30 December 2013

Lagi Gambar Naminara Island (Pulau Nami), Korea Selatan

Destinasi popular kena singgah jika melancong ke Korea - Pulau Nami a.k.a. Pulau Winter Sonata.



















Koleksi Gambar Jelajah Pulau Jeju, Korea Selatan

Koleksi gambar terbaik di destinasi terbaik Korea Selatan - Pulau Jeju!

 Hanya orang yang pernah sampai sahaja tahu di mana lokasi tersebut di atas ;)



















REPOST: KEMBARA EROPAH: Road Trip: London-Manchester-Newcastle

Tak pernah bercita-cita untuk berkembara di jalanan di UK tetapi itulah yang terjadi. Bagi yang sudah selalu membaca tulisan saya, mesti akan perasan dengan tagline itu...Nampak sangat saya ni manusia sentiasa cuba hidup sederhana, yang hanya menanam cita-cita yang dirasakan dapat digapai dalam hidup tetapi seperti selalu, rezeki itu datang tanpa disangka dalam hidup dan saya akan cuba mengharunginya seperti biasa....

Trip ke Newcastle dirancang memandangkan tempoh 9 hari di UK terlalu panjang untuk kami hanya duduk di kota London. Selain itu ia memberi peluang kepada saya bertemu dengan heroin novel saya yang baru Ainnur Azleen. Seperti yang saya beritahu awal dulu sebelum ini, saya ke sana antara lain mahu menjejak kisah cinta Ainnur Azleen dengan Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Redza. Disebabkan Newcastle itu perjalanannya dari kota London mengambil masa lebih kurang 6 jam tanpa henti, ditambah dengan kepenatan memandu dalam keadaan waktu siang yang singkat maka kami singgah berehat sebentar di Manchester.


Inilah kereta yang disewa pada kadar Pound 90 untuk 4 hari. Kereta pertama dipandu selepas 3 bulan abang tidak memegang stereng....

Hakimy dah penat sangat dengan perjalanan yang jauh. Mujur dia tak meragam terpaksa duduk di atas kerusi dengan memakai taipinggang keselamatan. Kalau kat Malaysia, jangan harap dia boleh duduk diam-diam kat belakang. Gerenti melepek atas riba mak dia kat depan....

Ingatkan kat Malaysia aje boleh jammed. Kat sini pun sama jugala...almaklum oang sibuk balik kampung sempena Krismas. Tapi yang syoknya kat sini kami cuma bayar tol Pound4.5 je. Itupun balik tak kena tol. Lagi syok sempena Krismas depa bagi diskaun 20pence rebat tol. Kalaulah balik raya ke kampung dapat rebat dari Plus.

Abang dan Hardy sempat bergambar di Stadium Old Trafford yang menjadi kebanggaan pasukan Manchester United. Rupanya sadium ni kat dalam kawasan perumahan....Sayang kami sampai lewat dah gelap jadi gambar pun taklah berapa terang. Udaranya cukup sejuk...cukup untuk membantutkan rancangan untuk mengambil gambar banyak-banyak dan pusing-pusing stadium....

Di sinilah kami makan malam itu, Restoren Al Bilal, restoren Pakistan yang menawarkan hidangan Thai dan India dalam suasana gaya Eropah....hehhee payah nak diterangkan dengan perkataan....hanya yang merasai suasananya malam itu dapat menghuraikannya

Kami disambut oleh rakan-rakan di Manchester dengan sambutan yang cukup hangat....cukup untuk menutup rasa sejuk yang menikam hingga ke tulang hitam... Manchester yang dikenali dengan jolokan perkampungan Melayu sebab di sinilah kebanyakan rakyat Malaysia tinggal terutamanya pelajar Malaysia.

Pertama kali dibawa ke tempat makan, saya menggeeng kepala... Di sana sini terampang iklan makanan Islam...majoriti ekonomi dikuasai oleh orang Islam jadi mudahlah masyarakat sini mendapatkan bekalan makanan halal. Maka tidak hairanlah Manchester terkenal menjadi pilihan pertama pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian.

