30 January 2014

Cinta Pandang ke-2 Episod 8 tayangan 30 Januari 2014

Malam ini drama Cinta Pandang ke-2 episod 8 apa cerita? Jangan lupa temujanji dengan Dazrin, Izara Aisyah & Co.  8.30 malam ini di TV9.



25 January 2014

DAPATKAN novel Laila Kamilia dengan lebih mudah

Tahun baru 2014. Semuanya serba baru! Bukan saja saya sudah bertukar alamat baru tetapi juga mahu mempermudahkan interaksi saya dengan pembaca yang sangat-sangat saya sayangi. 

Saya selalu dapat rungutan daripada pembaca yang kata susahnya nak dapatan novel-novel tulisan Laila Kamilia di kedai -kedai buku, terutamanya novel-novel saya yang lama. Novel Lakaran Kasih, novel pertama saya bersama Alaf 21 telah terbit pada 2007 kira-kira 8 tahun lepas, diikuti Saat Kau Hadir, pada 2008 antara novel saya yang sudah lama tetapi MASIH ADA di pasaran. 

Selepas berehat hampir 3 tahun, saya kembali di arena penulisan novel pada tahun 2011 dengan novel yang sedang bersiaran di kaca TV9 pada setiap Khamis, jam 8.30 malam! Novel Cinta Pandang ke-2 merupakan novel saya yang ketiga bersama Alaf 21. Kini anda boleh membayangkan wajah Izara Aisyah sebagai Ainnur Azleen dan Dazrin sebagai Zairul ketika membaca novel ini. Semoga anda terhibur membaca novel dan menonton drama Cinta Pandang ke-2! Dua versi teristimewa daripada saya untuk anda semua!

Pada 2013, saya kembali bersama si tulip. Kisah Adrian, jejaka separa Indo-Jerman dan Puteri Sara (dibaca sebagai Puteri Zara) gadis separuh Malaysia-Jerman ini akan membawa anda mengembara ke Eropah. Saya boleh mengatakan yang anda sudah boleh melancong ke Berlin dengan membaca novel Cinta Bunga Tulip kerana saya memberikan fakta yang benar  bagi memudahkan anda mengembara sendiri ke sana tanpa menggunakan khidmat syarikat pelancongan!



Kini segalanya dipermudahkan. Segalanya di hujung jari! Semudah A,B,C. Hanya


Dan... novel-novel itu akan dikirimkan Alaf21 ke depan pintu rumah anda! 

Tapi kalau mahu beserta autograf, boleh saja PM di FB saya di Laila Kamilia atau emel di lailakamilia@yahoo.com. Saya dengan senang hati akan melayani pesanan anda dengan hati yang besar! Hehe.

Saya mengharapkan anda terhibur membaca karya-karya saya, dari dulu, kini dan selamanya... In syaa Allah. 

Sampai jumpa lagi dengan karya saya yang terbaharu yang bakal berada di pasaran, In syaa Allah tahun ini. Doakan saya segera menokhtahkan kisah CINTA  TOP SECRET (tajuk sementara) dengan terbaik demi pembacanya!

Seperti selalu, yang buruk jadikan sempadan, yang baik buatlah tauladan! Selamat mengembara di dunia Laila Kamilia dan menyelesaikan misteri di sana!

Salam sayang,

-Laila Kamilia

22 January 2014

Cinta Pandang ke-2 Episod 7 tayangan 23 Januari 2014



Wah! Drama ini diam tak diam dah masuk separuh perjalanan sebelum tamat di episod FINALE. Alhamdulillah ramai yang menonton dan terhibur dengan drama ini. Saya doakan anda semua terhibur sehingga ke penghujungnya!

