28 October 2014

Anak Istimewa Cikgu


Teman-teman seperjuangan yang disayangi, puisi ini istimewa untuk kalian...

Anak Istimewa Cikgu

Betapa diri terasa istimewa
berada di kalangan ahli syurga
biarpun kadangkala
bicaranya mungkin senyap
butirnya tiada makna
atau kadangkala dia menjerit tiba-tiba
sukar rupanya membaca apakah yang ada di mindanya
sekalipun segulung ijazah belum tentu lulus mencuba

Betapa diri terasa bangga
bila memperkenal diri
sayalah guru yang mendidik
anak-anak syurga

Betapa diri terasa bahagia
tatkala tangan kerdilnya memeluk
lalu menzahir sayang
seluas lautan tiada sempadan
atau cukuplah mengingat sekadar 
"Cikgu"

Betapa diri terasa kerdil
bila kesabaran diuji
dan tiba-tiba jadi bimbang
aku hanya manusia biasa
yang cuba menjadi guru yang luar biasa

anak istimewaku
bukan intan permata
kuharap darimu
cukuplah sekadar
menarik tanganku
melangkah ke syurga firdausi
kerana mati adalah PASTI
   
               - LAILA KAMILIA, 28/10/14, Bangi









Anak-anak cikgu sekalian, doakan kami semua istiqamah mendidik kalian sekalipun dugaan yang melanda ada kala buat kami jatuh dan kecewa... Semoga kasih sayang kita sampai ke Syurga!

27 October 2014

Peraduan Teka Siapa Dia, Dia dan Dia



Bersempena Boling 2.0 yang bakal berlangsung di Melaka International Bowling Centre, satu peraduan telah diadakan untuk meraikan pembaca. Semua sedia maklum bahawa pertandingan boling kita tu bertemakan Back to Basic. Jadi novelis-novelis ni telahpun mengepos gambar mereka masa kecil yang comel untuk diteka oleh para pembaca. Jangan risau kerana klu telah diberikan. Jadi, menjelang tarikh tutup peraduan pada 31 Oktober 2014 ini, saya kumpulkan klu tersebut untuk anda menekanya. Hadiah menarik adalah voucher Pizza Hut/KFC dan novel bernilai RM150 tau! Jom meneka, mana tau kena! Hantarkan jawapan anda kepada FB : Weeda Airiza Novelis. Anda mungkin pemenangnya!










Jangan risau jika anda tak dapat meneka kesemuanya kerana yang penting anda hantar tekaan kerana jika tiada yang meneka paling tepat, peserta yang meneka paling hampir akan membawa pulang voucher tersebut. Jadi tunggu apa lagi! Cer teka!

17 October 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Kelima -28/3/13 (Sabtu)


ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!

Hari ini adalah hari santai2 sebab memang dah penat. Kami keluar lewat cadangnya selepas ke Nam Electronic Mart, kami mahu ke Lotte Duty Free tetapi bas yang kami naiki tidak berhenti di situ sekalipun ada sign akan berhenti di stesen Seoul.

Akhirnya kami berhenti di Dongdaemun. Jalan2 mencari pakaian anak2 kerana di sini memang syurga pakaian kanak2 terutama untuk si gadis. Malangnya untuk lelaki, pakaiannya agak tebal dan ada yang over pulak seperti kot/blazer yang dirasakan tak sesuai pula dipakai oleh anak2. Jadi kami hanya membeli pakaian si Hana. Kami
membeli makanan di gerai kebab dan makan sementara menunggu tren sampai.

Dari situ kami ke Lotte Duty Free. Kat sini sempat bergambar di arena of stars. Ada tapak tangan artis terkenal korea seperti Rain, 2pm etc.

