10 September 2012

TAHNIAH! Pemenang CPK2 Ekstra!


Tentu ramai yang menanti keputusan Peraduan CPK2 Ekstra! Pastilah juga ternanti-nanti apakah hadiahnya kan? Berikut adalah kepada pemenang yang bertuah! Tahniah!

PEMENANG UTAMA-Yusjulaini Muhamad Nor
Beliau bakal memenangi koleksi tudung jenama RATU bernilai RM150, baucer pembelian buku Alaf21 bernilai RM100 dan buku terbaru Laila Kamilia -Kawan Baru FB.

HADIAH SAGUHATI-Zul Akmen
Beliau bakal memenangi baucer pembelian buku Alaf21 bernilai RM50 dan buku terbaru Laila Kamilia -Kawan Baru FB.

Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi pada peraduan lain yang dianjurkan Laila Kamilia. Kesempatan ini, saya ingin merakam terima kasih atas sokongan anda kepada Cinta Pandang ke-2. Tanpa anda, siapalah Laila Kamilia. Saya amat menghargainya. Jangan lupa nantikan novel terbaru saya nanti. Sehingga itu jumpa lagi dan doakan cepatlah saya bawa Puteri Sara Ismeth dan Achmad Faris Adrian Fadhli  bertemu anda!

ps- sementara itu, terimalah 2 buku kanak-kanak dari saya dan rakan-rakan Grup Buku Karangkraf; Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama (insyaAllah akan terbit tidak lama lagi). 

4 comments:

Hana said...

waaahh... tak sempat nak masuk. tau 2 dah ade pemenang!! tahniah yg menang and tahniah kak Laila!

laila kamilia said...

awatnya x sempat dik oi!

muhammad asyraf said...

salam kak,

asyraf di sini..wah dah ada pemenang.. :)

tahniah kepada pemenang.. :)

www.kisahsigemok.com

laila kamilia said...

wsalam... dah ada pemenang dah... hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...