17 January 2014

REPOST : 6 Ways to Save on Groceries (berjimat sampai penat... hehe)


Entri ini pertama kali dipos pada 13/11/2008. Haha... tu gambo pun entah apa-apa. Kereta tarik saya tu banyak manfaatnya semasa saya tinggal di Jerman. Tak ada kenderaan, jadi kereta tarik tu la yang menjadi pujaan. Sebelum ada stroller, kadang-kadang Hakimy saya masukkan aje kat dalam kereta tarik tu bila dia mengadu penat berjalan. Terjengul aje kepalanya kat dalam kereta tarik tu dan orang Jerman dah pandang-pandang semacam. Haha. Masa tu umurnya baru aje 2 tahun, memang asyik nak berdukung. Hardy pula masih 7 tahun, belumpun boleh diharap mendukung adik apatah menarik kereta tarik penuh barang dalam tempoh yang lama. Bila abang tak ada ke kuliah, kena juga keluar mencari barang keperluan sendiri. Hehehe... tu sebab bila tengok gambar ni, saya gelak sorang-sorang. Semasa saya tinggal di sana, banyak benda yang saya kena hadap sorang-sorang... Hmm... tak nak sedey-sedey... Jom kita tengok tips berjimat semasa membeli keperluan yang boleh kita buat tatkala harga barang macam nak cekik orang!

Has the rising cost of food taken a hit on your budget? Try these simple tactics to save money at the supermarket.

1. Pick products on the top and bottom shelves at the supermarket. Bigger sizes of items, which tend to offer a lower price per unit, are usually placed on the highest and lowest shelves. Smaller sizes, with a higher price per unit, are often given prime placement at eye level.

2. Buy store brands instead of name brands. Store brands are usually close to the market leader in quality yet less costly. In fact, the same manufacturer that makes the branded product often manufactures the house brand.

3. Avoid buying prepared and packaged goods. You’ll pay a premium for convenience. Consumer Reports once found that two pounds of carrots cost $1.29, compared with $7.16 for the same amount of precut sticks.

4. Join grocery savings clubs at local supermarkets. These free programs entitle cardholders to members-only savings on selected products, a benefit that could shave about 18 percent off your total grocery bill. The catch: The stores keep tabs on what customers are buying to study different segments of the shopping population.

5. Download coupons. Check CouponCart.com or Cool-Savings (http://www.coolsavings.com/) for deals on frequently purchased items and shop on double-coupon days if your grocer has them.

6. Join a warehouse club. Bulk retailers such as BJ’s Wholesale Club and Costco can be 20 to 50 percent cheaper than regular grocery stores when it comes to products like condiments, coffee, bottled water, and canned beans and vegetables. (The supermarket has better deals on items like produce, chips, and cookies.) Visit the websites of clubs like BJ’s (http://www.bjs.com/; $45 annual fee), Costco (http://www.costco.com/; $50), and Sam’s Club (http://www.samsclub.com/; $40) to determine which has the best location and product mix for you and join online.

Sumber :
http://www.realsimple.com/realsimple/package/0,21861,1626111-1735307,00.html?pkw=PSRSGLTX102408SNND1774&partner=yes

ps: sila sesuaikan dengan suasana di mana kita menetap ye.... ini sebagai panduan saja...

16 January 2014

Bicara Mak Dara tentang drama Cinta Pandang ke-2

Ikuti Bicara Mak Dara tentang drama Cinta Pandang ke-2 di SINI.

Terima kasih Mak Dara sudi nak berkisah tentang drama ini.

14 January 2014

DI SEBALIK TABIR : CINTA PANDANG KE-2- KONGSI CERITA AINNUR JUNIOR - EIYHA ABDULLAH

ENTRI ini dipetik dari fan page rasmi Drama Cinta Pandang ke-2. Drama 13 episod ini adalah inspirasi daripada novel tulisan Laila Kamilia, terbitan Alaf21 yang telah bersiaran mulai 5/12/2013 yang lalu pada setiap Khamis, 8.30 malam di TV9. Kepada yang ketinggalan menontonnya boleh layan di www.tonton.com.my.


Jom kita kongsikan pengalaman Ainnur Junior. Dengarnya ramai yang terkesan dengan lakonan beliau dalam drama ni. Ada yang turut sama menangis melihatnya. Wow! Ini penampilan pertama Eiyha berlakon di layar TV. 

Dialog episod 2 yang masih teringat-ingat .

"Akubukan heroin sinetron. Aku heroin slot Aurora tau tak?" Hehe. Semoga lepas ni Eiyha akan terus menapak jauh dalam industri ini.


