21 December 2014

PENGUMUMAN KEPADA PEMENANG PERADUAN C1NT4 TOP SECRET


Salam tahniah sekali lagi daripada LailaKamilia.com. Kepada para pemenang, diharap dapat PM/emel alamat kepada FB : lailakamilia atau emel : lailakamilia@yahoo.com untuk urusan pengeposan hadiah. 

Bagi pemenang hadiah tempat pertama hingga saguhati, LK akan mula membuat pengeposan pada 29 Disember 2014, in syaa ALLAH. Kepada para pemenang hadiah kejutan misteri novel antologi aksi prequel C1NT4 TOP SECRET bertajuk sementara C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.0, novel ini akan diposkan sebaik sahaja ia diterbitkan pada tahun 2015, in syaa ALLAH. Untuk makluman, novel antologi aksi ini nanti merupakan projek khas Alaf 21 yang menampilkan 4 orang penulis aksi iaitu Laila Kamilia, Lynn Dayana, Dhiya Zafira dan Izza Aripin

Bagi pemenang SHARE Poster Peraduan Terbanyak di FB, yang bakal menerima novel seperti dijanjikan (hehe... orangnya telah dimaklumkanpun!) bakal memenangi novel antologi aksi prequel C1NT4 TOP SECRET bertajuk sementara C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.0 dan novel ke-6 Laila Kamilia yang bakal terbit pada 2015 in syaa ALLAH (doakan novel itu yang sedang dalam pembikinan siap dengan jayanya ya. Semoga ia jadi pemangkin untuk saya menyiapkan novel itu secepat mungkin). Oleh yang demikian, saya mohon semua pemenang meninggalkan alamat seperti yang tertera di atas. Saya akan mengepos hadiah secara berperingkat.

Terima kasih sekali lagi kerana mewarnai dunia penulisan LAILA KAMILIA. Sampai jumpa lagi! Tchuss!

20 December 2014

TAHNIAH KEPADA PEMENANG PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET

ALHAMDULILLAH! Saya bersyukur sangat sebab dapat menganjurkan satu lagi peraduan sempena novel saya. Setakat ini, saya telah menganjurkan 4 peraduan setiap kali novel saya berada di pasaran semenjak 2011 iaitu Peraduan Cinta Pandang ke-2, Cinta Pandang ke-2 Extra, Cinta Bunga Tulip dan yang terbaru C1NT4 TOP SECRET. Tujuan saya menganjurkan peraduan ini adalah semata-mata untuk menghargai sokongan pembaca yang sudi membeli, membaca dan berkongsi rasa membaca novel-novel saya. Jika boleh saya ingin menghadiahkan semua pembaca saya tapi tidak berkemampuan. Oleh yang demikan, hanya dengan penganjuran saja saya boleh menyampaikan hadiah itu.

Peraduan C1NT4 TOP SECRET telah berlangsung selama 2 bulan yang berakhir pada 30 November 2014 yang lalu. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang sudi masuk peraduan ini. Seperti saya beritahu sebelum ini, pembaca yang masuk peraduan ini bukanlah mensasarkan kemenangan hadiah tetapi kerana kasih sayang mereka kepada Laila Kamilia. Terima kasih! Saya sangat-sangat menghargainya.

Dalam sekalian penyertaan yang diterima, berikut adalah pemenang-pemenang yang telahpun dipilih oleh juri. Tahniah kepada pemenang-pemenang (berdasarkan  nama di FB) :


HADIAH PERTAMA : BICA BIE COMEL


HADIAH KEDUA : ISNINAH ALI KARAR


HADIAH KETIGA : 
LEHA NADZRI



HADIAH SAGUHATI :
MAWAR LARANGAN
BIEBIE MENTAN
CHIPMUNKANDBARNEY

Selain hadiah utama yang telah diumumkan di poster, berikut adalah pemenang yang akan memenangi hadiah misteri yang tidak diumumkan. Kan? Kejutan kan? Terkejut tak? Hehehe...  Kan Laila Kamilia selalu ada KEJUTAN, MISTERI DAN RAHSIA? hehe... Berikut adalah pemenangnya  (berdasarkan  nama di FB) :

1. ROZI D'BANKERS
2. IDA KAMARUDIN
3. JAMAILIA JUMAIHARI
4. NURUL AKASYAH
5. BADARIAH KAKAK

Apakah hadiahnya? Jeng! Jeng! Jeng!