Disebabkan kami tidak dapat lama di sini kerana tuntutan perjalanan dan agenda shopping di Designer Outlet maka saya punya pertanyaan-pertanyaan di kepala tentang di mana agaknya Cristiano Ronaldo pergi bersiar-siar selepas penat main bola atau di mana Victoria dan Beckham membeli groceries di hujung minggu langsung tak terjawab......

posting pada 12/1/2009 reposting sempena berkongsi pengalaman drama Cinta Pandang ke-2.

14 December 2013

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERADUAN CINTA PANDANG KE-2


Tahniah kepada semua pemenang! Terima kasih kepada semua yang telah bersengkang mata membaca, membaca kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk mencari jawapan, memerah otak mencipta slogan terbaik dan bersengkang mata hingga ke garisan penamat tarikh peraduan untuk menghantar borang peraduan. Sesungguhnya komitmen dan sokongan anda sangat2 saya hargai. Kalau boleh SEMUAnya saya nak bagi hadiah....Kepada yang tidak berjaya, rezeki tidak di pihak anda. Cuba lagi pada peraduan Laila Kamilia pada masa depan. Jangan berhenti berharap...

Berikut ialah senarai pemenang. Tahniah sekali lagi. Semoga anda berbahagia dengan hadiah yang bakal diterima.


Pemenang Utama :

NUR ATIKAH BINTI YAHAYA
KP : 900123-07-5488

Pemenang Ke-2 :
AEDRIANEE REEZA BINTI ALWI
KP : 810527-01-5108

Pemenang Saguhati :
MUHAMMAD FAKKURULLAH BIN ROSLAN
KP : 910222-08-5621




MOHAMAD FAIZAL BIN JAAFAR
KP : 920419-01-5829

NOR SHAMIMI BINTI KHAIRUDDIN
KP :870125-38-53-54




*Pemenang akan dihubungi oleh penganjur untuk proses tuntutan hadiah. Kepada yang tidak berjaya akan menerima cenderamata kecil sebagai penghargaan dari Laila Kamilia.

Entri ini dipos pada 14/10/11 dan dipos semula sempena menanti pengumuman rasmi Peraduan Cinta Bunga Tulip yang akan diumumkan pemenangnya pada 15/12/13.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Teruskan bersama Laila Kamilia untuk peraduan lain di masa depan.

12 December 2013

Buah Tangan dari Jerman:- Cinta Pandang Kedua


Dah hampir 4 bulan saya pulang. Alhamdulillah walaupun ada beberapa lagi buah tangan yang belum saya sampaikan kepada teman-teman, sebahagian besar buah tangan yang saya bawa dari Jerman telah selamat sampai ke tangan yang sentiasa ada dalam ingatan saya.

Apa cerita CPK yang merupakan buah tangan saya dari Berlin kepada pembaca novel? Kepada yang rajin bertanya apa cerita CPK saya, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak. Itu tanda anda menyayangi saya kan? Setelah hampir 2 tahun saya tidak ada novel baru, CPK merupakan buah tangan saya yang terbaru. Bagi yang mengikuti kisah saya di blog, pasti tahu betapa saya menghabiskan masa yang sangat panjang untuk menokhtahkan kisah CPK ini. Dari saya berangkat hinggalah saya sudah selamat pulang kembali ke tanahair.

Susah sangat ke nak menoktahkannya? Saya senyum saja. Sibuk sangatkah sampai cuti tak bergaji pun tak boleh nak siapkan novel? Saya senyum saja. Bukan hari tu sebelum pergi Berlin dah berkobar-kobar kata nak siapkan 2 buah novel? Hahahaa....kali ini saya gelak besar.

Pastilah sebagai penulis saya rasa malu bila ditanya soalan-soalan maut macam tu. Tak tahu mana saya nak letak muka bila orang bertanya saya tentang buah tangan saya itu. Saya tak mahu menjawab soalan-soalan maut itu dengan macam-macam alasan. Yang pasti, saya sudahpun menyiapkan CPK saya itu. Diulangi: CPK saya tu sudahpun saya nokhtahkannya.