1) Biodata:-
Nama penuh: Farihah Binti Abdullah 
Umur : 32 thn
D.O.B : 20 Jan 
Asal: Alor Star Kedah

Pengalaman seni : Teater 
- Mahsuri ( Istana Budaya ) 
 - Ibu ( UPM ) 
 - Ayah ( Terengganu ) 
 - Buai ( Festival Teater MAlaysia ) 
 - Ayah ( Festival Teater Selangor ) 

 Voice Over 
- Hayate The combat Butler 1
-Astro Hayate The combat Butler 2
-Astro Creep School 
- Astro CSI NY S8
-Astro Script Translator

Hobi : Cuba resepi baru, membaca

2) Bagaimana boleh berlakon dlm Cinta Pandang ke-2?
- Eiyha di jemput untuk casting watak Ainnur Jr..di mana Eiyha di casting oleh Tuan pengarah n Tuan producer CPK2 sendiri dan alhamdulillah..Eiyha berjaya dapat watak Ainnur Jr..

3) Pengalaman dalam drama ni. 

Paling best :
- Pengalaman yang paling best ialah bila eiyha dapat berjumpa dgn pelakon2 dan org2 industri yang senior yang mana banyak share dgn eiyha tentang teknik berlakon, hafalan script, dan yang paling penting disiplin sebagai seorang pelakon dan team player. Team produksi CPK2 pun sangat best..sampai tak terasa langsung penat waktu bekerja..tau2 dah wrap..

- Paling kelakar. 
Ada 2 pengalaman paling kelakar bg eiyha..
1, masa scene Ainnur mimpi khawin dengan Zairul n kena naik motor n kat taman..bayangkan lah..Ainnur 'Anak gajah' nak naik motor dengan baju pengantin..Fuhh!.
2.  masa kat Taman..waktu Ainnur berjongging dgn mamanya..Ainnur kena kejar Abg jual aiskrim 3,4 pusingan..memang kelakar masa tu..

- Paling sedih. 
Satu2nya pengalaman paling sedih Eiyha lalui dalam CPK2 ni ialah masa scene Ainnur jatuh di kantin n Ainnur menangis luahkan perasaan pada Zelly..waktu tu Eiyha memang menangis real..tak tau kenapa..hati rasa sayu sangat dengan nasib Ainnur..hehe..feeling lebih time tu..

4) Dialog paling x boleh lupa..
Dialog Ainnur pada Zairul waktu Zairul malukan Ainnur di depan kelas..hehe dalam episod 3 rasanya.

5) Harapan Eiyha...semoga CPK2 ni jadi pembuka rezeki Eiyha dalam bidang lakonan ni..dan di harap ada yang suka dengan lakonan Eiyha..In sya Allah..akan di perbaiki kelemahan2 yang ada..

6) Kalau penonton/ peminat nak hubungi Eiyha..add FB Eiyha di Eiyha Abdullah..Dan boleh email di eiyhazr_81@yahoo.com.


13 January 2014

Cinta Pandang ke-2 Episod 6 tayangan 16 Januari 2014




Khas untuk penulis baru : Panduan menghantar manuskrip ke penerbit

Saya sebenarnya segan nak buat entri ini. Almaklum, saya ni bukanlah penulis tersohor. Pengalaman menulis pun ciput aje. Tapi saya ada menerima banyak juga permintaan daripada adik-adik mahupun kakak-kakak yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Berikut saya kongsikan dengan anda jawapan yang selalu saya berikan kepada soalan-soalan mereka. Harapnya dapat membantu.

Berikut adalah soalan-soalan lazim ditanya kepada saya:-
Bagaimana caranya hendak menghantar proposal novel kepada syarikat penerbitan?
Cetak manuskrip (novel yang sedang ditulis masih dalam bentuk raw yang belum diterbit) atas kertas A4. Pastikan ada mukasurat dan ada tajuk novel. Butir peribadi misalnya alamat, emel dan no. tel. yang lengkap untuk dihubungi. Kemudian bind. 

Di atas kertas yang lain, buat sinopsis menerangkan tentang latar cerita, tempat, masa kejadian dan sebagainyanya. Ceritakan juga jalan cerita, plot, konflik dan sebagainyanya (lebih kurang macam sinopsis kat belakang novel). 

