03 January 2014

Recall drama #cintapandangke2 Episod 4 siaran 2 Januari 2014.

Boleh layan diwww.tonton.com.my

SC15. INT. RUMAH AINUR/ BILIK [RUMAH BARU] – DAY.
Kelihatan bilik kemas dan bersih kerana ditinggalkan selama dua tahun dan dicuci sekali sekala oleh orang gaji. Ada gambar Ainur Gemuk, 17 tahun atas meja solek.
Tetiba pintu terkuak..
Muncul Zairul tercungap semput membawa semua beg berat. Dia terus meletakkan beg ke lantai dan cuba mengatur semula nafasnya. Sambil melihat bilik dengan teruja.
ZAirul kemudian tengok teddy bear besar yang dipegangnya.
ZAIRUL [ketawa kecil]
Dah besar panjang pun nak berteddy bear…
ZAirul jalan ke katil dan letak atas katil.
Kemudian, Zairul terperasan frame gambar atas meja solek. Zairul pun melangkah hendak pergi melihat gambar-
BEAT-
AINUR [muka marah]
Awak buat apa tu???
Zairul terperanjat beruk disergah gitu.
AINUR
Saya suruh hantar beg jer, bukan letak teddy bear atas katil...
ZAIRUL [senyum selamba]
SAya cuba nak buat sesuatu yang sweet untuk awak.
ZASS! Ainur pulak sentap dengan kenyataan selamba tu. ZAirul kelihatan bersahaja dan tak kekok lagi.
AINUR
Tak payah. Tak sweet langsung!
ZAIRUL
Kalau gitu, awak bagitau lah apa yang awak rasa-
AINUR [terus pintas/muka masam]
Panggil saya Cik!
Zairul terkedu jap dengan kesombongan Ainur. Tapi dia bersabar dan kemdiannya angguk setuju.
ZAIRUL
Okay...tapi Cik apa?
Beat! Ainur pulak terkedu...tak sanggup bagitau nama dia sebab takut ZAirul perasan dia Ainur Azleen gemuk dulu.
ZAIRUL
tak kan awak er- Cik...tak de nama? [tersengih/muka nakal]
AINUR
Panggil Cik saja...sudah!
ZAIRUL
Ohhh..
AINUR
SAya tak perlukan khidmat awak lagi. Awak boleh balik.[tegas]
ZAIRUL
Baik lah, Cik Saja. Saya pegi dulu.
Zairul menapak dari katil ke pintu dengan bersahaja. Dia tak ada masalah bergaul dengan perempuan kerana hidupnya sentiasa di kelilingi perempuan sejak remaja lagi. Dan dia dah banyak kali jumpa anak orang kaya cantik tapi sombong seperti Ainur ni, sebelum ni. Biasa baginya.
Ainur yang tercegat di pintu, cepat-cepat mengelak ke tepi, sebaik ZAirul sampai dekatnya.
ZAIRUL
Nice meeting You. Jumpa lagi.
Ainur buat donno jer, tahan geram bila ZAirul berselisih dengan dia untuk keluar dari bilik.
Klik link di bawah untuk tonton :
Scene Izara & Zairul episod 4

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...