Dah lama saya mahu mengabarkan berita gembira itu tetapi kerana asyik menunggu laptop saya dibaiki, entri gembira itu tertangguh. Saya sudah mengambil gambar manuskrip CPK itu pada hari ia dihantar ke tangan editor tetapi apakan daya, kerana laptop yang rosak itu, saya tidak dapat memuat naik gambar-gambar yang saya ambil dari kamera. Maafkanlah saya....

Kini, saya berdebar menanti maklumbalas dari editor yang dihormati. Kini, soalan yang saya terima dari orang lain ialah tengah tulis apa? Bila diberitahu saya sedang menggarap Aku, Dia dan Berlin (kredit kepada Amirul yang mencadangkan tajuk itu), saya ditanya lagi. Bila pulak ADB ni nak siap? Haahhaha... Ya, saya sedang berusaha. Dan usaha itu tidak berdaya bila nasib CPK masih tidak diketahui dan samar-samar lagi.

Saya berdoa, agar di suatu hari nan indah; editor akan menelefon saya dan memberitahu CPK saya akan diterbitkan.....Sesungguhnya memang sukar untuk menggarap sebuah kisah benar menjadi realiti ke dalam sebuah novel. Untuk semua; doakan semoga semua mimpi saya jadi kenyataan! Terima kasih atas sokongan anda selama ini kepada Laila Kamilia! Jangan jemu menanti CPK ya!

Nota ditulis pada 17/7/2010 reposting sempena kemunculan drama Cinta Pandang ke-2 sempena novel ini selepas 3 tahun 5 bulan ia diterbitkan.

04 December 2013

Selami hati Laila Kamilia menjelang tayangan drama inspirasi Cinta Pandang ke-2

Pejam, celik, pejam, celik! Akhirnya 5 Disember akan menjelma esok hari. Esok, hari yang besar bagi Laila Kamilia kerana esok malam, jam 8.30 akan tercatat sejarah buatnya kerana babynya akan ditayangkan di TV! Ianya bukan hanya kerana saya penulis novel itu tetapi impian saya untuk melihat nama saya di skrin TV sebagai penulis skrip akhirnya menjadi kenyataan.

Ikuti apa yang saya rasa menjelang tayangan drama inspirasi novel Cinta Pandang ke-2

Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan kepada semua yang telah bersama-sama saya menjayakan novel dan drama ini. Kepada editor Alaf21, Mazuen Yahaya yang telah mengedit novel ini dengan baik, pereka kulit novel Rohana Ibrahim, Editor Pengurusan Alaf21, Kak Saa'di, Pengurus Besar Editorial, Kak Sri Diah, dan seluruh team Grup Buku Karangkraf, Roziyana, Raja Shahfaizal, Fathi dan Syah dan ramai lagi yang ramai untuk disebutkan, yang banyak membantu saya dan novel Cinta Pandang ke-2, rakan penulis yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan terutama para pembaca yang telah mengangkat novel ini ke layar TV. Andalah sebenarnya yang telah menjadikan ia satu realiti.

Kepada team produksi drama Cinta Pandang ke-2, tuan produser yang hensem, kacak dan bergaya; Zaini Kosnin, produksi ZKC Production, pengarah Mr Jet Le/ M Nazir Juhan, team penulis skrip terutama kepada kak Maizura Mohamed Ideris yang bersungguh-sungguh berusaha membawa novel ini ke stesen-stesen TV. Tanpa kesungguhan beliau, saya hanya mampu berangan-angan. Juga kepada Zuli Ismail dan Eenaz Mokhtar yang banyak memberi tunjuk ajar dan 'cara berfikir orang skrip'. Saya memang banya belajar daripada kalian bertiga. Terima kasih banyak-banyak. Semoga ini bukan skrip saya yang pertama dan terakhir.

Barisan pelakon Izara, Dazrin, Eiyha, Ery Zukhairi Maria Farida, Redzuan Hashim, Jazli Hassan, Erynn Erynna, Aizat, Abby Nour, Fawwina dan ramai lagi... sampai yang extra, semuanya terbaek!