Di atas kertas yang kedua buatlah surat iringan yang membuktikan kita menghantar manuskrip tu. Jangan lupa tandatangan.

Contoh surat iringan
Macam surat rasmi biasa. Nyatakan bersama ini saya lampirkan sebuah manuskrip tulisan saya bertajuk (nyatakan tajuk) untuk penilaian tuan. Nyatakan 'saya boleh dihubungi di alamat seperti berikut' sertakan alamat lengkap dan nombor telefon untuk dihubungi.

Tips atau panduan menghantar proposal
Sebenarnya yang penting sekali sebelum menghantar manuskrip ke sesuatu syarikat penerbitan, kita kena buat tinjauan serba sikit berkenaan syarikat penerbitan itu terutama tentang gaya bahasanya, siapa target pembacanya, jalan ceritanya di dan sebagainyanya. Satu syarikat berbeza antara satu sama lain. Dengan tinjauan, kita akan mengurangkan kemungkinan manuskrip kita ditolak oleh syarikat yang kita hantar manuskrip kita.

Pastikan juga satu manuskrip yang sama dihantar kepada satu syarikat penerbitan pada satu-satu masa. Nanti syarikat A sudah setuju hendak terbit, syarikat B juga sudah setuju hendak terbit maka akan berlaku percanggahan. Nanti nama kita juga yang buruk disebabkan sikap tidak profesional kita. Bila sudah sah syarikat itu menolak manuskrip kita, baru hantar ke tempat lain. Seeloknya apabila ditolak, kaji terlebih dahulu di mana silapnya manuskrip kita dan baikinya.

Beri masa 1 atau 2 minggu untuk telefon kali pertama untuk tanyakan pengesahan penerimaan manuskrip. Tanyakan bilakah kita sepatutnya menelefon mereka untuk mendapat maklumbalas. Jangan telefon hari-hari, nanti editor marah dan menyebabkan hubungan tidak baik di awal lagi.

Apakah format yang betul untuk menghasilkan manuskrip sebuah novel bermukasurat 400-500?
Sebelum memulakan manuskrip, sila set :
margin top, bottom, left & right = 2.5 cm
jenis font = times. size = 11/12. Justified
spacing 1.5 dan bilangan mukasurat 400 - 500
Sekiranya panduan ini diikuti, in syaa Allah bila siap, manuskrip yang ditulis itu akan jadi sebuah buku yang sama lebih kurang mukasuratnya apabila dicetak.

Saya tinggalkan anda dengan lagu Projek Pop- Aku Bukan Superstar. Sesungguhnya saya bukannya siapa-siapa dan entri ini ditulis hanya untuk berkongsi ilmu yang sedikit yang dipinjamkan Pencipta. Semoga bermanfaat!




12 January 2014

DI SEBALIK TABIR : CINTA PANDANG KE-2- KONGSI CERITA PENYANYI DAN KOMPOSER OST CINTA PANDANG KE-2 AFFAN AIZAT


ENTRI ini dipetik dari fan page rasmi Drama Cinta Pandang ke-2. Drama 13 episod ini adalah inspirasi daripada novel tulisan Laila Kamilia, terbitan Alaf21 yang telah bersiaran mulai 5/12/2013 yang lalu pada setiap Khamis, 8.30 malam di TV9. Kepada yang ketinggalan menontonnya boleh layan di www.tonton.com.my.

Ramai yang suka dengan lagu yang dinyanyi dan diciptakannya untuk OST drama Cinta Pandang ke-2 bertajuk AKU CINTA.  Jom kita kongsi pengalaman beliau. 

Bagaimana dapat idea mecipta OST ini? 
Saya selalu menghabiskan banyak masa di pantai. Kadang-kadang ia bermula dengan melodi dan pada masa yang lain ia bermula dengan lirik. Then lagu AKU CINTA ini terhasil dengan tidak sengaja menggunakan minor key secara rawak sewaktu bermain gitar di pantai. 

Pada mulanya ia bertempo rendah namun saya mengcatchy kan sedikit untuk lebih sedap dihayati. Penghasilan lirik adalah 100% dari gubahan sinopsis yang disediakan oleh ZKC Procuction dengan menyesuaikan situasi, jalan cerita dan watak yang dipegang. 