Melangkah masuk ke dalam gedung membeli-belah 11 tingkat, saya terkejut melihat ramainya manusia. Ini shopping mall barang harian ataupun barang berjenama antarabangsa ni? Tapi bila tengok memanglah orang gila, sebab sudahlah duty free, ada weekend sale (sesetengah jenama seperti longchamp, furla, mcm etc memberikan diskaun hingga 70% untuk barangan terpilih) dan bagi yang tak ada potongan, akan diberi 5% diskaun untuk pemegang visa card. Hmm... Kalau di London orang beratur di LV, Prada dan Channel semasa boxing day, di sini orang beratur macam tu juga! Sekalipun jenama2 tu xdepun weekend sale. Hehe. Orang banyak duit, apa kira ye x? Haha saya sekadar memandang saja! Itupun dah rasa bahagia!








Kami pulang ke hotel dan bersedia untuk pulang awal pagi esoknya.Tamatlah misi redah dan belasah kami selama 5 hari ini. Satu pengalaman yang sangat bermakna kerana kami berjaya menamatkan kembara kami ke hampir semua tempat-tempat menarik di Korea.
Flight kami dijangka jam 930 pagi, jadi seawal 6.00 pagi kami harus checkout dari hotel kerana perjalanan dari hotel ke Incheon internat
ional airport adalah selama sejam menaiki tren.

Sampai jumpa lagi Korea!

REPOST : Tips ke Bandung (Untuk pelancong pertama kali)

ENTRI INI PERTAMA KALI DI POS PADA 17/10/12 DAN DI REPOST DALAM MENGENANG 2 TAHUN TULISANNYA. ENTRI INI MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT DALAM WEB LAILA KAMILIA DENGAN 66 776 VIEW SETAKAT 12/10/14 (hampir 2 tahun). 

Terima kasih kerana melayari www.lailakamilia.com Semoga info di dalamnya bermanfaat untuk dikongsikan bersama anda!

+ Kawasan paling banyak Factory Outlet Store (FOS) ialah di Jalan Riau dan Jalan Dago, namun Jalan Setiabudhi mempunyai Rumah Mode, FOS paling popular di Bandung.

+ Teksi bermeter lebih murah dari teksi biasa. Teksi Bluebird adalah teksi yang paling baik khidmatannya dan satu-satunya teksi yang menggunakan meter di sana.

+ Pastikan mempunyai kenderaan untuk bergerak (kereta sewa, teksi etc...) kerana jarak antara FOS/ kedai adalah agak jauh. Kalau datang secara berkumpulan lebih jimat.

+ Luangkan masa ke tempat2 menarik seperti Tangkuban Perahu (sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif tetapi tidak berbahaya). Bertolak seawal pagi kerana anda akan sampai sebelum ramai orang tiba, memudahkan anda mengambil gambar sepuasnya. Tetapi jangan membeli di sana kerana barangan di Pasar Baru lebih murah. Jangan hairan jika penjual mengikut ke mana saja anda pergi kerana itu memang cara mereka berjualan. Pastikan ada memakai kasut sneakers dan elakkan kasut bertumit kerana perjalanan ke kawah sangat jauh.

+ Bawa beg lebih yang kosong kerana anda akan perlukannya apabila pulang kelak!

+ Pasar Baru adalah tempat wajib untuk kunjungan wanita melayu. Blouse berharga RM80 di Malaysia cuma dalam RM15 sahaja di Pasar Baru! Datang pada waktu pagi sekitar jam 10. Ambil masa satu hari untuk membeli-belah di sini kerana anda punya masa untuk menawar dan membeli barangan yang anda sukai.

+ Sekiranya ingin berjimat, menaiki Angkutan (sejenis van teksi) adalah pilihan terbaik untuk bergerak dari satu tempat ke tempat, tetapi perlu tahu di mana hendak pergi kerana angkutan hanya melalui jalan2 tertentu sahaja.

+ Terdapat banyak hotel di Bandung. Hotel 3 bintang sudah cantik dan memadai memandangkan anda perlu jimatkan wang untuk membeli-belah!

+ Harga fridge magnet di airport sangat mahal kira-kira RM12 duit Malaysia. Jadi kalau jumpa di Pasar Baru, tolonglah beli untuk saya...hahaha

+ Cihampelas Street sangat terkenal kepada penggemar jeans dan tempatnya sangat happening tetapi berhati-hati dengan barangan tiruan kerana di sini anda sukar untuk membezakan mana yg asli dan mana yang tiruan.