Last but not least; keluarga yang tersayang yang banyak berkorban untuk saya. Suami Aedy Fadly, anak-anak Hardy, Hakimy dan Hana, juga buat ibubapa Hamidah dan Kamaluddin juga Abidah dan Ramli, adik-adik Maslina, Hafis, Azham, Hayazi dan Kashfi. LOVE you all till the end of my life.

Buat Ainnur Azleen yang sebenar di luar sana; terima kasih kerana sudi berkongsi cerita. Insya Allah dengan drama ini, impian anda untuk melihat lebih ramai anak gadis mendapat pengajaran berharga akan terlaksana. FORGIVE & FORGET:- Anda berhak untuk hidup bahagia!

Terima kasih atas sokongan dan doa semua. Selamat membaca dan menonton Cinta Pandang ke-2, hanya untuk anda dalam dua versi yang sangat istimewa. Sampai jumpa lagi!

28 November 2013

Ekpedisi Kinabalu ; 18 November 2013 Menggapai Puncak

Perjalanan dimulakan jam 2.30 pagi. Setelah berjaya tidur-tidur ayam, pastilah tak sukar untuk bangun jam 1.30 pagi untuk bersiap. Apabila restauran dibuka jam 2.00 pagi, apa yang saya boleh telan hanyalah roti sekeping dicicah air kopi. Itupun jenuh nak telan. Saya makan vitamin dan panadol untuk elakkan pening kepala. Setelah bersarapan ala kadar, kami berkumpul tepat jam 2.30 pagi. Kami diberikan penerangan ringkas, senaman ringkas dan berdoa (tak ringkas hehe). Paling best, orang yang sampai lambat (saya la tu), diberikan ruang jalan terlebih dahulu. Hahaha... semangat tu. 

Sampai 30 minit berjalan saya masih di depan tapi kemudian tiba-tiba saya rasa pening. Saya berhenti dan bagi peluang orang memotong. Pada ketika itu, abang dah duduk kat sebelah saya dan saya **** Habis semua makanan yang tak seberapa tu keluar semuanya. Pakcik Ishak tanya kepada saya okey ke tidak. Dia dah beritahu awal, kalau ada simptom mabuk-mabuk, boleh beritahu dan misi akan diberhentikan. Saya kata saya ok. Setelah bertenang, saya meneruskan perjalanan.

Perjalanan pagi itu hanya diterangi lampu suluh dan cahaya bulan yang cantik. Subhanallah. Nak ambil gambar bulan tapi kamera tak dapat capture, jadi saya tak dapat kongsikan bersama anda di sini.
Seperti semalam, perjalanan kami menaiki tangga-tangga dengan jalanan berbatu. Rupanya bukan saya seorang yang kena AMS (Acute Mountain Sickness) ataupun dalam bahasa Melayu yang mudah mabuk gunung/altitut tinggi. Boleh baca pasal AMS dan simptomnya di sini AMS. Mungkin saya berjalan terlalu laju supaya tak tertinggal macam semalam menyebabkan  saya kena AMS. Tapi kawan saya yang memang selalu mabuk bila naik bas, turut menghadapi AMS. Jadi mungkin itu juga salah satu sebabnya. Orang yang selalu mabuk-mabuk (bukan minum alkohol ye hehehe) naik bas, naik bot, etc la, akan mudah dapat AMS ni rasanya. Tapi kawan saya lagi teruk kerana dia muntah beberapa kali. Saya cuma muntah sekali dan pening-pening, tapi saya masih boleh melangkahkan kaki.