Bagi saya penghasilan lirik adalah lebih mencabar kerana untuk menghasilkan lirik yang berkualiti, penghayatan yang luar biasa perlu diterapkan. Proses recording mengambil masa lebih kurang 2-3 minggu utk track by track dan juga mixing. Recording di lakukan di AA studio.

Apakah hasil kerja Affan sebelum ini?
Sebelum ni ada hasilkan telemovie OST, Instrumental dan juga main OST. Contohnya bintang hati umi - bagaikan langit memeluk bintang dll telemovie. Tp semuanya dari ZKC Production.

Bagaimana nak dengar lagu Affan?
Boleh update dari masa ke semasa di youtube/affanaizatmusic.

Bagaimana nak hubungi Affan?
FB : Affan Aizat

LIRIK LAGU AKU CINTA

OST CINTA PANDANG KE-2 (OPENING)

Saat pertama bertemu
Saat aku melihatmu
Tak terlintas di hatiku
Kau kan jadi milikku

Bisik hatiku padamu
Mengapa ia bertanya
Apakah diriku mampu
Mampu menjadi milikmu

Aku mencinta dirimu
Aku mencinta dirimu

Tanpamu di sisiku
Hidupku tak bererti

Aku mencintaimu
Aku mencintaimu
Rindu takkan berhenti
Oooo...

Tiba waktu mengenangkan semula
Saat manis kau menjadi milikku
Berjanji
Bawakulah selamanya mengharungi
Suka duka indahmu

Aku cinta aku cinta kepada dirimu
Aku cinta aku cinta kepada dirimu


Gambar Affan Aizat semasa merakam lagu AKU CINTA : OST drama Cinta Pandang ke-2

Nyanyian : Affan Aizat Lagu : Affan Aizat Lirik : Affan Aizat Susunan : Affan Aizat

Jom layan lagu AKU CINTA seround dua di youtube. Lagu ini telah didengari oleh lebih daripada 
34 000! Wow! Terima kasih kepada yang sudi mendengar!



11 January 2014

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium III - Gent


Kami singgah di Gent (terima kasih Natrah) selama 2 hari. Walaupun kami banyak menghabiskan masa kami di Brugge, namun permandangan indah kota Gent tidak kami lupakan. Kami sempat juga bersiar-siar sambil merakamkan pemandangan indah sekitar Gent yang terkenal dengan bangunan-bangunan lamanya yang unik dan klasik.



Sebaik pulang dari Brugge, Kak Na telah mempelawa kami semua makan malam di rumahnya. Jadi sebaik habis makan, Natrah telah membawa kami pusing-pusing di sekitar bandar Gent. Suasana malam di Gent menarik dengan sokongan lampu-lampu menerangi bangunan-bangunan lama bersejarah di keliling bangunan-bangunan tersebut.



Gent ada tarikannya sendiri. Selepas penat bersiar bersama Natrah pada malam itu, kami pulang dengan rasa puas hati kerana tidak sia-sia kami ke sini. Esok kami harus bangun pagi kerana bas ke Paris akan berlepas jam 9.00 pagi.

ENTRI ini pertama kali dipos pada 14/5/2009

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium II - Brugge

Kami ke Brugge atas cadangan Kak K yang beria-ia menggembar-gemburkan yang Brugge ini cantik diibarat Little Venice. Jadi kami pergi sementelah sudah sampai ke Belgium. Kedudukan Brugge yang tidak jauh dari rumah Natrah yang kami tumpang berteduh memudahkan kami untuk ke sini. Tambangnya tidaklah mahal sangat dalam Euro11 pergi-balik.

Pagi itu hujan agak lebat dan kami menggigil kesejukan. Tetapi kerana sudah sampai, kami gagahkan kaki juga. Bersama peta yang diberikan Natrah, kami menselurusuri Brugge yang kedudukannya agak tersorok agak jauh dari jalan utama. Brugge sebuah perkampungan yang sangat cantik dengan bangunan lama, terusan dan keindahan warna-warna alam. Saya benar-benar terpesona dengan keindahannya dan tidak menyesal ke mari.



