21 September 2014

Lagu Cinta : Cinta Top Secret


Dalam setiap novel saya, mesti ada lagu cinta. Selain daripada Top Secret dari Girls Generation, inilah 2 buah lagu yang turut saya selitkan di dalam novel di Bab ke 064 ini. Semoga terhibur!


Atomium Brussels, Belgium
2013

Jade menunggu dengan penuh sabar. Tadi semasa dia dipanggil menghadap ke HQ, bunyinya macam terdesak sangat! Kalau dia tidak datang sekarang, ada orang yang akan mati di hujung senapang! Dia berlari mengejar teksi untuk datang ke sini. Ini sudah masuk minit ke-30, namanya masih pun belum dipanggil masuk.
Di ruang menunggu di hadapan bilik Pengarah Risikan APG ketika itu, hanya ada dia dan Pembantu Khas kepada Mr. Carsten. Wanita itu langsung tidak menghiraukannya kerana menumpukan perhatian pada komputer, sedang menaip sesuatu. Hanya sekali-sekala Jade nampak Annie menjeling ke arahnya.
Kedengaran lagu Get Lucky yang sedang berkumandang di corong pembesar suara yang terletak di siling betul-betul di atas kepalanya. Lagu ciptaan Daft Punk tersebut amat popular di tahun 2013 sehingga telah dianugerahkan Record of The Year dalam Anugerah Grammy ke-56.
Sememangnya lagu tersebut amat sinonim dengan dirinya yang sentiasa sahaja bernasib baik dalam misi-misinya sebelum ini. Dia cukup meminati lagu ini. Perlahan-lahan bibirnya turut sama mengikuti bait-bait lagu tersebut.
Tiba-tiba Jade melompat berdiri sambil menjerit menyanyikan chorus lagu tersebut.

“We’re up all night ‘til the sun
We’re up all night to get some
We’re up all night for good fun
We’re up all night to get lucky
We’re up all night to get lucky
We’re up all night to get lucky”

Excuse... me.... Mr. Jade? Mr. Jade! Halloooo?
Oh... sorry...” Muka Jade merah padam.
Suara Annie yang sudah berdiri sambil bercekak pinggang dengan wajah bengang, menjegilkan mata ke arahnya. Baru aje nak naik ‘syeh’ sudah ditegur. Patutnya Annie tidak boleh marah kepadanya kerana bukannya dia tidak nampak tanda-tanda kebosanan kerana menunggu sejak tadi. Ini semua bukan salahnya! Dia kembali ke sofa, mencapai majalah berbahasa Dutch! Bosan!







“Lately I’ve been, I’ve been losing sleep
Dreaming about the things that we could be
But baby, I been, I been prayin’ hard
Said no more counting dollars
We’ll be counting stars”
Bait-bait lirik lagu ‘Counting Stars’, nyanyian kumpulan One Republic yang sedang berkumandang ketika ini pula tiba-tiba menyedarkan akan keadaan dirinya kini. Sudah lama dia memikirkan hidupnya yang sentiasa berdepan risiko yang diciptanya sendiri. Semuanya kerana kepuasan diri dan wang yang menjadi habuan!
Jade mengeluh. Bait lagu itu juga mengingatkannya lagi kepada wajah Eisya. Sememangnya sejak akhir-akhir ini memang dia sering saja teringatkan gadis kampung pilihan ibunya itu.
Tiba-tiba dia rasa teringin sangat berjumpa dengan Eisya. Ingin dia luahkan rasa hatinya supaya gadis itu dapat mempertimbangkan perasaannya. Ingin dia ceritakan kisah hidupnya kepada gadis itu agar dia tidak lagi hidup dalam kesamaran, berselindung bagai bayang-bayang.
Tetapi mana mungkin seorang gadis kampung seperti Eisya boleh menerima dirinya yang hidup penuh kerahsiaan, penuh bahaya dan risiko tanpa jangkaan. Jika dia berterus terang, adakah Eisya dapat menerima seadanya? Bukankah Eisya selalu kata, lelaki sangat merbahaya dan menyakitkan! Dia tertekan.
Apakah pilihan lain yang dia ada? Haruskah dia berhenti kerja dan menjalani kehidupan biasa bersama gadis yang dicinta dan melupakan kerjaya yang telah sebati dengan dirinya?             Setelah sekian lama bergelumang dalam kehidupan yang penuh cabaran, tiba-tiba dia inginkan hidup yang penuh kebebasan? Dia menggeleng kepala. Dia tidak pernah sangka, dia telah memikirkan untuk meletakkan jawatan gara-gara kerana seorang perempuan! 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...