05 January 2014

DRAMA CINTA PANDANG KE-2 : SINOPSIS SETIAP EPISOD


Drama ini bersiaran setiap Khamis, 8.30 malam di TV9 mulai 5 Disember 2013 yang lalu. Jika terlepas, boleh tonton di www.tonton.com.my. Selamat menonton! Semoga terhibur!

FOTO KREDIT : ALAF21

EPISOD 1
Zairul dibuang sekolah kerana kantoi dengan kenakalannya. Akibatnya bapanya Tan Sri Zainuddin mendenda dia lalu memasukkannya ke sekolah biasa. Semua keistimewaan yang diberikan kepadanya ditarik balik. Pada hari pertama persekolahannya di sekolah baru, beliau telah bertemu dengan Ainnur di tangga sekolah. Akibat salah faham, Ainnur dan Zairul mula berperang mulut sejak itu. Ada saja yang tidak kena, bukan setakat di sekolah tetapi di luar juga. 

EPISOD 2- Permusuhan Ainnur dan Zairul semakin membesar. Dari sekolah sampai ke luar. Ainnur tak puas hati dan merancang sesuatu yang 'besar' untuk mengajar Zairul.

EPISOD 3-Persepsi tentang Zairul berubah 360 darjah sejak diselamatkan Zairul. Apabila Zairul tiada di sekolah, hati Ainnur gundah gulana. Nilawati memang mencari ruang untuk menyakitkan hati. Bukankah mimpi itu milik semua lalu mengapa hanya dia disakiti?

EPISOD 4- Setelah 6 tahun berlalu, Zairul telah bekerja sebagai mat despatch di sebuah firma import eksport. Suatu hari, majikannya mengarahkan dia menjemput anaknya yang baru pulang dari luar negara. Tatkala pertama kali bersua muka, hati Zairul berdetak hebat terpandangkan wajahnya. Ainnur pula dapat mengecam wajah Zairul yang tidak berubah sejak 6 tahun lalu. Tiba-tiba Ainnur merasakan inilah masanya dia mahu membalas dendam lama. Dia mahu membuktikan kepada Zairul yang lelaki itu akan melutut kepadanya! Berjayakah Ainnur membuli Zairul? 


EPISOD 5-Sebaik dapat tahu, Zairul adalah lelaki yang sama membuli Ainnur semasa di sekolah dulu, Ainnur terus merencana sesuatu untuk membalas dendam. Ainnur beria-ia meyakinkan ibunya yang dia mahu bekerja di pejabat ibunya untuk persediaan mewarisi syarikatnya hingga sanggup melupakan seketika niatnya mahu menjadi pensyarah universiti.
            Pada hari pertama bekerja di pejabat ibunya, Ainnur memang seronok gila. Kepada semua dia menunjukkan yang dia adalah seorang yang sangat ramah dan mesra tetapi sebaliknya kepada Zairul. Ini membuatkan Zairul keliru dan tertanya-tanya.
            Pada masa yang sama, sebagai Duta Cinta, Zairul telah diamanahkan oleh Encik Zuhri untuk memikat Ainnur untuknya dan memujuk kekasih gelapnya,  Julie yang merajuk. Semasa Zairul memujuk Julie, Ainnur ternampak dan menganggap perangai playboy Zairul dari sekolah masih tidak berubah. Ini membuatkan Ainnur bertambah sakit hati.
            Ainnur membuli Zairul dengan permintaan dan karenah aneh hingga membuatkan Zairul sakit hati, bengang dan tertekan. Namun Zairul masih bertahan kerana dia sememangnya seorang lelaki yang budiman.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...