17 May 2016

LK DECENTRUM HOMESTAY : A WONDERFUL STAY IN BANGI, KAJANG, SERDANG, PUTRAJAYA

Ini adalah projek terbaharu Laila Kamilia. Asalnya idea ini tercetus ketika melawat rakan yang ditahan di ICU Hospital Serdang. Saya terbayangkan jika saya perlu menginap di sekitar untuk menjaga orang yang tersayang dan perlu hadir segera jika diperlukan di sisi mereka, bagi yang tinggal jauh. Lalu inspirasi menyediakan homestay ini terlekat di minda dan hanya baru-baru ini alhamdulillah dapat direalisasikan. 

Jadi, jika ada yang sedang mencari penginapan sekitar Bangi, Kajang, Serdang dan Putrajaya juga sekitarnya, LK DECENTRUM HOMESTAY ada menawarkan perkhidmatan yang selesa dan bertaraf hotel kepada yang berminat.

Sila rujuk kepada flyers di bawah untuk maklumat lanjut. 





Harga promosi sempena pembukaannya adalah serendah RM150 sehari.








Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah Sky Park, kolam renang infinity, taman permainan kanak-kanak, kolam renang kanak-kanak, gymnasium dan kawasan berbabeque.


Ini #rumahjade Hehe... kepada yang telah membaca novel thriller Laila Kamilia bertajuk CINTA TOP SECRET dan BUNUHAN (CINTA TOP SECRET VERSI 1.0) tentu sudah berkenalan dengan hero novel tersebut, ejen perisikan antarabangsa bernama Jade. Jadi sesuai dengan citarasa Jade yang suka mengembara dan sentiasa perfectionist, apartment yang saya namakan Rumah Jade ini adalah dihias dalam mood rumah seorang spy. Kebanyakan elemen hiasan dalaman di sini, disuntik daripada imaginasi watak Jade dalam novel tersebut. Jadi jika berpeluang menginap di sini, pengunjung akan dapat menyerap semangat Jade (sebenarnya saya cuba menghias dengan memasukkan pelbagai elemen spy seperti rak penyimpanan senjata Jade tetapi tentulah tidak releven kepada pengunjung kan? ) hehe... 

Insyaa ALLAH dalam novel ke-10 saya, CINTA TOP SECRET 3, saya akan memperkenalkan Rumah Jade ini dan memasukkan beberapa scene di dalamnya. Sementara itu, saya tinggalkan anda dengan dekorasi kediaman Rumah Jade.









Ruang menonton ini ada perkhidmatan Astro. Jika ada tetamu tambahan, ruang sofa biru itu boleh dijadikan tempat tidur.



Selain daripada hiasan dinding wall paper yang bertemakan kembara dunia, saya turut menggantung beberapa gambar di dinding kediaman Jade dengan beberapa lokasi daripada scene di dalam novel seperti Venice dan London.


Kediaman ini tidak menawarkan dapur untuk memasak tetapi pengunjung boleh memanaskan makanan di dalam microvave dan memasak air panas (tea facilities dan peti ais turut disediakan).


Kediaman ini boleh menempatkan 4 orang dewasa pada satu masa. Jika memerlukan ruang tidur tambahan, sofa bed dan toto turut disediakan.

Kepada yang ingin menginap di sini, boleh juga hubungi nombor 0177141500 untuk tempahan. Waktu check in adalah pada jam 2 ptg dan check out jam 12 tengahari.

Kami mengharapkan anda gembira menginap di sini dan semoga segala urusan anda sepanjang penginapan ini dipermudahkan dengan LK DECENTRUM HOMESTAY insyaaALLAH.

11 February 2016

SINOPSIS C1NT4 TOP SECRET VERSI 1.0


Jade yang ditugaskan dalam misi pengeboman di Sydney Harbour, Australia dipanggil balik secara tiba-tiba pada saat kes itu menjadi tumpuan dunia. Namun ia kemudiannya membawa Jade dalam misi menyelamatkan seorang ejen bernama Olga yang ditahan di Penjara Qincheng, Beijing sebuah penjara maximum security iaitu sebuah penjara paling sukar ditembus keselamatannya. Fokus Jade kini terbahagi dua dalam misi berbeza.
Ketika di Beijing, Jade telah terlewat tiba. Kematian ejen Olga kerana serum hijau Domenev membawa kepada satu pembongkaran melibatkan konspirasi urusniaga berlian antarabangsa di mana ejen Olga terlatih khusus untuknya.
Jade menuntut bela atas kematian Olga menjejak hingga ke Venice di mana kisah cinta Jade-Olga berputik. Bersama Zed, Jade merentas Mongolia, Rusia dan Belgium dalam membongkar misi konspirasi berlian. 

02 February 2016

Lagu Cinta C1NTA TOP SECRET 1.0 : 11 JANUARI

Lagu GIGI, 11 Januari dipilih kerana inilah tarikhnya Jade dan Olga akan bertemu di Venice. Layanz...

Azam 2016! LAILA KAMILIA yang baru insyaaALLAH

Hanya 17 entri 2015! Dan tahun baru datang lagi... Azam baru? sudahpun masuk sebulan di 2016 dan laman sesawang LK berabuk lama nampaknya.

Hmm... sangat sibuk, super duper bz. Tahun 2015 saya rasa saya bekerja 2 kali ganda. Awal tahun ni baru dapat bernafas sedikit. 2015 kebanyakan masa saya fokus kepada beberapa perkara peribadi yang sedang berjalan. Kepada yang dekat dengan saya, pasti tahu perkembangan terkini saya. InsyaaALLAH saya mensasarkan untuk kembali menulis 2016!

Alhamdulillah permulaan yang baik dengan kemunculan antologi aksi BUNUHAN yang memaparkan cerita prequel C1NT4 TOP SECRET dalam satu daripada 4 kisah di dalamnya. Kepada yang bertanya adakah ianya sambungan novel sebelumnya, jawapan saya, ia kisah sebelum novel C1NT4 TOP SECRET. Jadi ia adalah koleksi wajib baca kepada pembaca yang sudah jatuh hati kepada watak dua ejen Jade dan Zed. Kepada yang mahu mendapatkannya, boleh pesan terus daripada penulis-penulisnya dengan ekslusif fridge magnet ye! Jika berkesempatan, saya ceritakan tentang novel ini lagi. 



Azam saya 2016 hanya ada satu! Saya nak kurangkan kesibukan. Saya mencuba! Doakan saya berjaya! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...