ANTOLOGI AKSI : CINTA TOP SECRET VERSI 1.0 (TAJUK SEMENTARA)

Ya! Inilah hadiahnya! Saya berbesar hati untuk menghadiahkan novel antologi aksi yang bakal diterbitkan pada tahun 2015, in syaa ALLAH. Boleh baca kisah ejen Jade dan Zed dalam misi mereka sebelum novel C1NT4 TOP SECRET.

Dan! Kepada yang paling banyak SHARE poster peraduan C1NT4 TOP SECRET, saya telah menjanjikan hadiah novel. Ya! Siapakah yang paling banyak share poster tu ya? Hehe... Dia tahu siapa dia dan saya akan hubunginya nanti untuk kirimkan hadiah itu. Namanya saya tak bagitahu di sini untuk mengekalkan elemen misteri hahaha tetapi saya yakin 100% ramai boleh meneka siapakah dia! Dialah! Siapa lagi! Hehe....

TAHNIAH SEMUA! LAILA KAMILIA ucapkan berbanyak tahniah! Sampai jumpa lagi dalam novel LAILA KAMILIA yang akan datang, insyaa ALLAH! Muah!

ps- Saya akan mengirimkan hadiah pada minggu akhir Disember 2014, in syaa ALLAH.

11 December 2014

TIPS MELANCONG : BAGAIMANA MENUNTUT KEMBALI VAT / GST SEMASA MEMBELI-BELAH


Cuti-cuti begini ramai yang keluar negara. Bercuti kalau tak turut sama dengan shopping macam tak kena. Kepada si kaki shopping pasti tahu bahawa setiap kali membeli barangan di luar negara terutama barangan yang berjenama, anda boleh menuntut potongan cukai yang dikenakan semasa membeli barangan tersebut terutamanya di Factory Outlet. Cukai yang dinamakan value-added tax (VAT) atau goods and services tax (GST). Berikut saya kongsikan sedikit pengalaman saya di Eropah. Semoga bermanfaat.

1- Pastikan anda mendapatkan cop pada borang VAT di resit pembelian semasa di kaunter pembayaran. Ada sesetengah barangan yang hanya boleh mendapat pelepasan VAT sekiranya anda melepasi jumlah pembelian tertentu. Jika boleh, minta saja jurujual tolong anda isikan borang tuntutan di resitnya. Dia hanya perlukan passport anda bagi mengesahkan anda adalah pelancong.

2. Lebih baik anda beratur di kaunter VAT yang disediakan di Factory Outlet daripada menuntutnya semasa di lapangan terbang. Sekalipun anda terpaksa beratur panjang tetapi prosesnya lebih mudah. Lagipun anda memang sudah membawa barang yang dibeli bersama anda.

3. Anda boleh memilih untuk menerima bayaran balik VAT dalam bentuk tunai mahupun nilaian di kad kredit. Jika anda memilih bayaran balik ke dalam kad kredit, lebih baik menggunakan kad kredit yang sama digunakan semasa membuat pembayaran tadi. Saya lebih suka menerima tunai.

4. Jika anda mahu menuntut bayaran balik di kaunter VAT di Factory Outlet pastikan anda memperuntukkan masa yang cukup untuk membeli-belah dan beratur untuk menguruskan bayaran balik. Ini kerana kebiasaannya waktu operasi kedai lebih panjang daripada waktu pejabat kaunter VAT dibuka. Nanti sibuk bershopping sudah terlepas masa untuk membuat tuntutan menyebabkan anda terpaksa menuntutnya di lapangan terbang pula.

5. Sebenarnya jika anda mahu menuntut VAT di lapangan terbang, pastikan anda mempunyai banyak masa di lapangan terbang semasa mahu check in. Saya cadangkan anda uruskan hal bayaran balik VAT sebelum anda mendaftar masuk kapal terbang. Ini kerana sesetengah pegawai di kaunter mahukan pegawai kastam melihat barangan yang anda beli terlebih dahulu sebelum boleh memproses bayaran balik VAT.