Bila kami tiba hujan masih renyai-renyai tetapi bila sudah sepuluh minit di sana, matahari menunjukkan wajah melengkapkan suasana indah dan mood untuk bergambar di sini sana. Penat bergambar, kami singgah makan waffle yang lembut dan lazat. Kalau hendak membeli-belah, deretan kedai-kedai yang berjenama turut ada di kiri-kanan jalan. Kedai cenderamata dengan harga berpatutan juga berlambak-lambak. Pendek kata Brugge menawarkan pakej yang lengkap. Kata sesetangah orang, tak perlu ke Venice untuk menikmati pemandangan indah menaiki bot. Di sini ada segala-galanya. Ia mendapat jolokon Venice of the North.

Ada banyak lagi gambar-gambar cantik di sini tetapi saya tidaklah boleh memuat naik semuanya. Sesungguhnya Brugge memang cantik dan mendamaikan. Jika anda ke Belgium singgahlah ke sini dan anda pasti kagum dengannya.

ENTRI ini pertama kali ditulis pada 10/5/2009

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium I - Brussels

Destinasi kami setelah meninggalkan Rotterdam adalah Brussels. Perjalanan selama lebih kurang 2 jam dengan keretapi. Kami singgah ke beberapa tempat tarikan pelancong seperti Gendamen Markt dan Minaken Piss di tengah kota Brussels. Jenuhla kami mencari Minaken Piss yang merupakan lagenda Brussels. Bila sampai kami memang terkejut kerana Minaken Piss yang digembar-gemburkan itu tidak seperti yang ada dalam imaginasi kami. Dalam pemikiran, tentulah patung menjadi tarikan pelancong itu besar, tetapi rupanya Hakimy lebih besar dari patung itu. Hampir-hampir kami tidak tersesat semasa mencarinya.






Inilah Minaken Piss!




Belgium terkenal dengan lace, waffle dan coklat. Lace di sini memang sangat cantik dan halus buatannya tetapi harganya sangat mahal sehingga boleh mencecah beratus-ratus Euro. Tetapi amat rugi ke Belgium jika tidak merasa kesedapan wafle dan coklatnya. Boleh dikatakan sepanjang berada di Belgium, kami makan wafle hari-hari.


Sebelum ke Gent, kami singgah ke Atomium dan Mini Europe untuk bergambar. Sempat juga kami merasa menaiki tram yang melalui perkampungan lama di Brussels. Brussels sekalipun kurang promosi, berbaloi untuk dilawati.

ENTRI ini pertama kali ditulis pada 10/5/2014 dan dipos semula sempena menyiapkan novel Cinta Top Secret.

Khas untuk guru-guru : Bagaimana nak menjemput Karangkraf ke sekolah anda!

Ada yang bertanya kepada saya, bagaimana mendapatkan dana dan material untuk sekolah seperti buku. Untuk makluman, saya bukanlah guru Pusat Sumber. Apa yang selalu saya buat untuk dapatkan dana/material seperti buku adalah cara saya sendiri. Selalunya saya akan poskan di FB jika ada acara yang mahu melibatkan pengumpulan dana. Alhamdulillah rakan FB saya percayakan saya dan bermurah hati menderma bagi menjayakan sesuatu projek.

Seperti contoh, untuk aktiviti Membeli-Belah untuk Program Aidilfitri Pendidikan Khas, saya telah warwarkan di FB. Saya nyatakan tujuan program itu diadakan dan tentatifnya. Alhamdulillah ramai yang menghulur bantuan. Pada akhir projek anak-anak murid saya dapat duit poket sebanyak RM200 seorang untuk membeli keperluan Aidilfitri. Saya menefon beberapa pusat membeli-belah bagi mendapatkan tajaan lokasi. Alhamdulillah JUSCO Cheras Selatan telah memberi peluang kepada anak-anak ini membeli-belah dan membuat rakaman Al-Hidayah istimewa Maal Hijrah pada 2012.   Rancangan itu kemudiannya telahpun disiarkan di TV3. Selain daripada dana kutipan di FB, saya juga mendapatkan sumbangan daripada rakan guru yang lain yang ingin menyumbang. Alhamdulillah projek itu berjaya direalisasikan. Boleh lihat gambar di sini : Program Membeli Belah Aidilfitri

Semasa pembukaan program Pendidikan Khas (PPKI) di sekolah saya pada awal 2010, apa yang guru-guru lakukan adalah membuat hebahan kepada para penyumbang. Kelas yang kosong yang hanya ada kerusi, meja dan papan putih akhirnya berjaya dipenuhkan dengan pelbagai perabot seperti meja makan, TV, peralatan memasak dan sebagainya. Disebabkan program PPKI memerlukan bahan mawujud di dalam kelas, maka peralatan seperti ini harus disediakan pada kadar segera.