+ Di FOS juga anda harus berhati-hati kerana ketulenan barangannya ada yang meragukan.

+ Membeli brownies adalah satu kemestian sama ada untuk di makan sendiri atau untuk diberikan kepada teman-teman. Kalau tidak sempat membelinya, anda boleh mencuri masa pada pagi sebelum kepulangan anda (jika flight jam 11 ke atas) dengan membelinya dalam perjalanan pulang. Kedai brownies Amanda dibuka seawal jam 9.00.

+ Segalanya boleh jadi wang di sini. Dari menyanyi di tengah jalan raya hinggalah memayungkan orang ketika hujan. Hati-hati menolak pelawaan orang berjualan. Dan jika anda tidak mahu mendengar nyanyian penyanyi jalanan (yang memang sedap dan tidak sumbang, tidak hairan mereka punyai penyanyi berbakat) anda pastikan cermin tingkap teksi tertutup rapat dan buat tidak tahu saja. Tetapi kadang-kadang ketika anda makan mereka akan datang dan menghulur mangkuk duit dan menyanyikan untuk anda, maka berilah duit untuk keselamatan anda.

+ Ambil peluang naik kuda di tengah kota Bandung.

+ Jangan belikan kasut sebagai hadiah untuk orang yang anda tidak bawa bersama kerana berkemungkinan kasut itu tidak muat. Itu yang terjadi kepada saya di mana kasut Nike yang berharga RM40 tidak muat untuk Hariz Hakimy saya.

+ Cuba rasa makanan di sini. Sedap dan setnya yang lengkap mesti diiringi dengan sup sayur/jagung/asam dan juga tauhu/tempe.

+ Kalau bertanya kepada orang di sini mereka selalu kata tempat yang hendak dituju itu dekat banget tetapi kesudahannya anda akan melepeh kepenatan kerana berjalan.

+ Jalan di sini tidak sukar mana. Jadi kalau nak senang sewa saja kenderaan dan pandulah sendiri.

+ Harga pas ialah harga yang tidak boleh ditawar lagi, harga mati. Harga diskon adalah harga yang diberi potongan diskaun.

+ Kalau nak mudah, boleh bawa kertas yang mengandungi senarai ringgit dan rupiahnya. Mudah untuk anda membuat anggaran harga barangan tersebut.

+ Jangan tertipu dengan harga teksi dari airport. Ia mesti tidak lebih 100, 000 rupiah untuk satu teksi.

+ Jangan lupa asingkan sedikit wang untuk membayar harga duti kastam semasa keluar dari airport.

16 October 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Keempat -28/3/13 (Jumaat)

ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!



Kami bertukar hotel pagi ini, jadi agak lambat memenuhi janji dengan seorang student Malaysia di Seoul. Oh! Ya! Student ni dah ala-ala penyanyi KPop dah... wajahnya dah macam orang Korea. hehehe tapi rambut tak warna ye! Baik budaknya.

Tetapi jam 10.55, kami sempat sampai untuk melihat tradisi pertukaran askar di Geongbok Palace. Sekarang ni Korea mana ada Raja. Jadi tradisi lama ini dikekalkan sebagai warisan sahaja. Kami menghabiskan masa kira2 setengah jam melihat sekitar istana lama menyerupai istana di Forbidden City itu.







 Dari istana kami berjalan2 sekitar bandar Seoul melihat sungai yang bersih di dalam bandar, City Hall  dan kemudian makan di Namdaemun. Rupanya di sinilah tempat membeli souvenir yang murah (tak perlu tawar sebab di supermarket dan harganya sangat murah) Kami membeli-belah sekitar Namdaemun sebelum pulang ke hotel. 

Pada waktu malam, kami ke sana kembali. Teksi memang sangat mahal kerana sudah melewati tengah malam! Mujurlah ada seorang lagi pemandu teksi yang jujur mahu menggunakan meter. Banyak juga teksi yang kami tahan awal pagi itu. Memang pengalamanla sebab bershopping di shopping mall jam 1.00 pagi. Hairan kerana malam kelihatannya masih muda dengan hiruk-pikuk manusia. Khabarnya pukul 4 pagi baru tutup shopping mall itu.








