28 October 2014

Anak Istimewa Cikgu


Teman-teman seperjuangan yang disayangi, puisi ini istimewa untuk kalian...

Anak Istimewa Cikgu

Betapa diri terasa istimewa
berada di kalangan ahli syurga
biarpun kadangkala
bicaranya mungkin senyap
butirnya tiada makna
atau kadangkala dia menjerit tiba-tiba
sukar rupanya membaca apakah yang ada di mindanya
sekalipun segulung ijazah belum tentu lulus mencuba

Betapa diri terasa bangga
bila memperkenal diri
sayalah guru yang mendidik
anak-anak syurga

Betapa diri terasa bahagia
tatkala tangan kerdilnya memeluk
lalu menzahir sayang
seluas lautan tiada sempadan
atau cukuplah mengingat sekadar 
"Cikgu"

Betapa diri terasa kerdil
bila kesabaran diuji
dan tiba-tiba jadi bimbang
aku hanya manusia biasa
yang cuba menjadi guru yang luar biasa

anak istimewaku
bukan intan permata
kuharap darimu
cukuplah sekadar
menarik tanganku
melangkah ke syurga firdausi
kerana mati adalah PASTI
   
               - LAILA KAMILIA, 28/10/14, Bangi









Anak-anak cikgu sekalian, doakan kami semua istiqamah mendidik kalian sekalipun dugaan yang melanda ada kala buat kami jatuh dan kecewa... Semoga kasih sayang kita sampai ke Syurga!

1 comment:

zimah said...

berderai air mataku....
sesungguhnya tiada bahasa yg dpt digambarkan utk menyatakan isi hati kami seorg guru pend khas...kata2 dr ank syurga...' saya sayang ckg hingga ke syurga' yg pernah diluahkan meninggalkan satu kesan yg maha hebat di hati ini...
ya Allah berikan aku dan sahabat2ku kekuatan utk mendidik mereka di dunia...dan semoga tgn2 kecil itu juga mampu menarik tanganku di syurga firdausi....amin...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...