25 October 2015

PROGRAM CUTI SEKOLAH NOVEMBER-DISEMBER 2015 : DIBAWAKAN KEPADA ANDA OLEH W4WOW @ LAILA KAMILIA XTIVE HOUSE

Cuti sekolah akan datang, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk manfaat anak-anak. Antaranya melukis, mewarna batik, kraf tanah liat, pertandingan futsal padang, bengkel penulisan kreatif, membuat coklat, menghias cupcake, kelas memasak kuih apam polkadot, jahitan manik, penggayaan shawl, henna, kelas make-up, kraf, projek sains dan lain-lain lagi senarainya masih panjang, insyaaALLAH, tunggu saja pengumumannya nanti. Tujuan utama LK mengadakan aktiviti ini adalah untuk memberi pengalaman berharga anak-anak dan mengisi masa lapang dengan aktiviti dan ilmu berfaedah di masa terluang mereka. 

Selain daripada bengkel-bengkel dikendalikan guru-guru berpengalaman dan bertauliah yang mengenakan sedikit bayaran, kami juga akan mengadakan beberapa kelas percuma. Kelas mana yang percuma? Ya, nantikan juga pengumumannya nanti.

Yang penting, cuti sekolah kali ni, anak-anak tak la asyik mengadap TV dan main games. Sentiasa updates dengan berita-berita terkini daripada LK. Sila Like FanPage Laila Kamilia dan W4WOW ye sayang-sayang! Yang jauh dari Bangi tu boleh saja joint kalau2 datang bercuti ke KL.

Untuk pengumuman pertama, saya persembahkan Kelas Kraf Cikgu D. Berikut adalah infonya. 



Kelas Kraf Cikgu D memang menarik untuk anak-anak. Tandakan di kalender untuk aktiviti menyeronokkan ni. Mana tau lepas pergi kelas, anak-anak kita boleh buka bisnes online sendiri jual headband, hairclip dan brooch yang comel-comel berkat asuhan cikgu comel kita Cikgu D. Jom manfaatkan cuti sekolah anak-anak kita dengan ilmu bermanfaat. Daftar segera sebab tempat terhad bagi memberi peluang Cikgu D membimbing lebih personal touch! Hanya 10 orang peserta sahaja! Cepat sebelum lambat! 

Alamat : No 3-1, Jalan Impian Putra 1/4, Taman Impian Putra Bangi, Selangor. Highway Plus- Exit tol Putra Mahkota. Whatsapp 0175401500 untuk mendaftar.


20 October 2015

INILAH WAJAH BABY LAILA KAMILIA 2015 : SINAR SEPUTRA EDISI 2/2015 SIMPLY EXTRAORDINARY

Salam sayang!

Tahun di mana tiada novel baru. Saya mengharapkan antologi aksi CINTA TOP SECRET akan terbit tahun ini tetapi angan-angan tidak menjadi kenyataan. Saya dikhabarkan antologi aksi itu tidak dapat diterbitkan dan dijadual semula untuk diterbitkan tahun 2016. Lalu saya terima kenyataan yang tahun ni saya memang tidak ada buku. Titik!

Tahun ni saya habiskan kebanyakan masa dengan Majalah Sekolah Edisi ke-2. Alhamdulillah, tahun ni saya dapat melangsaikan kerja saya sebagai Penyelaras Majalah Sekolah untuk tahun ke-3. Saya mengharapkan semoga hasilnya memuaskan hati semua warga SKBSP. Inilah wajah-wajah teaser SINAR SEPUTRA EDISI 2/2015 dengan tema SIMPLY EXTRAORDINARY. Terima kasih kepada semua terutama wanita-wanita besi di sebalik pembikinan majalah sekolah ini, team kreatif guru-guru SINAR SEPUTRA 2015 dan anak-anak comel sidang redaksi. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan kalian di masa depan. Amin.






Untuk yang terakhirnya. Terimalah hasilnya dengan redha. Bagi pihak Sidang Redaksi, saya menyusun jari memohon maaf atas kekurangannya. 











BORANG PENDAFTARAN KELAS ZUMBA DI LAILA KAMILIA XTIVE HOUSE

Kelas pertama Zumba adalah pada Jumaat, 30/10/15 jam 2.30 petang. Sekarang dibuka untuk pendaftaran. Sila isi borang di bawah dan bawa pada kelas. Maklumkan pendaftaran dengan WhatsApp : 0175401500 untuk tempahan tempat. Terima kasih dan selamat berzumba!