15 October 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Ketiga -28/3/13 (Khamis)

ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!

Kami bersarapan pagi dengan masak sendiri di dapur. Pagi2 dah kena gelak dengan abang sebab kena masak masa vacation. Kat sini disediakan peralatan memasak untuk muslim jadi boleh memasak dengan tenang. Sarapan kami roti telur bersama jus oren je. Ramai juga orang Malaysia kat sini.

Destinasi tour kami yang pertama adalah Trick Art Museum. Jenuhla bergambar kat gambar2 x bernyawa kat muzium tu.Seterusnya kami ke Seongeup Folk Vilage melihat suasana perkampungan Jeju yang masih dipelihara. Dindingnya diperbuat daripada batu larva gunung berapi manakala atapnya daripada daun. Menariknya kawasan rumah mereka tidak berpagar, tetapi pagar diletakkan sebagai simbol. Tak silap saya kalau x ada pagar, maksudnya silalah masuk, satu pagar, tuan rumah ada di sekitar dan akan balik sebentar saja. Kalau dua pagar keluar kampung sebelah. Tiga pagar maksudnya mereka akan balik sangat lambat. Itu cara mereka berkomunikasi sementelah dulu2 mana ada sms etc. 


Sekarang ni walaupun rumah mereka masih tradisi, mereka tetap mengamalkan kehidupan moden rakyat korea seperti menonton tv, hp dan internet wifi.Sekalipun mereka diberikan imbuhan oleh kerajaan bagi memelihara rumah pusaka hampir 600 tahun ini, mereka turut menjual hasil hutan seperti madu dan teh. Rasa teh mereka ada 5 rasa. Kalau anda letih sangat pada hari itu, anda akan rasa teh itu masin. Hahaha agaknya la. Saya pula rasa manis maksudnya saya ada masalah penghadaman. Kebetulan agaknya memang saya sakit perut sebelumnya!

Tamat melawat perkampungan itu, kami makan tengahari di salah sebuah restoren di kampung tu juga. Yang muslim dihidangkan dengan nasi dan sayur-sayuran dinamakan Bibimbap. 

Kami sempat menyaksikan women divers jam 1.30 tgh. Hebatnya nenek2 ni berumur 50 tahun paling muda manakala rata2 berumur 60 tahun ke atas. Mereka akan menyelam tanpa menggunakan peralatan seperti tangki oksigen. Mereka menyelam sedalam 10-20 meter ke dasar laut kemudian naik bernafas semula di permukaan. Hasil tangkapan seperti sotong dan rumpai laut akan dijual kepada orang ramai terus segar dari laut.Kami mendaki gunung berapi sijopjikoji setinggi 950meter. Pemandangan dari ata gunung memang superb, dengan dikelilingi lautan biru. Abang kata ini hanyalah 1/3 daripada pendakian ke gunung Kinabalu. Memang penat gila, beberapa kali berhenti dan sudah terasa diri semakin tua. Tapi itu tidak bermakna, rancangan untuk menawan Kinabalu batal ye!


Kami menelusuri lautan di sebalah kanan untuk ke Manjang Cave, larva tube terpanjang di Asia! Gelap gila, sejuk dan kagum dengan kejadian Tuhan. Subhanallah! Saya tak dapat membayangkan bagaimana hangatnya larva gunung berapi ketika melalui lorong di kerak bumi ni hingga meninggalkan kesan sebegitu rupa!Jauh juga kami berjalan hingga 1km barulah berpatah balik. Disebabkan keadaan yang licin, kami harus berhati2 agar tidak tergelincir.

Kami ke lapangan terbang. Habislah tour kami berharga rm300 seorang hari itu merentas bahagian timur Jeju. Pada pendapat saya, sebaiknya berada di sini 2 hari solid jadi boleh ikut tour ke bahagian Barat  pula. Sepatutnya saya ambil flight paling lewat dari Seoul kemudian pulang flight malam esoknya dari Jeju. 

