10 November 2014

Peraduan Mudah C1NT4 TOP SECRET : Istimewa Untuk Pembaca

Novel C1NTA TOP SECRET telahpun pertama kali berada di tangan pembaca pada Mei 2014 yang lalu bersempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2014. Namun novel ini mula berada di kedai buku pada Jun 2014 lalu. Pada 30 Ogos 2014 pula, novel ini telah dilancarkan secara rasminya di satu majlis sempena sambutan Jubli Emas, SEMARAK di Teluk Intan, Perak. 

Setelah 3 bulan berada di pasaran,  sudah ramai yang membaca, membuat review dan berkongsi pengalaman mereka dengan novel ini. Seperti selalu, Laila Kamilia menghargai setiap sokongan daripada pembaca. Oleh yang demikian, sukacitanya Laila Kamilia mengumumkan bahawa bermula  29/9/14 bersempena bermulanya #mycybersale Laila Kamilia melancarkan satu peraduan yang dinamakan Peraduan C1NT4 TOP SECRET. 

Poster hadiah dan syarat peraduan

Seperti sebelumnya, peraduan novel Laila Kamilia bertujuan untuk meraikan sokongan pembaca. Pastilah Laila Kamilia tidak dapat menghadiahkan kesemua pembaca yang menyokongnya (kalau boleh memang semua hendak diberi). Oleh yang demikian, dalam ramai-ramai pastilah ada yang akan mendapatkan hadiah istimewa ini.

APAKAH HADIAHNYA?
Kalau lihat di poster memang hadiahnya menarik dan tertarik kan? Sebenarnya hadiah-hadiah ini Laila Kamilia kumpul memang khas untuk diberikan kepada pembaca C1NT4 TOP SECRET. Hadiah-hadiah ini sangat personal dan istimewa kerana ianya disimpan dan dijaga dengan rapi oleh Laila Kamilia agak lama juga ketika kunjungannya ke negara-negara yang menjadi latar tempat di dalam novel ini. Sudah terbuktikan, Laila Kamilia sayang pembacanya? Ke manapun Laila Kamilia pergi, in syaa ALLAH, pembacanya sentiasa di hati. Bukan mudah nak dapatkan hadiah-hadiah yang personalised seperti ini kerana hanya boleh didapati jika anda melancong ke sana atau seseorang yang berada di negara tersebut hadiahkan kepada anda. Jadi, inilah peluang untuk dapatkannya dengan menyertai peraduan mudah ini. ps- Pihak penganjur berhak menukar hadiah tanpa sebarang notis.

BILA BERLANGSUNG?
Laila Kamilia sengaja menanti tarikh 29/9/14 untuk memberi lagi ruang dan peluang kepada lebih ramai untuk mendapatkan novel ini bersempena jualan hebat sehingga 90% #mycybersale Peraduan ini akan berlangsung sehingga 30/11/14. Lama tu ada kira-kira 2 bulan lagi. Kepada yang sudah memerap lama novel tu, boleh korek balik dan baca. Ingat ye tarikhnya 29 Sept. hingga 30 Nov. 2014!

SYARAT PERADUAN?
Syarat-syaratnya mudah saja. Namanya pun peraduan mudah. Ada 10 je syaratnya.

1- Mestilah kena beli dan baca novelnya. Dah baca baru boleh menghayati kisah perisikan ni kan?

2- Buat review atau kongsi pengalaman anda membaca novel ni. Kalau nak tengok contoh-contoh pembaca lain yang pernah review atau kongsi pengalaman mereka dengan Laila Kamilia, lebih kurang macam tulah anda kena buat. Boleh tengok di Fanpage Laila Kamilia dalam Album Gambar : Review/Pengalaman Pembaca. Review atau pengalaman itu mesti tidak kurang daripada 50 patah perkataan ye. Jangan lupa klik LIKE kat Fanpage Laila Kamilia.

3- Ambil gambar novel tersebut mengikut kreativiti anda. Tak kisahlah macam mana rupanya, sama ada kulit novel atau gambar bab-bab di dalam novel atau gambar anda memegang novel tersebut janji ada gambar.

4-Bila dah ada review atau pengalaman nak dikongsi tu, masuk ke FB/Instagram anda dan mulalah SHARE review/pengalaman tersebut bersama gambar novel C1NT4 TOP SECRET tersebut. Jangan lupa #cintatopsecret #lailakamilia #alaf21. Mudah ajekan?

5- Seorang peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi tidak boleh menghantar gambar/review/pengalaman yang sama.

6-Tarikh akhir peraduan adalah tepat tengah malam 30 Nov. 2014. Bermakna penyertaan yang diterima pada 1 Dis. 2014 tidak akan diterima. 

7- Laila Kamilia akan mengumumkan pemenang pada 20 Dis. 2014.

8-Keputusan pengadil adalah muktamad.

9- Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.

10- Hadiah akan diposkan kepada pemenang selepas 20 Dis. 2014.


BONUS BUAT PEMBACA YANG PERNAH BERKONGSI KISAH C1NT4 TOP SECRET
Kepada pembaca yang pernah berkongsi review/pengalaman membaca novel ni dengan Laila Kamilia, anda secara automatik layak menyertai peraduan ini dengan syarat anda SHARE semula dengan #cintatopsecret #lailakamilia #alaf21 dan mematuhi 10 syarat mudah tadi. Bolehkan? Hanya SHARE semula dan #.


Poster #mycybersale

 Diskaun daripada Karangkraf Mall

Jadi, jom kongsi pengalaman anda! Laila Kamilia ucapkan terima kasih atas sokongan dan kasih sayang anda. Semoga ukhwah kita sampai ke Jannah. Sampai jumpa lagi. Jangan lupa kongsi pengalaman Top Secret anda!!! Muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...