6. Sekiranya anda sudah check in baru mahu menguruskan hal VAT, kemungkinan untuk tidak mendapat bayaran balik adalah tinggi kerana anda pastinya sudah check in semua barangan anda ke dalam kargo malah ada barang yang sudah dibungkus/dibalut tetapi pegawai kastam mahu melihat barangan anda.

7. Sekiranya anda mahu cepat, pastikan resit anda sudah dicop dan diisi oleh pekedai, dicop oleh kastam kemudian isikan borang tuntutan dan masukkan ke dalam peti box yang telah disediakan oleh pihak VAT.

8. Sekiranya anda melancong di Europe, anda boleh menuntut bayaran VAT di mana-mana airport di Europe. Wang akan dikreditkan ke dalam kad kredit atau bayaran tunai. Tetapi pastilah lebih mudah jika anda menuntutnya di mana barang itu dibeli yang ada kaunter VAT.

9. Biasanya pembelian di Factory Outlet ada menyediakan kaunter VAT tetapi jika  pembelian di butik, jurujual hanya boleh tolong mengisi borang VAT.

10. Pastikan borang VAT yang diisi telah lengkap sebelum meninggalkan kedai.

11. Banyak sangatkah nilai VAT yang boleh dituntut? Peratus VAT bergantung kepada sesuatu negara. Kalau di UK 20%. Banyak juga kalau dah shopping Pound memang berbaloi untuk dituntut!

Secara ringkasnya urusan tuntutan bayaran balik VAT adalah seperti berikut :

Jika membeli di factory outlet yang ada kaunter tebusan VAT:
1- Resit dicop dan diisi oleh pekedai.
2-Lengkapkan borang tuntutan yang dilampirkan bersama resit.
3-Beratur di kaunter VAT bersama barang yang dibeli.
4-Dapatkan bayaran balik secara tunai mahupun kad kredit (jika kad kredit akan mengambil masa sebulan dua untuk proses).

Jika membeli di butik tiada kaunter tebusan VAT/ di lapangan terbang:
5- boleh dapatkan cop  kastam bersama barang yang dibeli. Bawa resit yang telah dicop dan diisi oleh pekedai.
6-Beratur di kaunter VAT bersama barang yang dibeli.
4-Dapatkan bayaran balik secara tunai mahupun kad kredit (jika kad kredit akan mengambil masa sebulan dua untuk proses).

Selamat shopping dan selamat menebus balik VAT. Hak anda sila tuntut ya! Hehe...

01 December 2014

Kembara Eropah : Paris Siri II


Cerita bermula hanya kerana kesilapan teknikal. Percutian dirancang untuk meredah dan membelasah satu benua yang belum dijelajah. Namun manusia yang lemah sekadar merancang, ALLAH jua yang menentukan. Pada saat akhir, destinasi percutian terpaksa ditukar. Kalau dalam jangka masa yang sangat terhad, kami perlu ke tempat yang telah biasa diredah jadi inilah akhirnya yang terjadi. Rancangan redah itu mulanya akan mengambil kira-kira 10 hari dengan rancangan kembara ke Paris-Swiss-Istanbul-Athens-London-Paris. Ikuti catatan seterusnya kerana apabila meredah dan membelasah, pastilah akan macam-macam yang terjadi.


3/6/14 (Selasa)
Jika ikut perancangan, saya dan rakan-rakan akan mendaki ke Rinjani di Lombok yang merupakan antara gunung tercantik di dunia selepas menawan Kinabalu pada November 2013. Namun disebabkan kekangan tertentu yang tidak dapat saya nyatakan di sini, rancangan itu tidak menjadi lalu untuk menceriakan hati saya yang memang teringin sangat untuk melihat pemandangan pergunungan, kami ke Swiss disebabkan saya belum pernah sampai ke sana dulu. Oleh itu kami memilih Etihad Airways yang menawarkan tiket paling murah ketika itu. Destinasi ketibaan adalah Paris.