Selepas check in di kaunter tiket, kami mengambil keputusan untuk melawat ke satu tempat lagi yang dekat dengan airport, sekitar 10 minit. Kami singgah ke Yongduam Rock yang khabarnya batu berbentuk naga. Tambangnya kira2 rm21 menaiki teksi pergi-balik.

Kami makan di airport sementara menunggu flight jam 930 malam. Hmm... Bagi mereka yang mencintai alam semulajadi memang patut ke Jeju. Tambah pula, bunga sakura dan rapsid oil canola (bunga sawi) sedang berbunga cantik! Esok ada pesta sakura, sayang x boleh ke sana tapi pesta itu hanya 3 hari saja. Sayang betul x tengok jadual sebelum membeli tiket!Kami pulang ke hotel yang sama dengan sebelumnya. Jam 12 malam, kami tidur lena kerana kepenatan. Esok satu hari baru bakal bermula, insyaAllah. Kami akan meredah Seoul sekali lagi!

Untuk gambar-gambar di Pulau  Jeju, boleh lihat di fan page Laila Kamilia dalam Album Ekslusif Lokasi Cinta Top Secret : Korea

14 October 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Kedua -27/3/13 (Rabu)

ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!


Bangun pagi kami bersarapan dengan kebab yang berbaki satu lagi semalam.

Sementara menunggu abang mandi, saya mengemas pakaian untuk dibawa ke Jeju. Kami memang awal2 buat keputusan untuk travel light secara backpakers. Jadi semua yang dibawa adalah seminima mungkin kerana kami hanya berada di Jeju selama semalam. Tiket kapal terbang telah dibeli awal-awal lagi dari Malaysia secara online.

Rencana nak bertolak seawal pagi ke Namsan Tower tergendala gara2 tersangkut  menonton cerita kelakar kat tv. Hahaha! Itulah hobi kami berdua laki bini. Kami kalau dapat tengok citer kelakar memang susah nak bangun tetapi mengenangkan kami ni dalam urusan travel, terpaksalah tengok citer tu separuh jalan. Itupun abang janji nak beli dvd balik Malaysia nanti.

Kami check out di hotel sekitar jam 1000 pagi. Disebabkan kami akan check in di hotel yang sama, jadi kami menyimpan beg di concierge sekali lagi. Selamat dah beg! Kalau x, jenuh nak diangkut ke peti simpan beg di airport la pulak! Satu kerja!

Kami kemudian mengambil keputusan untuk naik teksi saja ke Namsan Tower untuk menjimatkan masa yang dah habis tengok citer kelako separuh jalan tadi.

Perjalanan agak lambat disebabkan sedikit jammed. Kira-kira 20 minit, kami tiba di stesen kereta kabel Namsan Tower. Tambang teksi adalah kira-kira rm36.

Kami membeli tiket kereta kabel dua hala kerana x laratla nak menapak naik ke atas. Tambangnya rm24 untuk dua hala. Kereta kabelnya lebih kurang macam lif bergerak melalui kabel.

Memang cantik pemandangan ke Namsan Tower ni. Sepanjang jalan, nampak pokok sakura yang dah kering menanti masa untuk berbunga. Beberapa kali saya kata, kalau sakura tengah berbunga mesti lagi best. Tapi inilah risiko pergi ke negara 4 musim. Khabarnya tahun ni winter panjang sangat. Jadi bunga sakura belum sempat lagi berbunga pada waktu awal spring macam ni.

Kat sini memang cantik sebab boleh nampak Seoul dari atas bukit. Di sini ada pengambaran drama jugak dan glamer sebab love locks.

Kami bergambar dan pulang bila puas hati. Kalaulah sakura berbunga... Itulah yang asyik ada di kepala!

Kami berjalan kaki untuk ke Myeongdong setelah turun dari kereta kabel. X jauhpun sekitar 600 meter rasanya tapi kaki tu memanglah dah sakit. Sampai di sana, kami x singgah shopping di Myeongdong  tetapi meneruskan perjalanan ke Namdaemun.