Kami sampai di checkpoint Sayat Sayat jam 5.30 pagi. Hmm... sepatutnya saya kena sampai jam 5.00 pagi paling lewat. Tapi renjer baik hati, benarkan kami naik. Dia pesan, kalau orang lain trun, kami kena turun juga. Saya memang tak tahu yang kena sampai di checkpoint itu jam 5.00 pagi. Kalau tahu, mungkin saya bertambah tertekan. Saya kata kat abang, kalau ada rezeki, kita sampai. Kawan saya yang tiba selepas itu tidak dibenarkan naik ke puncak. Ini disebabkan mereka menjangka kalau sudah naik lewat, nanti turun juga lewat. Hotel checkout jam 10.30 pagi dan selepas sejam bayaran tambahan RM100 akan dikenakan. Ini untuk beri peluang kepada pendaki yang baru tiba pula.

Sebaik naik mengikut tali, kami berhenti seketika untuk solat Subuh. Air yang dibawa memang sejuk gila. Matahari sudah mula mahu menunjukkan diri, lalu kami bertiga (ada seorang kawan lagi) mahu duduk melihat pemandangan matahari naik. Subhanallah. Melihat matahari muncul ketika berada di atas awan, pemandangannya memang sangat cantik!



Selepas matahari terbit, kawan saya mahu turun kerana lututnya cedera. Jika sudah sampai di Sayat Sayat, anda sudah boleh dapat sijil Kinabalu, cuma tidak berwarna. Untuk dapatkan sijil berwarna, anda kena sampai ke 8.5km. Saya dan abang berbolak-balik sama ada hendak meneruskan perjalanan atau turun saja. Badan sudah lesu tapi kami tidak cedera. Kalau tak naik, entah bila akan datang lagi. Ini operasi now or never. Sekalipun tak berapa cergas, saya kata kat abang, kita lihat dulu apa ada di sebalik puncak berbatu di belakang kami. 

Dengan semangat itu, kami tiba di balik puncak dan nampak sayup dari situ, ada kira-kira 2.5km lagi untuk sampai ke km8.5 (nak dapat sijil warna) hehe. Abang tanya kondisi saya dan saya kata, kita jalan sampai jumpa kawan-kawan lain. Kalau mereka sudah mahu turun, maka kami akan turun sama. Jika ada rezeki sampai ke puncak, maka sampailah. Dengan menapak di kawasan berbatu menuju puncak, memang penat sementelah melihat ramai pendaki yang sudah turun.

Namun kata-kata semangat seorang pendaki wanita Inggeris yang mula-mula turun, supaya kami sampai ke puncak. Katanya tak jauh lagi... Cuaca sangat cantik, jadi kami perlu teruskan... membuatkan semangat kami semakin pulih. Kami tiba di landmark Gunung Kinabalu, puncak runcing itu. Itupun saya sudah gembira. Ingatkan saya tak akan jejak ke situ. 



Perlahan-lahan dengan dorongan suami, kami berjalan perlahan-lahan. Akhirnya kami terserempak dengan kawan-kawan lain yang baru turun dari puncak. Untuk bergambar di puncak, kena beratur.  Jadi mereka terpaksa menunggu giliran. Terus-terang pakcik Ishak guide tu sudah melaporkan yang saya tidak sampai ke puncak. Jadi dia kena betulkan laporannya. Tentu dia tak sangka, si kura-kura ini akhirnya sampai juga. Sebab itulah gambar saya tak ada bersama-sama dengan rombongan utama. Mereka memang begitu fit dan sihat sebab sampai ke bawah puncak Low's Peak sekitar jam 6.30 pagi. Jadi ketika saya sampai, mereka sudah berada 2 jam di sana. Alhamdulillah, mereka memberi semangat kepada kami berdua untuk terus mendaki puncak. Mereka turun untuk mengejar untuk mengemas barang-barang dan makan. Saya sempat meminta tolong seorang kawan untuk mengemaskan barang-barang saya di katil jika saya tak sempat sampai.

Inilah akhirnya. Dalam AMS, saya berjaya sampai ke puncak. Memang puas hati. Alhamdulillah. Disebabkan hanya kami berdua, maka memang kami suka hati mengambil gambar dan video dengan bebas. Saya sempat merakam pesanan untuk anak-anak dari puncak Low's Peak tapi disebabkan angin kencang, suara saya tak jelas kedengaran.