Ini kunjungan kedua saya ke Paris. Pada siri pertama, saya telah melawat kebanyakan tempat wajib di Paris. Disebabkan kali pertama kami tidak sempat menjengah ke atas menara Eifel, peluang kali kedua ini kami manfaatkan sebaiknya.

Kami bertolak jam 8.35mlm di KLIA, transit di Abu Dhabi, Qatar jam 11.40mlm sebelum bertolak ke Paris jam 2.10pg. Alhamdulillah kami tiba jam 7.35 pagi di Paris- Kota Cinta kata orang. Tidak banyak beda Paris yang ditinggalkan 5 tahun lepas. Masih sama dan gah dengan kota raya yang dikunjungi tanpa henti oleh pelancong seluruh dunia.



4/6/14(Rabu)
Sebaik tiba, kami membeli tiket ke Paris City Centre dan 1 day pass berharga €42. Kami check in di Hotel Anya, Voltaire jam 11 pagi. Jaraknya agak jauh juga kerana itu kami tiba agak lewat dan sukar mencari hotel tersebut yang agak terpencil ke belakang. Ada beberapa kedai makanan halal, ada tanda di pintu kedai. Kami makan kebab. Ada juga kedai sushi. Voltaire satu pilihan yang memudahkan untuk bekalan makanan halal kami. Harganyapun tidaklah mencekik darah kalau dibandingkan dengan cadangan makan di beberapa restoren India di sekitar Eifel Tower (jika anda menggoogle mencari kedai makanan halal di Paris). 

Dari situ, naik metro hanya beberapa minit ke Eiffel Tower. Hari hujan renyai, cuaca agak sejuk. Tidak perlu beratur panjang membeli tiket untuk ke menara Eiffel seperti pemandangan di waktu summer (ketika kami sampai, cuti summer hanya akan bermula 2 atau 3 hari lagi). Kami beli tiket €15 untuk sampai ke menara. 





Apabila sampai di tengah perjalanan, kami perlu menukar lif yang lain. Lif yang kedua membawa kami sampai ke menara. Sejuk dan gayat. Itulah yang saya rasa. Alhamdulillah, niat nak tengok Paris dari puncak dimakbulkan. Ada orang kata, pemandangannya seperti kelopak bunga tapi saya tak nampak kelopak bunga. Yang saya nampak dan akui, Paris adalah sememangnya bandaraya terancang. Kami berdua gelak-gelak kerana menggunakan monopod untuk bergambar.  Kami jadi malu kerana hanya kami yang bermonopod dan aksi kami menjadi perhatian orang. 

Ini saya kongsikan gambar-gambar ketika dari atas Eifel tower.





Semasa turun, hujan sangat lebat. Jadi sementara tunggu teduh, kami berhenti makan biskut bekalan beg Doraemon (saya panggil beg Doraemon sebab beg saya ada macam-macam barang) dan duduk di bawah Eiffel tower. Bila hukan reda, kami ke seberang dan membeli souvenir dengan harga €1 untuk 6 keychain yg sangatlah murah berbanding di kedai souvenir berharga £1.30. Kami naik tren di stesen Bir Hakim menuju ke Eleysse Triumph de Arch.









Ketika sampai, hujan sangat lebat dan arch sedang diperbaiki, jadi x berapa cantikla. Lepas ambil beberapa gambar, kami ke butik LV. Wah! Harga di sini tentulah murah lebih kurang RM 1200 -1500 camtu dari di Malaysia dan Spore.

Lepas ke LV, kami ke Galerie Lafayette. Ramainya Chinese sampai signage di tandas pun ada notis dalam bahasa mereka. Berderet mereka beratur di beberapa butik ternama yang ada di dalam galeri macam Long Champ, Dior, Prada dll. Selain bershopping, di sini boleh minum-minum sambil menikmati keindahan shopping mall milik keluarga Dodie Elfayet itu.



Kami pulang lepas tu ke hotel jam 6.00 petang kerana mengantuk dan letih sangat. Jam 7.00 selepas maghrib, terus tidur sampai jam 5 pagi. Hotel Anya adalah hotel termurah yang terdekat dengan tren di Paris pada harga RM329 yang masih kosong ketika percutian adhoc ini dirancang. Nanti kita sambung Paris siri III pula ye.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...