01 December 2014

Kembara Eropah : Paris Siri II


Cerita bermula hanya kerana kesilapan teknikal. Percutian dirancang untuk meredah dan membelasah satu benua yang belum dijelajah. Namun manusia yang lemah sekadar merancang, ALLAH jua yang menentukan. Pada saat akhir, destinasi percutian terpaksa ditukar. Kalau dalam jangka masa yang sangat terhad, kami perlu ke tempat yang telah biasa diredah jadi inilah akhirnya yang terjadi. Rancangan redah itu mulanya akan mengambil kira-kira 10 hari dengan rancangan kembara ke Paris-Swiss-Istanbul-Athens-London-Paris. Ikuti catatan seterusnya kerana apabila meredah dan membelasah, pastilah akan macam-macam yang terjadi.


3/6/14 (Selasa)
Jika ikut perancangan, saya dan rakan-rakan akan mendaki ke Rinjani di Lombok yang merupakan antara gunung tercantik di dunia selepas menawan Kinabalu pada November 2013. Namun disebabkan kekangan tertentu yang tidak dapat saya nyatakan di sini, rancangan itu tidak menjadi lalu untuk menceriakan hati saya yang memang teringin sangat untuk melihat pemandangan pergunungan, kami ke Swiss disebabkan saya belum pernah sampai ke sana dulu. Oleh itu kami memilih Etihad Airways yang menawarkan tiket paling murah ketika itu. Destinasi ketibaan adalah Paris.

Ini kunjungan kedua saya ke Paris. Pada siri pertama, saya telah melawat kebanyakan tempat wajib di Paris. Disebabkan kali pertama kami tidak sempat menjengah ke atas menara Eifel, peluang kali kedua ini kami manfaatkan sebaiknya.

Kami bertolak jam 8.35mlm di KLIA, transit di Abu Dhabi, Qatar jam 11.40mlm sebelum bertolak ke Paris jam 2.10pg. Alhamdulillah kami tiba jam 7.35 pagi di Paris- Kota Cinta kata orang. Tidak banyak beda Paris yang ditinggalkan 5 tahun lepas. Masih sama dan gah dengan kota raya yang dikunjungi tanpa henti oleh pelancong seluruh dunia.



4/6/14(Rabu)
Sebaik tiba, kami membeli tiket ke Paris City Centre dan 1 day pass berharga €42. Kami check in di Hotel Anya, Voltaire jam 11 pagi. Jaraknya agak jauh juga kerana itu kami tiba agak lewat dan sukar mencari hotel tersebut yang agak terpencil ke belakang. Ada beberapa kedai makanan halal, ada tanda di pintu kedai. Kami makan kebab. Ada juga kedai sushi. Voltaire satu pilihan yang memudahkan untuk bekalan makanan halal kami. Harganyapun tidaklah mencekik darah kalau dibandingkan dengan cadangan makan di beberapa restoren India di sekitar Eifel Tower (jika anda menggoogle mencari kedai makanan halal di Paris). 

Dari situ, naik metro hanya beberapa minit ke Eiffel Tower. Hari hujan renyai, cuaca agak sejuk. Tidak perlu beratur panjang membeli tiket untuk ke menara Eiffel seperti pemandangan di waktu summer (ketika kami sampai, cuti summer hanya akan bermula 2 atau 3 hari lagi). Kami beli tiket €15 untuk sampai ke menara. 





Apabila sampai di tengah perjalanan, kami perlu menukar lif yang lain. Lif yang kedua membawa kami sampai ke menara. Sejuk dan gayat. Itulah yang saya rasa. Alhamdulillah, niat nak tengok Paris dari puncak dimakbulkan. Ada orang kata, pemandangannya seperti kelopak bunga tapi saya tak nampak kelopak bunga. Yang saya nampak dan akui, Paris adalah sememangnya bandaraya terancang. Kami berdua gelak-gelak kerana menggunakan monopod untuk bergambar.  Kami jadi malu kerana hanya kami yang bermonopod dan aksi kami menjadi perhatian orang. 

Ini saya kongsikan gambar-gambar ketika dari atas Eifel tower.





Semasa turun, hujan sangat lebat. Jadi sementara tunggu teduh, kami berhenti makan biskut bekalan beg Doraemon (saya panggil beg Doraemon sebab beg saya ada macam-macam barang) dan duduk di bawah Eiffel tower. Bila hukan reda, kami ke seberang dan membeli souvenir dengan harga €1 untuk 6 keychain yg sangatlah murah berbanding di kedai souvenir berharga £1.30. Kami naik tren di stesen Bir Hakim menuju ke Eleysse Triumph de Arch.









Ketika sampai, hujan sangat lebat dan arch sedang diperbaiki, jadi x berapa cantikla. Lepas ambil beberapa gambar, kami ke butik LV. Wah! Harga di sini tentulah murah lebih kurang RM 1200 -1500 camtu dari di Malaysia dan Spore.

Lepas ke LV, kami ke Galerie Lafayette. Ramainya Chinese sampai signage di tandas pun ada notis dalam bahasa mereka. Berderet mereka beratur di beberapa butik ternama yang ada di dalam galeri macam Long Champ, Dior, Prada dll. Selain bershopping, di sini boleh minum-minum sambil menikmati keindahan shopping mall milik keluarga Dodie Elfayet itu.



Kami pulang lepas tu ke hotel jam 6.00 petang kerana mengantuk dan letih sangat. Jam 7.00 selepas maghrib, terus tidur sampai jam 5 pagi. Hotel Anya adalah hotel termurah yang terdekat dengan tren di Paris pada harga RM329 yang masih kosong ketika percutian adhoc ini dirancang. Nanti kita sambung Paris siri III pula ye.





2 comments:

Jane said...

misi ke rinjani tahun depan...bila hajat nk pergi tahun ni terpaksa dibatalkan saat akhir T_T huhu... nak ke Paris kena keje kuat kumpul duit :3

laila kamilia said...

kenapa tu Jane? mesti best dapat ke rinjani. in syaa ALLAH ke Paris akan terlaksana suatu hari. simpan duit sikit2 hehee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...