17 October 2015

KELAS ZUMBA KINI DIBAWAKAN KEPADA ANDA OLEH LAILA KAMILIA XTIVE HOUSE

SILA DAFTAR DENGAN CALL/WHATSAPP : 0175401500 / 0174921500
JANGAN LUPA TEMUJANJI ANDA DENGAN ZIN EKA!



W4WOW @ LAILA KAMILIA XTIVE HOUSE : SATU PROJEK SELEPAS SEDEKAD DALAM DUNIA PENULISAN

ALHAMDULILLAH. Saya panjatkan kata-kata kesyukuran atas rahmat dan kasihNya yang membawa LAILA KAMILIA sejauh ini. Saya menulis secara serius pada tahun 2005 dan novel pertama saya bertajuk ASMARA ASRAMA diterbitkan pada Disember 2006, diikuti LAKARAN KASIH pada Mac 2007 sebagai hadiah hari lahir saya ke 30. Menjelang DISEMBER 2015, pada menjelangnya angka 10 tahun saya menyertai dunia penulisan yang penuh pancaroba dan onak-durinya yang saya tak pernah sangka akan saya lalui, dengan penuh rasa kecintaan saya kepada dunia penulisan dan kanak-kanak yang penuh warna-warni, saya dengan sukacitanya mengumumkan baby baru saya bernama LAILA KAMILIA ACTIVE HOUSE. 

Selaras dengan namanya, saya mengharapkan rumah kecil itu akan dapat memberi makna positif kepada yang bernaung di dalamnya. Banyak yang telah saya rencanakan di dalamnya dalam menzahirkan rasa cinta saya kepada dunia penulisan dan kanak-kanak (juga kehidupan aktif yang tidak pernah surut-surut dalam dada seperti mottonya YOUNG AT HEART hehe).

InsyaaALLAH saya sedang dalam usaha melahirkannya dan sedikit sibuk di sini sana. Doakan projek ini berjalan lancar dan ramai akan dapat manfaat daripadanya. Dunia LK tidak lama, saya cuma ingin tinggalkan anda dengan semangat dan ilmu-ilmu baik untuk bekalan di negara abadi. Nanti bila baby dah siap wajahnya, saya akan poskan di sini. Doakan LAILA KAMILIA ACTIVE HOUSE aktif seperti namanya! Jumpa lagi!

PROJEK #DEKATPADAMU : Klik untuk lihat gambar


Terima kasih daun keladi kepada semua rakan novelis dan para pengunjung yang sudi bersama projek special ‪#‎dekatpadamu‬ Laila Kamilia dan Herna Diana di pesta konvo unikl-mfi pada 8-10/10/15. Sampai jumpa lagi dalam projek boling3.0 dan bengkel penulisan nanti yang kita janji insyaaAllah. ALBUM GAMBAR SEKITAR PROJEK #DEKATPADAMU PESTA KONVO UNIKL-MFI BANGI 2015

#DEKATPADAMU SATU PROJEK USAHA BERSAMA HERNA DIANA UNTUK LAILA KAMILIA DEKATI PEMBACA

Salam. Dalam usaha untuk lebih dapat mendekati pembaca, Laila Kamilia dan Herna Diana berusaha untuk turun padang lebih kerap menemui pembaca. Kami percaya, lebih kerap kami bertemu anda, kita akan jadi lebih dekat sesuai dengan tajuk projek ini #dekatpadamu. Untuk visi ini, kami mensasarkan untuk sekurang-kurangnya 1 aktiviti sebulan. Harapan kami sangat tinggi, jika boleh kami ingin pergi dekati pembaca yang sejauh mungkin. Ketika program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah dirancang seperti program bual-bicara, mini bengkel penulisan, jualan novel, projek #hadiahbukukesekolah, sesi cambah fikiran, khidmat masyarakat dan macam-macam lagi. Jadi jika kalian bertemu kami, jangan lupa menyokong dengan datang dekat dan beramah-mesra. Semoga banyak manfaatnya kita bertukar-tukar idea, pendapat dan saling menyokong di antara satu sama lain. Untuk projek pertama, kami telah memilih Pesta Konvo UNIKL-MFI pada 8-10/10/15 di Bangi. Nanti kami kongsikan gambar-gambar sepanjang aktiviti di web mahupun di IG/Twitter/Instagram LAILA KAMILIA dan HERNA DIANA. Jika anda mahu menjemput kami ke tempat anda, tinggalkan mesej/PM kami, insyaALLAH jika berkelapangan kita pasti akan bersua.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...