Fuiyo! Ramainya penjual dan banyaknya barang! Kami sekadar membeli krim pelembab sebab badan dah gatal2 kerana cuaca sejuk. Ambil gambar dan video saja sebab nanti x ada tempat nak simpan barang disebabkan kami nak ke Jeju lepas ni.

Ramai orang Malaysia yang shopping sovenir. Memang harga sedikit murah dari kedai di Insadong semalam. Kami sempat menapau kebab lagi untuk makan tengahari nanti di airport.

Lepas sejam jalan2, kami ke Gimpo airport untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Jeju. Harapnya Jeju memang cantik. Tambang kapal terbang ke sini yang kami beli secara online adalah rm300 lebey pergi-balik untuk seorang.

Perjalanan ke airport ambil masa hampir setengah jam juga dari Seoul. Kami sempat makan kebab tadi sementara menunggu kapal terbang ke Jeju jam 445 petang. Perjalanan ni akan mengambil masa 1 jam 5 minit. Bila sampai dah nak malam pun. Saya tertidur dalam flight jadi x sempat nak tengok2 pemandangan pun masa turun.

Kami tiba di lapangan terbang seperti dijadual. Sampai di sini kami dah nampak bas 100 tapi disebabkan nak bertanya itu ini di kaunter pelancongan,  jadi terlepas lah bas tu. Tambang bas rm3 tapi kalau guna Tmoney dapat diskaun 500 won. Tmoney yang dibeli dari Seoul tu boleh diguna di sini.

Kami check in di Yeha Guesthouse dan naik teksi ronda2 malamnya. Guest house ni rm60 semalam rasanya berbaloi untuk tidur, sarapan. biliknya pun bersih dan kemas. Tambang kira2 rm120 pergi-balik.



Meriahnya shopping... semua ada, tapi ada satu perkara yang geram juga... Kebanyakan pakaian yang dijual adalah untuk mereka yang bertubuh kecil, bersaiz M ke bawah. Jadi sukar nak memilih kalau nak beli pakaian di sini kerana orang Korea rata-rata comey dan kurus. Kalau pakaian kanak-kanak memang sangat trendy dan up to date!





Untuk gambar-gambar di Namsan Tower dan Pulau 
 Jeju, boleh lihat di fan page Laila Kamilia dalam Album Ekslusif Lokasi Cinta Top Secret : Korea

13 October 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Pertama -26/3/13 (Selasa)

ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!

Check in tapi masih awal, jadi tinggalkan beg di concierge  hotel best western premier mapo, Nami island. naik subway 2 jam, tambang dlm rm30 sehala kemudian turun di stesen gapyeong naik teksi rm9, x sampai 5 min, naik feri n visa entri ke Naminara Republic rm24. Ada satu lagi option bagi mereka yang gemar adventure! Ke Nami dengan flying fox menggunakan kabel. Bapak punya tinggi, sayup je saya tengok! Minta maaflah, bukan saya yang flying fox cam gitu!

Kami bergambar di Nami Island lebih kurang 2 jam. Jenuh jugala nak faham apa yang best sangat Winter Sonata tu bila nampaknya taksub orang bergambar di tempat-tempat  sepeti first kiss la, naik basikal la. kiki. inilah bahana kalau x minat citer Korea tapi ngada2 nak sangat pegi Korea! Kat situ Ada tempat solat tapi tak ada tempat jual mknn halal seperti yang dimaklumkan. agaknya dah tutup sebab kami beberapa kali pusing kawasan kedai tapi x jumpa. Ada kedai suggest vege pizza for muslim. Tapi kami pilih makan biskut jela...

Saya bersetuju dengan Dhiya mengatakan pulau ni overated. Kalau x ada drama winter sonata tu, tempat ni x ada apa selain daripada pokok2 tinggi. Memang cantikla pokok pain tinggi tu dengan syarat ada daun. Kalau botak je, hmm... X berbaloi nak datang. 