 Inilah impian saya sejak kenal aktiviti mendaki, mendaki Kinabalu, puncak tertinggi di  Asia Tenggara. Alhamdulillah Tuhan mengabulkan impian saya. Saya harap, kejayaan saya dan suami menjadi inspirasi kepada anak-anak kami untuk mencapai impian mereka. Jika kami berdua, boleh melakukan misi mustahil dengan hanya berbekalkan doa, harapan dan semangat, pastilah mereka juga boleh menggapai impian mereka sendiri, in syaa Allah.

Ketika turun dari puncak, AMS saya semakin merusuh. Setiap kali saya berdiri, saya akan rasa loya, pening kepala dan nak muntah. Sudahnya saya mengesot. Hanya kesabaran ketika itu yang menyebabkan suami saya menanti saya. Pada pertengahan jalan, disebabkan terlalu lambat, guide tertinggalkan kami. Dia terpaksa menunggu di checkpint Sayat Sayat. Malah pakcik Ishak yang sudah turun, terpaksa naik semula ke Sayat Sayat kerana bimbangkan kami yang terlalu lama mengambil masa turun.

 Inilah papan tanda amaran tentang bahaya. Pada waktu subuh hening ketika kami semua mendaki, tak nampak bagaimana rupanya tapi bila dah siang, baru nampak betapa bahayanya di situ. Alhamdulillah kami tidak cedera dan berjaya turun dari Sayat Sayat dan tiba ke tempat penginapan di Laban Rata pada jam 11. 00 pagi.  Ketua ekspedisi, Shahrul menanti dengan beg kami. Alhamdulillah kawan tolong kemas. Makananpun masih ada disimpan. Kawan-kawan lain sudah pun check out menuju ke Timpohon Gate. 

Kami memulakan perjalanan turun pada jam 12.30 tengahari. Tak lalu makan. Perlahan-lahan kami turun ke Timpohon Gate menuruni batu-batu dan tangga, laluan sama seperti semalam selama 6 jam. Bermakna kawna-kawan terpaksa menanti 3 jam di Kinabalu Park, sebab mereka sampai jam 3.30 petang. Sabarnya mereka menunggu kami!  



Alhamdulillah misi tercapai. Daripada 19 orang yang mendaki, 16 mendapat sijil warna, 3 lagi mendapat sijil hitam putih. Tapi bersyukur kerana semua dapat sijil! Ada saja pendaki yang tak dapat sijil. Kami telah membuktikan, apapun boleh diatasi dengan menawan mental sendiri terlebih dahulu. Kekuatan fizikal penting kerana dengan fizikal yang baik, anda akan dapat menikmati ekspedisi dengan lebih gembira tetapi jika fizikal anda telah lumpuh, hanya kekuatan mental yang berjaya membawa anda sampai ke puncak! Terima kasih kepada semua rakan pendaki yang memberi sokongan juga kepada teman-teman lain yang mendoakan dan memberikan sokongan dan harapan hingga ke pintu balai ketibaan. Saya tahu ada ramai lagi di luar sana yang mendoakan saya menggapai impian saya. Terima kasih semua! Andalah permata saya yang berharga!

Saya tinggalkan anda dengan lagu yang begitu memberi semangat dan inspirasi. It's only in your mine. You can achieve everything if you want! Kepada mereka yang bercita-cita untuk menawan Kinabalu, saya mengucapkan selamat maju jaya. Anda boleh melakukannya jika anda mahu. Bawalah seseorang yang dekat dengan hati anda kerana apabila berada bersama dengan orang yang anda sayang, anda menjadi lebih kuat menghadapi kesukaran. Berdua kan lebih baik? Saya tahu saya tidak akan sampai ke puncak jika saya sendiri. benarlah kata suami saya awal-awal dulu, saya tak akan berjaya tanpanya! Selamat mendaki!



Tercapaikah 3 impian saya untuk menyahut cabaran Kinabalu? Saya sedang menyiapkan manuskrip novel saya yang terbaru Cinta Top Secret. Hanya apabila saya meletakkan titik, barulah kejayaan Kinabalu lengkap bagi saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...