01 January 2014

SELAMAT DATANG 2014!


Selamat Datang 2014! Tahun Baru, Cabaran Baru untuk semua. Bagi insan bernama Laila Kamilia....
menjelang tahun baru merupakan tahun untuk menilai kemampuan diri, memperbaiki dan merancang strategi untuk mengharungi 2014!

Sebagai NOVELIS
Tahun ini saya sedang berusaha untuk muncul dengan novel baru, CINTA TOP SECRET. Manuskripnya sudah separuh perjalanan dan saya harap dapat menohktahkannya Januari ini. Doa-doa ye semoga usaha saya menyelesaikan manuskrip ini mengikut direncana.

Selain daripada itu, saya juga berharap dapat menyiapkan manuskrip buku umum saya yang pertama. Tajuknya masih belum dapat ditentukan tetapi ianya berkaitan dengan hobi saya sebagai pengembara! Travelog? Hehe! Tunggu ye!

Selain itu saya juga mengharapkan satu novel saya diadaptasikan ke layar TV! Hehe... Kalau korang nak tahu resolusi saya untuk 2014 boleh baca di majalah MIDI, Edisi januari 2014!

Sebagai GURU
Tahun ini saya tidak lagi menjadi Setiausaha Panitia Pendidikan Khas, setelah menjadi setiausaha bermula 2010! Tahun ini saya mengajar Kemahiran Manipulatif dan Matematik. In syaa Allah banyak aktiviti dirancang untuk memberi pengalaman terbaik kepada anak-anak syurga. Tahun ini juga saya masih menjadi Penyelaras Majalah Sekolah dan Setiausaha Laman Web Sekolah. Sebagai Editor, saya menyasarkan untuk menyiapkan Buletin Pendidikan Khas Daerah Hulu Langat yang tertangguh pada tahun lepas.  Semoga dipermudahkan.


Sebagai PENGEMBARA
Hehe! Tahun ini dimulakan dengan usaha saya melangkah ke satu lagi benua di dunia yang saya belum pernah jelajah! Ke mana tu? Nanti saya umumkan! Saya berharap saya dapat memberikan anda tips terbaik untuk melancong!


Analisis blog Laila menunjukkan tahun 2013 merupakan tahun paling kurang entri sepanjang Laila Kamilia mempunyai blog sejak tahun 2007 dengan hanya 28 entri setahun!!! Perbandingan bilangan entri tertinggi ialah pada tahun 2008 dan 2009 iaitu ketika saya berada di Jerman (cuti tanpa gaji goyang kaki) iaitu sebanyak 222 entri setahun!

Sasaran 2014 tidak kurang daripada 80 entri setahun! amacam? boleh ker???

Selamat tahun Baru 2014! Stay tune dengan Lailakamilia.com! Tahun baru dengan alamat baru! Terbaik untuk anda!

2 comments:

Amie said...

Selamat tahun baru 2014 Laila. Moga terlaksana semua azam yang dirancang.

laila kamilia said...

terima kasih Amie. smg semua azam awak juga akan terlaksana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...