Semasa kami tiba, salji masih ada yang mencair menunjukkan winter baru sangat berakhir. Saya dapat merasakan pulau ini sangat sesuai dilawati pada musim autumn bila daun2 pelbagai warna! Hujung springs mungkinlah cantik sebab ada bunga. Kesian kat sorang makcik tu, dia ambil gambar bunga yg baru ditanam di taman tu. Dia kata, jadilah dah xde bunga masa musim bunga! Haha. Semasa tiba di airport lagi, saya asyik berdoa, janganlah xde daun pokok2 ni masa ke Nami. Alhamdulillah doa saya tu makbul sekalipun daunnya xdela penuh sangatpun lagi! Daripada xde! 

Balik dari Nami, naik bas shuttle ke insadong. Perjalanan selama 1 jam. Tambang rm23.Turun di Insadong singgah di Insadong Street, ramai org berjualan makanan tradisional korea, ada juga turkish icecream kalau nak cuba. Di sepanjang jalan memang banyak kedai jual sovenir. 

Kami balik ke hotel menaiki subway dari Stesen Anguk turun di Stesen Mapo. Kami balik ke hotel untuk check in dan membersihkan diri dan makan malam di hotel (makan maggiela...).Kira-kira jam 8 malam, kami bercadang nak ke Myeongdong untuk ke shopping mall tapi bila sampai di stesen Mapo kami mengubah fikiran. 

Kami terus ke Itaewon untuk membeli makanan untuk sarapan pagi dan bekalan makanan sepanjang kami berada di Korea.Kami turun di stesen Itaewon. Sebaik keluar stesen, bau kebab terus menusuk ke hidung. Agh! Terus teringat semasa di Berlin dulu, kedai kebab di rumah lama kami memang betul2 di depan stesen subway.Kami terus berjalan dan berjumpa dengan ramai orang Malaysia yang mungkin tinggal di hotel Hamilton. Hotel tu memang popular kerana berdekatan dengan subway dan sumber makanan halal. Kami tak jadi menginap di situ kerana melihat kepada review hotel itu berharga lima bintang tetapi hotelnya sudah lama. Tetapi pastilah kena dengan harganya bersasarkan strategiknya kedudukannya ditambah dengan terdapatnya shopping mall di bawah hotelnya.

Kami berjalan kaki menuju ke Masjid Itaewon. Sepanjang jalan memang banyak betul kedai makanan halal x kira dari macam2 negara. Pendek kata, di sinilah syurga makanan halal di Korea. Jauh juga masjid tersebut di atas bukit. Megah juga baru sampai tapi pemandangannya cantik sebab betul2 dari atas bukit nampak kotaraya Seoul.

Kami membeli-belah makanan di 2 buah kedai di situ dalam perjalanan pulang dari masjid. Sebelum balik, kami sempat merembat kebab untuk couple. Satu untuk di makan buat super dan satu lagi untuk sarapan pagi esok. Harga roti, kek dan biskut sekitar rm3-rm9  yang saya rasa okeyla juga berbanding saya membawa banyak2 makanan dari Malaysia sampai penuh beg. Tapi kalau anak ramai dan beg kosong  jawabnya bawalah makanan banyak2. Hehe. Harga couple set untuk kebab adalah rm27 (termasuk air 2 gelas). Cukuplah untuk kami berdua! 

Sebelum tidur, kami sempat makan dan berbual2 dengan anak2 melalui phone dan fb. Entah kenapa kami x pandai nak guna phone jadi mujurlah anak yang sulung tu tengah buka fb dan menegur mamanya di fb. Haha! Internet kat hotel adalah free!
dalam subway... 

naik bas, dengan Tmoney... boleh naik semua kenderaan awam

Makanan-makanan Korea... maaflah saya tak ingat namanya...




Untuk gambar-gambar di Pulau Nami, boleh lihat di fan page Laila Kamilia dalam Album Ekslusif Lokasi Cinta Top Secret : Korea

06 October 2014

REPOST : Korea-Namsan Tower

ENTRI INI PERTAMA KALI DIPOS PADA 19/4/13 DAN REPOST SEMPENA PERADUAN MUDAH C1NTA TOP SECRET.


