04 June 2014

KU INGIN KEMBARA LAGI...

Ketika entri ini dibaca oleh anda, in syaa Allah, saya sudah selamat sampai ke destinasi novel ke-6 saya yang setakat ini saya beritahu tajuknya bermula daripada huruf R. 

Kembara kali ini bermula daripada 3 Jun hingga 14 Jun 2014. Doakan saya dikurniakan dengan ilham yang baik-baik untuk pembaca tersayang. Doakan juga saya dan suami dalam peliharaan ALLAH, Tuhan Sekalian Alam. Semoga  segalanya berjalan lancar.

Saya mungkin tidak dapat berFB beberapa ketika tapi saya akan sentiasa ingat kalian di hati saya. Saya tinggalkan anda dengan beberapa entri lokasi-lokasi dalam novel C1NT4 TOP SECRET. Novel ini telahpun berada di pasaran sempena Pesta Buku Antarabangsa KL pada 24 April lalu. Dan pada Jun 2014 ini sudah ada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia, in syaa Allah.


LOKASI : LONDON - M151 Trafalgar

LOKASI : BRUSSELS - Jade di APG Headquarters

LOKASI : HONG KONG - M151 HIBISCUS YCK-HK

LOKASI : GUNUNG KINABALU - M151 Tawan Hati Eisya

LOKASI : KOREA - M151 LOVELOCKS

LOKASI : BALI - EPILOG

ps- Sila layari www.lailakamilia.com untuk dapatkan info lanjut tentang destinasi tersebut. Sila klik lokasi pilihan anda untuk lebih maklumat.


Saya sengaja menanti bulan Jun untuk mengumumkan satu pertandingan untuk pembaca novel C1NT4 TOP SECRET untuk memberi peluang kepada ramai orang untuk membacanya dan dapat masuk peraduan ini. Tunggu saya balik dan saya akan umumkan nanti. Kepada yang masih belum membaca C1NT4 TOP SECRET, inilah masa terbaik untuk anda membacanya. Hadiah menarik menanti bakal pemenangnya. 

Seperti biasa, kepada yang selalu menyokong Laila Kamilia ; RAHSIA-MISTERI-KEJUTAN ISTIMEWA. Inilah semuanya untuk anda! Sampai jumpa lagi! In syaa Allah.

03 June 2014

Review C1NT4 TOP SECRET Oleh Que Razali

Review C1NT4 TOP SECRET ini saya terima daripada Que Razali di Goodreads. Sila klik untuk membaca. Terima kasih ya atas review. Sesungguhnya setiap review daripada pembaca menguatkan semangat penulis untuk terus menulis dengan lebih baik, memperbaiki diri untuk karya yang seterusnya. Kalau tidak ada review, bagaimana nak tahu pandangan pembaca? Terima kasih banyak-banyak!

ps- Saya mengalu-alukan setiap review. Kalau segan secara terbuka, boleh PM atau emel saya secara personal. Terima kasih banyak!

02 June 2014

REVIEW C1NTA TOP SECRET Oleh Jamailia

Pagi ni saya letakkan review C1NTA TOP SECRET daripada my lovely JJ (Jamailia Jumahari). Apa kata beliau setelah bersengkang mata sampai ke pagi beberapa hari?

Whats App yang saya terima....



Ini review sepenuhnya daripada beliau (saya tidak edit walau satu perkataan). Terima kasih dik, untuk satu review yang membarakan semangat untuk terus memperbaiki diri dan tulisan. Doakan akak dapat ilham yang baik-baik untuk pembaca tercinta! Muah!!!!



Cint4 top secret....novel ala ala james bond gitu...teruja membacanya menyebabkn hidup jd huru hara selagi xhbs bc,  namun kekangan tugas sgt menghimpit....mgu ke2 cuti br berkesempatan menghbskn bacaan....jade n zed ejen perisikn terhebat yg d punyai APG. Gandingan mantap mereka dlm menyelesaikan tugsan tidk dpt d nafikn. Tugsan mencr mikrofilem memisahkn mereka seketika...bertugas gandingan br memaksa mereka mencr chemistry dgn cepat....jade seorg ejen perisikn hebat...namun apabila menemui jln buntu pasti zed hadir dgn bntuan.....

Eisya watak utama dlm novel ini d gmbrkn anak gadis yg cntik mencintai bidang kecantikn namun harus akur dgn kehendak ibunya yg mahukn dia bekerja dgn gomen...hehehehhe.puas menghdir temuduga akhirnya eisya berjy bekerja d pej projek rakan kembara(keje yg sengaja dwujudkn utk dia) membw eisya menawan puncak gunung kinabalu tpt d mana dia d lamar oleh zed...heheheheh romantik....namun oleh kerana terkejut dgn lamaran zed, eisya tergelincir yg mengakibatkn dia xboleh berjln...bermulalah episod si porter tunjuk skil....hehehe....teruskn bacaan anda utk tau kesudhannya...

membaca cint4 top secret membawa kita merantau byk tpt antaranya london seoul hong kong brussels bali n yg paling best kg ketoyong d tg malim....juga tidak d lupakan sabah my hometown...seolah2 mendaki gunung kinabalu buat kali ke2...hehehhehe...ketahui jln penyudah cinta eisya zed dan jade dlm novel terhebat Cint4 Top Secret...jgn lupa anda semua juga perlu memberi perhatian kpd ejen perisikan yg lain seperti jem rofi jun isma fudhali syahril norman dan ehsan...mereka mewarnai jln cerita cinta top secret dgn garapan hebat drp penulis terkenal Laila Kamilia...sy beri 5 star utk novel ini....

jgn terasa dgn review yg terlebih sudah.hehehehehe
frankly speaking...this is the best novel ever yg akk pernah tulis...melebihi cinta bunga tulip...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...