Namun jika kita mengutip dana daripada medium seperti ini, pastikan selepas membeli keperluan etc, kita menghantar bukti kepada para penderma. Memanglah mereka ikhas menderma, tetapi bukti tersebut bagi meyakinkan mereka, projek yang kita laksanakan adalah betul dan telus. Jangan sesekali membuatkan penderma ragu-ragu dengan perlaksanaan program.

Selain daripada cara hebahan seperti itu, hari ini saya ingin kongsikan satu lagi cara mudah yang boleh dilakukan di sekolah bagi menambah jumlah koleksi buku. Sekiranya di sekolah ada hari-hari sambutan tertentu seperti Hari Kokurikulum dan Pelancaran NILAM, apa yang kita boleh buat adalah menjemput penulis/motivator datang ke sekolah. Selain menyumbang buku kepada sekolah, di luar sana, ada banyak penerbit buku yang sangat bermurah hati untuk berkongsi rahsia macam-macam dengan murid-murid kita. Jemputlah mereka ke sana. Ada aktiviti pentas seperti bercerita, ceramah kerjaya, kongsi rahsia berjaya dan macam-macam lagi daripada para penulisnya. Malah jika panjang masa yang diberikan kepada mereka untuk bersedia, mereka boleh menjemput selebriti memeriahkan suasana. Selain itu penerbit juga boleh melancarkan buku pada acara tersebut. 
Pelancaran buku Kawan Baru FB di SK Subang Bestari pada 2012


Pada awal tahun seperti ini, pasti guru Pusat Sumber sedang merancang untuk pelancaran program NILAM di sekolah. Jika mahu memanggil Karangkraf untuk ke sekolah anda untuk program NILAM boleh emel Eksekutif Jualan Muhammad Asyraf  di muhammad.asyraf@karangkraf.com di talian 03- 51013683. Anda boleh hantarkan butiran program kepada beliau. Semoga info ini membantu anda!

08 January 2014

CINTA PANDANG KE-2 PROMO EPISOD 5

SINOPSIS EPISOD 5- DRAMA CINTA PANDANG KE-2




EPISOD 5 - TAYANGAN 9/1/2014 (Drama 13 episod ini bersiaran setiap Khamis, 8.30 malam di TV9).

            Sebaik dapat tahu, Zairul adalah lelaki yang sama membuli Ainnur semasa di sekolah dulu, Ainnur terus merencana sesuatu untuk membalas dendam. Ainnur beria-ia meyakinkan ibunya yang dia mahu bekerja di pejabat ibunya untuk persediaan mewarisi syarikatnya hingga sanggup melupakan seketika niatnya mahu menjadi pensyarah universiti.
            Pada hari pertama bekerja di pejabat ibunya, Ainnur memang seronok gila. Kepada semua dia menunjukkan yang dia adalah seorang yang sangat ramah dan mesra tetapi sebaliknya kepada Zairul. Ini membuatkan Zairul keliru dan tertanya-tanya.
            Pada masa yang sama, sebagai Duta Cinta, Zairul telah diamanahkan oleh Encik Zuhri untuk memikat Ainnur untuknya dan memujuk kekasih gelapnya,  Julie yang merajuk. Semasa Zairul memujuk Julie, Ainnur ternampak dan menganggap perangai playboy Zairul dari sekolah masih tidak berubah. Ini membuatkan Ainnur bertambah sakit hati.
            Ainnur membuli Zairul dengan permintaan dan karenah aneh hingga membuatkan Zairul sakit hati, bengang dan tertekan. Namun Zairul masih bertahan kerana dia sememangnya seorang lelaki yang budiman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...