Ada orang nak tolong kami bergambar. Kat belakang tu, pokok padlock!

Bangun pagi kami bersarapan dengan kebab yang berbaki satu lagi semalam. Sedap! Hehehe. Jadi pagi ni nak ke mana ye? Seronoknya kalau travel tak pakai agency macam nila... santai-santai ikut jadual sendiri. Jadi semua yang dibawa adalah seminima mungkin kerana kami hanya berada di Jeju selama semalam. Rencana nak bertolak seawal pagi ke Namsan Tower tergendala gara2 tersangkut  menonton cerita kelakar kat tv. Hahaha! Itulah hobi kami berdua laki bini. Kami kalau dapat tengok citer kelakar memang susah nak bangun tetapi mengenangkan kami ni dalam urusan travel, terpaksalah tengok citer tu separuh jalan. Itupun abang janji nak beli dvd balik Malaysia nanti. Sambil-sambil tu kemaslah beg apa patut.
Namsan Tower tanpa sakura... 


Kami check out di hotel sekitar jam 1000 pagi. Disebabkan kami akan check in di hotel yang sama, jadi kami menyimpan beg di concierge sekali lagi. Selamat dah beg! Kalau tak, jenuh nak diangkut ke peti simpan beg di airport la pulak! Satu kerja!

Kami kemudian mengambil keputusan untuk naik teksi saja ke Namsan Tower untuk menjimatkan masa yang dah habis tengok citer kelako separuh jalan tadi.

Perjalanan agak lambat disebabkan sedikit jammed. Kira-kira 20 minit, kami tiba di stesen kereta kabel Namsan Tower. Tambang teksi adalah kira-kira RM36.

Kami membeli tiket kereta kabel dua hala kerana x laratla nak menapak naik ke atas. Tambangnya RM24 untuk dua hala. Kereta kabelnya lebih kurang macam lif bergerak melalui kabel.


Kunci mangga cinta? Kiki... mana ada? Kami bawa balik je padlock tu sebagai cenderamata.

Ada juta-juta kenangan cinta dikunci di sini... Khabarnya ia terkenal kerana pengambaran cerita We Are Married.

Kat sini pun ada Teddy Bear Museum. FYI, museum ni hanya ada di Korea dan USA sahaja... 
Tile Cinta... kiki kreatifkan orang Korea? Cute, comey dan kreatif! I LIKE!
Ini tempat orang melepak... saya membayangkan sakura...huwaaaa!!!

Sempat lagi bergambo dengan kamera letak kat depan, untuk bergambar automatik... nak buat camne, dah pergi berdua saja!

Memang cantik pemandangan kat Namsan Tower ni. Sangat puas hati! Sepanjang jalan, nampak pokok sakura yang dah kering menanti masa untuk berbunga. Beberapa kali saya kata, kalau sakura tengah berbunga mesti lagi best. Tapi inilah risiko pergi ke negara 4 musim. Khabarnya tahun ni winter panjang sangat. Jadi bunga sakura belum sempat lagi berbunga pada waktu awal spring macam ni.

Kat sini memang cantik sebab boleh nampak bandaraya Seoul dari atas bukit. Kerana pengambaran drama We Are Married, ia menjadi tempat tumpuan pelancong. Tapi serius cantik dekorasinya. Bersama pemandangan sakura dan love padlocks tu... memang nampak romantikla... kiki. (eringat kisah Adrian dan Sara kunci padlock dalam novel Cinta Bunga Tulip dan C1NT4 TOP SECRET).

Kami bergambar dan pulang bila puas hati. Kalaulah sakura berbunga... Itulah yang asyik ada di kepala! Satu destinasi yang rugi jika anda tidak pergi!

Boleh baca kisah ejen Zed di Korea dalam novel terbaru saya C1NT4 TOP SECRET untuk rasakan lebih pengalaman di sini. Untuk lebih gambar boleh buka facebook fan page Laila Kamilia dan bukalah album gambar EKSLUSIF : LOKASI INSPIRASI C1NT4 TOP SECRET. Selamat membaca dan membelek gambar!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...