali lagi menganjurkan Peraduan CPK2 Ekstra! bagi menghargai sokongan anda kepada saya. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca CPK2 sekalipun  mereka yang pernah memenangi peraduan yang sebelumnya. Peraduannya mudah saya, sila selesaikan slogan ini tidak lebih daripada 15 patah perkataan. Saya suka/tidak suka novel Cinta Pandang ke 2 kerana ...................................... Emelkan kepada saya slogan kreatif anda pada atau sebelum 31 Ogos 2012. Anda boleh menghantarnya melalui emel di lailakamilia@yahoo.com mahupun FB saya di https://www.facebook.com/LailaKamilia dengan subjek Peraduan CPK2 Ekstra! Pastilah ada hadiah menanti anda!

Terima kasih kepada semua! Saya sangat menghargainya! Ich liebe dich (dalam bahasa Jerman bermaksud saya cinta/sayang kamu), insyaALLAH nantikan novel baru saya nanti! Jumpa lagi.

2 comments:

Hana Huda said...

tahniah kak!!

laila kamilia said...

sama2 dik. mehla masuk peraduan kot2 menang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...